Klik "LIKE" Untuk Terima Kemas Kini DCM di Facebook. Klik Butang "LIKE" di Bawah

Powered By | Blog Gadgets Via Blogger Widgets

Rakan DUNIACACAMARBA

Rakan DUNIACACAMARBA

Jadi Rakan TM

Follow tayadihmaysia on Twitter

BAGASI KIRIMAN POPULAR

Iklan & Tawaran

1. Mari sertai ChurpChurp, berinteraksi bersama-sama dengan taulan sambil menjanakan pendapatan, Percuma! Lanjut sila klik di sini.





Advertlet Hutang DCM RM1710

Advertlet Hutang DCM RM1710
Review http://duniacacamarba2.blogspot.com/ on alexa.com

Sponsored Ads

Cerita UG- Kerajaan Perpaduang

Agenda Unity Government (UG). Apa progresnya selepas ketiadaan TGNA?Video lain:1....

Posted by DUNIACACAMARBA on Saturday, October 17, 2015

Archives

, ,

Khamis, 26 Mei 2016

AMANAH Kemuka Dua Nama Calon PRK kepada HARAPAN




Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara (AMANAH) Khalid Samad berkata parti itu telah mengemukakan dua nama calon untuk bertanding dalam pilihan raya kecil parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar.

Bercakap kepada pemberita di parlimen hari ini, Khalid berkata dua nama berkenaan telah diserahkan ketika mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan (HARAPAN) yang diadakan hari ini.

Beliau juga memaklumkan Pakatan Harapan dijangka mengumumkan calon bagi dua kerusi itu selewatnya pada 1 Jun.

"Kita beri hujah kenapa perlu AMANAH jadi calon. Baru hari ni kita kemukakan nama calon.

"Apa yang kita kemukakan akan dikaji secara muktamad bersama nama calon yang kita kemukakan dan ia akan diumumkan pada 1 Jun.

"Selewatnya 1 Jun. Kita cadang dan dua-dua parti (PKR dan DAP) akan buat pertimbangan khusus oleh kerana PAS dan PKR ada dalam kerajaan negeri dan kena kaji sudut itu juga macam mana ia nak dilakukan," katanya.

Sementara itu ketika ditanya sama ada Datuk Seri Azmin Ali yang juga menteri besar Selangor akan menerima calon yang dikemukakan AMANAH, Khalid menyerahkan perkara itu kepada PKR.

Bagaimanapun, Khalid yang merupakan anggota parlimen Shah Alam itu positif bahawa senarai calon parti itu akan diterima dan pilihan raya kecil pada 18 Jun akan berdepan pertandingan tiga penjuru.

"Apa yang kita bentangkan tadi telah dibahas dan kita memahami masalah Selangor.

"Kita tak boleh tunggu dia (Azmin) balik sebab perkara untuk kemukakan calon ni tak memerlukan Azmin. Cuma untuk keputusan muktamad kita memerlukan dia.

"Dan memang akan jadi pertandingan tiga penjuru, insha Allah," katanya lagi.

Sebelum ini, PKR didakwa mengadakan rundingan bersama PAS dalam isu meletakkan calon di Parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar.

Bagaimanapun, PAS berpendirian untuk tetap meletakkan calon mereka di dua kawasan tersebut memandangkan ia merupakan kerusi tradisi parti Islam berkenaan.

Sekiranya AMANAH bertanding, pilihan raya kecil Sungai Besar dan Kuala Kangsar akan menyaksikan pertandingan antara BN, AMANAH dan PAS. - Malaysia Kini/26/5/2016


, , ,

[Video] PAS Akui Kerjasama dengan Umno, Akan Guna Hudud bagi PRK



"Bahawa Dewan ini memberikan kebenaran menurut Peraturan Mesyuarat 49(1) kepada Yang Berhormat Ahli bagi kawasan Marang untuk mencadangkan suatu Rang Undang-Undang Ahli Persendirian bernama Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah)(Pindaan) seperti berikut:-
i. menggantikan Seksyen 2 dengan seksyen berikut:
"2.Mahkamah Syariah akan mempunyai kuasa ke atas seseorang penganut agama Islam dan di dalam hal-hal kesalahan di bawah perkara-perkara yang disenaraikan di dalam Butiran 1 Senarai di bawah Jadual Kesembilan Undang-Undang Persekutuan",' dan
ii. memasukkan selepas seksyen 2 dengan seksyen berikut:
"2A. Dalam menjalankan undang-undang jenayah di bawah Seksyen 2 Mahkamah Syariah berhak menjatuhkan hukuman yang dibenarkan oleh undang-undang syariah berkaitan hal-hal kesalahan yang disenaraikan di bawah seksyen yang disebutkan diatas, selain dari hukuman mati"

