Remaja 16 Tahun Diperkosa "Pegawai Jabatan Agama"
Sekadar hiasan. |
[HM] KOTA BHARU: Akibat terpedaya dengan helah dua lelaki yang menyamar sebagai pegawai jabatan agama, seorang remaja berusia 16 tahun menjadi mangsa lima lelaki yang merogolnya bergilir-gilir di sebuah rumah kosong di Tanjung Mas, Ahad lalu.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kelantan, Asisten Komisioner, Lai Yong Heng berkata, sebelum dirogol, mangsa bertemu teman lelakinya di bawah Jambatan Tanjung Mas, di sini pada jam 2 pagi dan ketika berbual, dua lelaki datang memperkenalkan diri sebagai pegawai jabatan agama.
Katanya, suspek mengugut mahu membawa mangsa dan teman lelakinya ke balai polis dan pejabat agama kerana melakukan maksiat. “Bagaimanapun, teman lelaki mangsa memberitahu mereka hanya berbual dan tidak melakukan maksiat.
“Suspek menyuruh teman lelaki mangsa pulang manakala mangsa akan dibawa ke balai polis oleh mereka,” katanya.
Menurutnya, mangsa dan teman lelakinya mempercayai kedua-dua suspek kerana melihat mereka mengeluarkan kad namun tidak pasti sama ada kad jabatan agama atau sebaliknya kerana keadaan di bawah jambatan gelap.
“Teman lelaki mangsa pulang ke rumah seorang diri manakala mangsa dibawa dengan motosikal oleh seorang suspek ke sebuah rumah kosong sebelum dirogol bergilir-gilir oleh dua suspek berkenaan dan tiga lagi lelaki tidak dikenali,” katanya.
Lai berkata, semua suspek sedang diburu dan kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.
“Suspek menggunakan modus operandi menunjukkan kad kuasa palsu jabatan kerajaan untuk merogol.
“Sehubungan itu, saya menasihatkan orang ramai supaya memastikan terlebih dahulu kad kuasa yang ditunjukkan adalah benar atau sebaliknya dan jika terdapat sebarang keraguan, laporkan terus dengan balai polis berdekatan,” katanya.
P/s: Sila ambil pengajaran.
Cerita jenayah seks/rogol yang disiarkan dalam blog ini bukan untuk memberahikan pembaca, tetapi untuk menyedarkan pembaca bahawa kes rogol boleh dielakkan jika wanita mengambil langkah tertentu atau tidak berada dalam situasi yang membolehkan mereka menjadi mangsa lelaki lahanat!
Cerita jenayah seks/rogol yang disiarkan dalam blog ini bukan untuk memberahikan pembaca, tetapi untuk menyedarkan pembaca bahawa kes rogol boleh dielakkan jika wanita mengambil langkah tertentu atau tidak berada dalam situasi yang membolehkan mereka menjadi mangsa lelaki lahanat!
Anda tukang komen melabelkan blog ini "blog rogol", terpulang!!!
Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.