Nasharudin Mat Isa yang mencetuskan kontroversi apabila bersama-sama dengan Najib mengadakan pertemuan dengan beberapa orang tokoh agama di Makkah menafikan bahawa dirinya akan menyertai UMNO. Katanya, dia setia dengan PAS.
Menurut Nasha dalam kenyataan medianya, "Saya telah mengaturkan pertemuan di Mekah antara beberapa orang Ulama di Makkah bersama dengan YAB PM bersempena dengan persidangan OIC. Saya dijemput ke Mekah dengan visa khas selepas YAB PM bersetuju untuk bertemu dengan ulama2 tersebut. Perbincangan telah diadakan di sebuah villa kenalan bersebelahan dengan Masjidil haram.
Yang dibincang antara lain adalah isu di Syria dan Rohinya. Para ulama tersebut menyebut tentang peranan yang boleh dimainkan oleh Malaysia. Perbincangan juga menyentuh beberapa kejayaan yang telah dicapai oleh Malaysia. Mereka juga telah meninggalkan beberapa pesanan kepada PM seperti mempastikan Malaysia terus mengangkat pegangan ahli sunnah wal jamaah dalam memelihara kesucian Islam.
Pertemuan itu sedikit pun tidak berbincang tentang Pas atau Umno, sebab isu yang dibincangkan adalah jauh lebih besar dari Pas atau Umno. Kami berbincang tentang keadaan semasa ummah. Rasullullah menyebut, man lam yahtamma biamril muslimin falaisa minhum."
Nasha seterusnya mempersoal "Adakah berbincang tentang ummah satu jenayah?" Persoalannya, adakah tindakan Nasha ini diketahui oleh partinya. Selaku orang yang masih menjawat jawatan penting sudah tentu tindak-tanduknya terutama melibatkan pemimpin parti lawan perlu dimaklumkan kepada parti. Adakah dia berbuat demikian?
Kalau kita baca di media, laporan akhbar mesra UMNO cukup-cukup memanipulasikan pertemuan Najib dengan Pak Arab. Tambah-tambah pula yang memberikan kenyataan itu ialah Najib sendiri. Misalnya Bernama melaporkan, "Tokoh ulama terkenal di Arab Saudi iaitu Sheikh Dr Abdullah Hamad Jalaly, Mufti Masjidil Haram Makkah Sheikh Dr Sulaiman Al Salumi dan Ketua Hakim Mahkamah Makkah Dr Saleh Darwish menyatakan pandangan mereka itu dalam satu perjumpaan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini.
Ketiga-tiga tokoh agama bersama dua lagi pemimpin Islam terkenal iaitu Penasihat Wasir TV Channel Sheikh Dr Abdul Rahim Mulazadah dan Pengerusi Al Maijd TV Dr Hammad Mohamad Al Ghammas mengunjungi Perdana Menteri yang mengetuai delegasi Malaysia pada Sidang Kemuncak Luar Biasa Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) yang berlangsung di kota suci Makkah mulai hari ini.
Najib memberitahu wartawan Malaysia di Makkah, ketiga-tiga ulama Arab Saudi itu memuji kerajaan Malaysia kerana berjaya mengukuhkan kedaulatan Islamiah apabila meletakkan Islam sebagai agama persekutuan walaupun rakyatnya berbilang kaum dan agama.
Katanya, para ulama Arab Saudi juga kagum dengan kepimpinan kerajaan Malaysia yang memupuk hubungan baik antara ulama dan umarak dan mahukan negara Islam lain menjadikan Malaysia sebagai model negara Islam yang maju.
“Kita juga memaklumkan mengenai konsep Wasatiyah yang kita pegang dari dulu dan di peringkat negeri pula kita mempunyai enakmen yang menyebut pegangan kita ialah Ahli Sunnah Wal Jamaah bagi mengelakkan berlaku sebarang konflik dan kerosakan akidah dan sebagainya,” katanya.
Ulama itu berpendapat pendekatan kerajaan terhadap kepimpinan yang berteraskan Islam itu telah mengelakkan Malaysia daripada menghadapi sebarang konflik seperti negara majmuk yang lain.
Di mana isu Rohingya, Syria?