Ketua Pemuda PAS Nik Abduh Nik Abdul Aziz berkata, parti Islam itu akan mengambil kesempatan untuk membawa isu hudud sebagai bahan kempen pada dua pilihan raya kecil akan datang.

"Kita akan bawa benda ini (isu rang undang-undang persendirian) dalam pilihan raya kecil nanti. Umno pun mungkin akan bawa dan semua ada hak untuk bawa atau tak nak bawa (isu).

"Segala isu akan dibawa untuk rakyat dan ini peluang kita dalam pilihan raya kecil nanti. Rakyat di Kuala Kangsar dan Sungai Besar akan mendapat penerangan awal berbanding di tempat lain dalam isu ini," katanya kepada pemberita di Parlimen hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai menjawab soalan sama ada isu rang undang-undang persendirian akan dibawa pada pilihan raya kecil Sungai Besar dan Kuala Kangsar.

Selain itu, ditanya sama ada kebenaran rang undang-undang tersebut dibaca pada Parlimen hari ini membuktikan wujudnya kerjasama antara PAS dan Umno, Nik Abduh tidak menafikannya.

Malah, anggota parlimen Pasir Mas itu berkata kerjasama antara dua parti itu dapat dibuktikan melalui rang undang-undang persendirian tersebut.

"(Kerjasama PAS dan Umno) bukan dakwaan. Kerjasama itu wujud tetapi hanya perkara-perkara untuk kepentingan bersama. Itu kita dah jelaskan cuma ada orang lihat sekiranya kerjasama dengan kerajaan itu tak boleh.

"Inilah antara kerjasama yang PAS maksudkan. Kita berterima kasih pada Speaker dan kerajaan yang berani pertama kali benarkan usul persendirian ini," katanya.

Berikutan bacaan rang undang-undang persendirian tersebut, Nik Abduh turut berharap agar semua ahli parlimen yang beragama Islam akan menyokong perkara tersebut sekiranya dibahaskan pada sesi Parlimen akan datang.

Malah, beliau juga yakin bahawa rakannya dari PKR dan AMANAHA akan turut memberikan sokongan terhadap rang undang-undang itu.

"Saya yakin semua ahli parlimen Islam akan sokong termasuk dari AMANAH. Kalau ada yang bukan Islam sokong lebih baik.

"Saya yakin PKR pun akan sokong," ujarnya.

Sementara itu, ditanya sama ada PAS akan memberi pendedahan terhadap masyarakat bukan Islam tentang Akta 355 itu, Nik Abduh berkata perkara itu akan dilakukan bagi memastikan semua pihak dapat memahami undang-undang berkenaan.

"Kita akan terus usaha kita sepanjang masa. Kita yakin, semakin penerangan diberikan oleh PAS dan seluruh umat Islam yang memberi kerjasama, ia akan diterima rakyat dan saya yakin dan tak pelik jika DAP pun boleh menerimanya," katanya

Rang undang-undang persendirian Akta 355 dibawa bagi memperluaskan bidang kuasa Mahkamah Syariah terhadap pesalah jenayah di negara ini.

Akta Mahkamah Syariah (Bidang kuasa Jenayah) 1965 itu juga akan membuka laluan pelaksanaan hudud di Kelantan.

Rang Undang-undang itu tidak dibentangkan pada sidang Dewan Rakyat sebelum ini kerana kesuntukan masa dan terdapat urusan-urusan kerajaan lain perlu didahulukan.

Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan pula telah meluluskan Rang Undang-Undang Kanun Jenayah Syariah II 1993 (Pindaan 2015), atau hudud pada 19 Mac tahun lalu. -Malaysia Kini/26/5/2016


Berkaitan:

RUU Hudud Dipercepat, Tetapi Hadi Mohon Tangguh

Rang Undang-undang peribadi untuk meminda Akta 355 bagi membuka laluan ke arah pelaksanaan hudud di Kelantan diberi keutamaan di parlimen hari ini.

Rang undang-undang yang dibawa oleh Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang itu dijadual dibahaskan hari ini, hari terakhir sidang parlimen untuk sesi ini.

Hadi bagaimanapun memohon perbahasan itu ditangguhkan ke sesi akan datang, yang akan berlangsung pada 17 Oktober.

Beliau memohon perkara itu bawah Seksyen 15(5) Peraturan Tetap Dewan Rakyat.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman Said sebelum itu mencadangkan usul itu Hadi itu dibawa ke depan.

Ia disokong oleh Timbalan Menteri Kerja Raya Rosnah Abdul Rashid Shirlin.

Speaker Dewan Speaker Pandikar Amin Mulia membenarkan penangguhan usul itu selepas undi suara dibuat.

Anthony Loke (DAP-Seremban) pada mulanya meminta pengundian blok dibuat.



CATATAN SENJA DI PARLIMEN


Dalam tulisan-tulisan saya yang lalu, saya menyentuh soal memperundangkan syariah dengan melihat halangan-halangan perundangan yang menyekat proses memperundangkan hukum hudud. 

Ada dua isu iaitu, dalam konteks mafhum Syariat ia perlu dilihat luas mencakupi aspek pencegahan, pendidikan dan infra perundangan. 

Kedua ialah, melalui proses memperundangkan syariat ia perlu melalui legaslatif dan kemudian diadaptasi ke peringkat negeri. 

Apa yang berlaku di parlimen hari ini ialah aspek kedua iaitu dalam meminda seksyen 355 Akta Mahkamah Syariah 1965 dibentangkan secara bil persendirian oleh wakil Marang. 

Bagi saya ia peluang untuk dibahas secara demokratik dan proses menerima atau tidak juga melalui proses demokratik. 

Pihak ahli legaslatif diberi ruang mengkritik dan membahas isu syariah dalam kerangka memperundangkan dari sudut kerangka perlembagaaan dan halangan-halangan secara perlembagaan dan bukan sentimen menerima atau menolak secara emosi.

Malangnya usul persendirian yang jarang mendapat perhatian Speaker disiakan dengan Marang sendiri minta ditangguhkan perbahasan. 

Ini bermakna kenyataan bil persendirian dizinkan untuk dibentang dalam hal undang-undang syariah seksyen 355 tanpa bahas boleh terdedah kepada berbagai manupulasi. 

Yang menentang akan jadikan ini sebagai muqaddimah pada hudud manakala yang menyokong akan menjadikan isu ini sebagai bahan kempen PRK dan untuk konsumsi ahli parti manakala yang betul-betul mahu melihat perincian dan penjelasan tidak dapat membuat apa-apa rumusan kerana proses ini masih tergantung.

Apapun diharapkan akta berkenaan dengan hak muslim untuk mengikut hukuman jenayah syariah tidak dieskploitasikan untuk tujuan politik sempit apatah lagi untuk tujuan kempen PRK yang terdekat ini.

Jikalau ini berlaku maka agama akan 'dijual' sekali lagi untuk 'melariskan' sokongan yang bakal diraih.

Saya menunggu perincian Marang dan mahu membahasnya dalam korum parlimen supaya peranan demokrasi tidak membelakangkan keperluan perundangan syariah sebagai sebahagian dari atur mainan demokrasi. 

Sebagai demokrat yang muslim, saya akan menyokong perbahasan yang bebas, adil dan bertanggungjawab yang akhirnya menelurkan satu keputusan seperti mana-mana rang undang-undang. 

Tetapi saya bantah jika usul Marang dibuat sebagai bahan kempen untuk mengukuhkan kedudukan partinya atau untuk PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar. 

Semua pihak yang berkolobrasi untuk tujuan politik sempit atas nama memperundangkan syariat bukan sahaja tidak ada moral tetapi telah 'menjual agama' untuk tujuan politik. 

Saya harap ianya tidak begitu walaupun sejarah 'jual agama' sinonim dengan beberapa kelompok umat beragama termasuk Islam. 

Sememangnya RUU persendirian pindaan Seksyen 355 Akta Mahkamah Syariah 1965 masih lagi dalam kekaburan.