Yang TM persoal ialah sikap Nasha terhadap UMNO walaupun dia dengan tegas mengkritik DAP terutama berkaitan dengan hudud. Kata Nasha dalam kenyataan medianya, "Saya kekal dengan pandangan saya bahawa Karpal Singh bukan hanya sekadar anti hudud tetapi anti Islam."
Setahu kita, Karpal menentang hudud atas sebab-sebab perundangan, Perlembagaan, hudud tidak dimasukkan ke dalam manisfesto PR, dan sudah tentu Karpal Singh bukan Islam. Namun yang pasti, kita tidak pernah mendengar berita atau laporan atau kenyataan menunjukkan Karpal anti-Islam, selain andaian dan tanggapan pihak-pihak tertentu untuk mencetuskan persepsi buruk kepada DAP. Bagaimana Nasha boleh mengatakan Karpal anti-Islam hanya kerana Karpal tidak bersetuju dengan hudud. Pernahkah Nasha mendengar Karpal menghina hudud atau Islam? Jika antihudud itu anti-Islam, maka banyak orang UMNO yang jatuh dalam golongan ini!
Seterusnya, Nasha berkata "Berapa kali sudah dia mengungkapkan bahawa perlaksanaan sistem perundangan Islam 'is over my dead body' menunjukan dia sanggup mati untuk pertahankan pendiriannya, maka saya juga sanggup melakukan apa saja 'at whatever cost ' untuk pertahankan agama saya."
Wow!
Adakah sikap DAP sebagai sebuah parti begitu?
Apa tindakan Nasha terhadap orang Islam yang bukan sahaja menentang hudud tetapi MENGHINA, MEMPERLEKEH, MEMFITNAH hudud, hukum Allah, Tuhan mereka? Apakah hukumnya Nasha bersama-sama dengan puak-puak ini?
Apa at whatever cost Nasha untuk mempertahankan agama Islam daripada dihina dan diperlekeh oleh pemimpin yang kini menjadi "rakan akrabnya"? Apa tindakan Nasha terhadap "rakan karibnya" yang membiarkan pemimpin MCA menghina hudud dan Islam?
|
Pernah dengar pemimpin DAP mengeluarkan kenyataan begini? |
|
Banyak lagi gambar menarik. Google atau Yahoo. |
Cuba baca pandangan Che Det tentang hudud
di sini. Apa pandangan Ustaz Azhar? Lihat
di sini.
Kata Nasha lagi "Terpulanglah kepada mana pihak yang mungkin kerana percaturan politik akan mendiamkan diri seperti syaitan syaitan bisu yang sering diungkap oleh pimpinan, Insyaallah saya tidak akan biarkan mana mana pihak sewenang wenangnya menghina agama saya."
Jadi, siapa yang patut dilabel sebagai syaitan bisu?
Walhal kita maklum pendirian PAS yang tetap mempertahankan hudud walaupun pada masa yang sama pendirian itu tidak dipersetujui oleh beberapa pemimpin DAP. Biarpun begitu, DAP sebagai sebuah parti menyatakan kesanggupan dan kesediaan mereka untuk
bermuzakarah dengan PAS berkaitan dengan hudud, sesuatu yang tidak pernah terlintas dalam minda pemimpin UMNO.
Kita juga maklum bahawa pemimpin PAS sekeras-kerasnya mengutuk sikap pemimpin UMNO yang bukan sahaja menolak tetapi menghina dan memperlekeh hudud. Sebagai ahli Parlimen di Kelantan, Nasha juga maklum bahawa UMNO pernah pernah mengancam untuk membawa kes hudud ke mahkamah jika Kelantan meneruskan niat untuk melaksanakan hukum Allah itu.
Jika Nasha "menibai" DAP kerana pemimpinya menentang hudud, mengapa Nasha bersengkongkol dengan pemimpin UMNO yang terang-terangan menghina, memperlekeh, dan menghalang pelaksanaan hudud, hukum yang diamanahkan oleh Tuhan mereka untuk dilaksanakan di muka bumi ini? -DCM
|
Apa hukum bersekongkol dengan pemimpin seperti ini? |
P/s: Sampai bila PAS nak simpan pemimpin seperti ini???
Kemas Kini:
Sayang benar sesetengah pemimpin PAS terhadap Nasha!
Itu Nasha kasi buang dia takkan keluar kerana terikat dengan baiah.
Comment by Aa @ Jumaat, Ogos 17, 2012 3:14:00 PTG