Catatan Parlimen
26 Mei 2016

Dato' Dr Mujahid Yusof Rawa
Ahli Parlimen Malaysia

, ,

Sabtu, 21 Mei 2016

Tun Mahathir Bimbang PAS Beri BN Menang Tanpa Bertanding



Tun Dr Mahathir Mohamad menyeru pertandingan satu lawan satu antara “calon rakyat” dengan BN dalam dua pilihan raya kecil bulan depan.

Bekas perdana menteri 22 tahun itu menyeru orang ramai memberi kemenangan besar kepada lawan BN, seperti PAS.

Beliau bagaimanapun mempunyai kebimbangan terhadap 'pengkhianatan' PAS menarik diri dan memberikan kemenangan percuma kepada BN.

“PAS mungkin juga pura-pura menamakan calon tetapi apabila rakyat tidak meletak calon, PAS akan menarik diri supaya BN menang tanpa bertanding.

“Kita tidak akan hairan jika ini dilakukan oleh PAS.

“(Presiden PAS Datuk Seri) Hadi (Awang) nampaknya sudah terima cash is king Najib walaupun dunia anggap Najib sebagai pemimpin yang kuat rasuah," dakwanya.

“Itu pilihan Hadi dan itu memanglah haknya. Sebab itulah PAS berpecah."

Baca tulisan penuh Tun Mahathir: Menang pun PAS cuma jadi hamba BN.

,

Khamis, 19 Mei 2016

Hudud Sukar Jika Pencuri Balak Pun Tidak Boleh Cari


KUALA LUMPUR - Bekas Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa mempersoalkan bagaimana Kerajaan Negeri Kelantan mahu laksanakan hudud jika masalah pembalakan haram di negeri itu tidak dapat diatasi.

"SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) pun sahkan ada berlaku pembalakan haram di Kelantan.

"Macam mana mahu laksana hudud kalau pembalak haram Pas hanya biar dan tidak boleh ambil tindakan?" katanya dalam program Dialog Bersama Husam Musa di sini, semalam.‎

Menurutnya lagi, Pas Kelantan perlu bertindak menangani masalah pembalakan haram yang terjadi secara meluas di negeri itu. - Sinar Harian/19/5/2016

,

Husam Janjikan Kejutan 3 Bulan Akan Datang



KUALA LUMPUR - ‎Bekas Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa berjanji akan membuat pengumuman rasmi berhubung penyertaannya ke atas mana-mana parti politik.

Husam berkata, beliau memerlukan tempoh masa tiga hingga empat bulan sebelum membuat pengumuman tersebut.

"Bagi saya masa... Kemudian saya akan umum. Saya sentiasa bersama anda semua. Sekarang pun saya masih bersama anda.

"Untuk isu-isu semasa, isu-isu nasional, saya masih ada," katanya dalam program Dialog Bersama Husam Musa di sini, semalam.

[ARTIKEL BERKAITAN: Pas pecat Husam Musa]

Husam dipecat daripada menjadi ahli Pas berkuat kuasa 23 April lalu. - Sinar Harian/19/5/2016

,

‘Saya tak jangka dipecat daripada Pas’


KUALA LUMPUR - Bekas Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa menegaskan belia tidak menjangka akan dipecat dari Pas.

Katanya, beliau menjangkakan hanya dipanggil oleh jawatankuasa disiplin bagi menjelaskan pertuduhan yang dibuat oleh jawatankuasa terhadapnya.

"Saya jangkakan yang saya hanya akan dipanggil. Itu sahaja. Takkan hanya kerana saya menegur, saya dipecat?" soalnya dalam program Dialog Bersama Husam Musa di sini, hari ini.‎

Beliau dalam pada itu menganggap dirinya masih sebagai ahli Pas memandangnya beliau belum menerima surat rasmi berhubung pemecatannya.

"Saya yakin Pas tidak akan pecat saya. Adakah apa yang saya katakan betul. Kalau betul kenapa saya boleh kena pecat?

"Saya hanya dengar tentang berita itu menerusi media. Selebihnya tidak ada apa-apa. Tidak ada surat rasmi, panggilan telefon, teks yang mengatakan saya dipecat," katanya lagi. -Sinar Harian/19/5/2016

Husam Dakwa ADUN BN Usahakan SD Jatuhkan MB Kelantan



Bekas naib presiden PAS, Datuk Husam Musa berkata, wujud gerakan untuk menjatuhkan menteri besar Kelantan.

Malah, Husam dalam dialog sulungnya malam tadi mendedahkan ADUN BN Kelantan telah bersetuju untuk membuat akuan bersumpah (SD) bagi tujuan tersebut.

Bagaimanapun, Husam berkata ADUN BN terbabit menyerahkan kuasa untuk melantik siapa pengganti Ahmad Yaakob kepada pihak yang mengetuai gerakan itu.

"Dalam dua tiga bulan lepas, ADUN BN bersetuju untuk akuan bersumpah untuk turunkan Datuk Ahmad Yakob (menteri besar Kelantan) dengan disokong oleh ADUN (PAS) yang punyai hubungan dengan saya, tapi dia hanya nak turunkan MB, siapa akan jadi MB dia serah kepada yang mengetuai gerakan tersebut.

"Tetapi ini akan ada ADUN BN yang nafikan," kata Husam.

Husam berkata demikian dalam program Dialog bersama Husam Musa dengan tajuk 'Mara kehadapan' di Dewan Himpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor (KLSCH), Kuala Lumpur malam tadi.

Mengulas lanjut, Husam berkata ADUN terbabit telah berjumpa dan berbincang dengan beliau mengenai perkara itu.

Namun, tegas Husam beliau tidak akan bertindak sedemikian.

"ADUN berkenaan ada bincang dengan saya. Dia nak tunjuk akuan bersumpah itu kepada saya tetapi secara prinsipnya saya tolak.

"Jadi (sekarang) Datuk Ahmad Yakob masih terus jadi menteri besar. Jangan bimbang. Kalau nak suruh usul undi tidak percaya tidak payah, kita tidak akan buat," kata Husam.

Ini kerana, ADUN Salor berpandangan rakyat Kelantan akan marah dengan tindakan tersebut yang berkemungkinan besar akan mencetuskan krisis politik yang sama seperti 1977 sebelum ini.

"Saya tidak mahu ulang krisis tersebut, saya tidak mahu orang lain ambil kesempatan daripada apa yang kita alami pada hari ini," ujar Husam.

Malah, Husam berkata sekiranya rakyat Kelantan mahukan perubahan seperti mana kerajaan pimpinan bekas menteri besarnya Datuk Nik Abdul Aziz ia hanya akan berlaku pada pilihan raya akan datang.

"Kalau kita nak hidupkan (kerajaan pimpinan Nik Aziz) balik pilihan raya lepas ini kita lakukan," kata Husam.

Katanya lagi, PAS dengan kedudukan hari ini tidak boleh harap untuk lakukan perubahan.

Malah, Husam berkata dengan perubahan tersebut beliau yakin PAS akan dapat memenangi 25 kerusi di negeri itu.

Jumaat lepas, Jawatankuasa Tatatertib PAS mengesahkan memecat Husam setelah meneliti aduan salah laku terhadap bekas naib presiden parti itu dan mendapati beliau melakukan tindakan serta perbuatan yang menyalahi Fasal 82(1)(b), (c),(d),(e) dan (f), Perlembagaan PAS.

Sebelum ini, Husam lantang menyerang parti dan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, terutamanya dalam isu dakwaan kerjasama antara PAS dan Umno.

Pada masa ini, PAS mempunyai 32 kerusi, PKR 1 dan BN 12 daripada keseluruhan 45 kerusi DUN di Kelantan.

Untuk menukar MB Kelantan, gerakan tersebut perlu mendapatkan sokongan sekurang-kurangnya 23 ADUN.

Malaysiakini sedang berusaha untuk mendapatkan reaksi ADUN BN Kelantan berhubung perkara ini. - Malaysia Kini/19/5/2016


, ,

Penyiasat AS Kini Tumpu Hartanah Riza RM138 juta di UK



Penyiasat Amerika Syarikat (AS) dikatakan sedang menumpukan kepada hartanah mewah yang dibeli oleh anak tiri perdana menteri, Riza Aziz di tengah-tengah kota London yang berharga RM137.6 juta atau GBP23 juta, memetik laporan Wall Street Journal (WSJ).

Sebelum ini, WSJ turut melaporkan Biro Siasatan Persekutuan (FBI) AS sedang meneliti pembelian dua hartanah mewah oleh Riza yang sekurang-kurangnya bernilai AS$50 juta di New York dan Los Angeles dan hubung kaitnya dengan dana 1MDB.

Hartanah London itu yang berupa kediaman empat tingkat dengan bata merah, juga dikhuatiri dibeli dengan pembiayaan menggunakan dana berpunca dari 1MDB, dakwa mereka yang biasa dengan siasatan itu kepada WSJ.

Hartanah yang berada dalam sebahagian kawasan yang dilindungi oleh pagar sekuriti itu terletak berdekatan dalam jarak pejalan kaki daripada Suruhanjaya Tinggi Malaysia di kawasan kejiranan Belgravia.

Ia dilaporkan berdaftar kepada Qentas Holdings Ltd, sebuah firma British Virgin Islands, namun Riza adalah penerima manfaat hartanah tersebut, lapor WSJ.

Hartanah di London, New York dan Beverly Hills itu dibeli dengan menggunakan dana Red Granite Capital - firma luar pesisir yang dimiliki oleh Riza, WSJ melaporkan.

Beberapa dokumen yang dilihat oleh WSJ menunjukkan Red Granite Capital menerima AS$133 juta pada Jun 2012.

Malaysiakini telah menghubungi Riza berhubung perkara itu, menerusi firma penerbit filem Hollywood Red Granite Pictures, sedang menunggu maklum balas.

Red Granite Capital sebelum ini dilaporkan menerima AS$238 juta dari Aabar Investment PJS Ltd - firma yang sama menerima AS$3.5 bilion dari 1MDB. -Malaysia Kini/19/5/2016

, ,

Ketua audit: Laporan Audit Cukup untuk Siasatan Lanjut 1MDB



Ketua Audit Negara Tan Sri Ambrin Buang percaya laporan audit berkaitan 1MDB yang diserahkannya kepada Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) cukup untuk memulakan siasatan lanjut.

“Saya rasa laporan kami cukup sebagai asas untuk siasatan lanjut, kami sudah buat kerja kami.

“Langkah selanjutnya, seperti dicadangkan oleh PAC, mereka (jawatankuasa itu) mahu siasatan terhadap beberapa personaliti dalam syarikat itu.

“Biarkan polis buat kerja mereka, kami akan bantu sesiapa sahaja yang mahu siasat,” katanya dalam wawancara bersama Channel News Asia (CNA).

Ambrin bagaimanapun enggan mengulas sama ada ada beliau berpandangan dapatan audit mendedahkan unsur-unsur salah laku.

Beliau berkata kini terpulang kepada peguam negara dan negara lain yang menyiasat 1MDB memutuskan sama ada terdapat kes prima facie.- Malaysia Kini/

, ,

Krisis di Selangor: Exco PAS Mungkin Dipecat



PETALING JAYA: Ahli Exco Selangor dari PAS diminta meletak jawatan pada Isnin jika parti itu masih tetap dengan pendirian untuk bertanding pada Pilihan Raya Kecil Parlimen Sungai Besar.

Kata dua itu dilaungkan Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang mahu PKR bertanding di kerusi tersebut.

Azmin yang juga Timbalan Presiden PKR menujukan kata dua itu kepada Datuk Iskandar Samad yang juga Pesuruhjaya PAS Selangor dan beberapa exco PAS yang lain iaitu Datuk Ahmad Yunus Hairi dan Zaidy Abdul Talib selepas mesyuarat Exco di sini Rabu.

Namun, sumber PAS Selangor berkata kepimpinan tertinggi parti memutuskan untuk terus bertanding selepas mengadakan mesyuarat dengan Datuk Seri Abdul Hadi Awang di kediamannya di Rusila, Terengganu.

Tiga ahli exco Selangor dan beberapa pemimpin parti itu telah berlepas ke Terengganu pada Rabu untuk mengadakan mesyuarat tergempar.

"Presiden kami tetap dengan keputusan jawatankuasa pusat untuk bertanding pada pilihan raya kecil itu," kata sumber PAS Selangor.

Hadi yang juga Presiden PAS mengarahkan ketiga-tiga ahli exco itu supaya tidak meletak jawatan.

Beliau berkata parti itu bersedia untuk digugurkan daripada kerajaan negeri.

Semasa mesyuarat dengan ahli exco PAS, Azmin berkata PKR mempunyai peluang cerah untuk menentang Umno di Sungai Besar.

Jelasnya, PKR boleh mendapat sokongan undi Melayu dan Cina manakala PAS dan Amanah akan memberi kemenangan mudah kepada Umno.

Azmin memberi jaminan bahawa beliau akan berunding dengan pemimpin Pakatan Harapan untuk memberi laluan kepada PAS bertanding di kerusi Parlimen Kuala Kangsar.

Beliau juga berjanji bahawa PAS akan diberi kerusi Parlimen Sabak Bernam pada Pilihan Raya Umum yang akan datang.

PKR bertanding tetapi tewas di kerusi Parlimen Sabak Bernam pada 2013.

Berkaitan:

Azmin Nafi Minta Adun PAS Letak Jawatan

SHAH ALAM: Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Azmin Ali menafikan memberi kata dua kepada exco PAS supaya meletak jawatan atau melupakan hasrat bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar bulan depan.

Katanya fokus beliau kini ialah mengadakan perbincangan dengan pelbagai parti pembangkang untuk bertanding di kerusi Parlimen berkenaan.

"Saya akan adakan mesyuarat dengan Parti Amanah Negara hari ini. Kata dua? Tak ada seperti itu. Ia tidak benar. Fokus kami adalah untuk membincangkan mengenai kerusi berkenaan dan ia belum selesai," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Selangor di sini, Khamis.

Menteri Besar itu diminta mengulas laporan bahawa beliau telah meminta anggota exco Selangor daripada PAS untuk meletakkan jawatan jika parti itu berkeras untuk bertanding dalam pilihan raya kecil itu nanti.

Menurut laporan itu, Azmin mahu PKR bertanding di kerusi tersebut dan bukannya PAS atau Amanah.

Ditanya sama ada PAS akan kekal dalam pentadbiran negeri jika ia bertanding kerusi itu, Menteri Besar Selangor berkata: "Jangan terus membuat kesimpulan." -Mstar/19/5/2016

P/s: U turn?????

,

Hadi Kata 'Lebih baik jaga lembu Umno dari babi DAP'?



DAP menuntut Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menjelaskan sama ada benar beliau mengeluarkan kenyataan kasar “babi DAP” terhadap mereka.

Setiausaha agungnya Lim Guan Eng berkata, jika Hadi tidak mengeluarkan kenyataan itu, beliau patut membersihkan namanya dengan menyaman akhbar yang melaporkannya.

“Jika beliau membuat kenyataan itu, ia keterlaluan, kerana perkataan itu kesat terhadap DAP dan masyarakat bukan Islam.

“Kenapa DAP terseret dalam isu ini ketika kita tidak bercadang pun untuk bertanding dalam pilihan raya kecil,” kata ketua menteri Pulau Pinang itu dalam sidang media di Dewan Undangan Negeri (DUN).

The Star melaporkan Hadi sebagai berkata lebih baik PAS “mengembala lembu Umno daripada babi DAP” dalam mesyuarat khas berkaitan pilihan raya kecil Sungai Besar dan Kuala Kangsar di rumahnya di Terengganu.

Artikel berjudul “Crisis in Selangor - PAS may be booted out by state govt” melaporkan Hadi bersedia membenarkan tiga exconya di Selangor dipecat.

Ketiga-tiga exco PAS dikatakan mendapat amaran oleh kerajaan Selangor jika PAS bertegas meletakkan calon di Sungai Besar.

Azmin, yang juga timbalan presiden PKR, dilaporkan mendakwa PKR lebih berpeluang di kawasan-kawasan parlimen di Selangor.

Jika berlaku krisis dan PAS ditendang keluar daripada kerajaan negeri, PKR masih dapat mempertahankan pentadbirannya dengan sokongan 13 ADUN sendiri, DAP (15) dan Parti Amanah Negara (2).

PAS mempunyai 13 kerusi di Selangor, Umno 12 dan bebas dua.- Malaysia Kini/19/5/2016

Respon Haji Hadi di sini.

, ,

Selasa, 17 Mei 2016

Khairuddin: Bukan Saya Penulis dan Penerbit Buku '50 Dalil'



Bekas Timbalan Ketua Umno Bahagian Batu Kawan Datuk Khairuddin Abu Hassan berkata beliau tidak terlibat sama sekali dalam penerbitan buku '50 dalil mengapa Anwar tidak boleh jadi perdana menteri'.

Kerana itu, katanya, mantan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak pernah mengambil sebarang tindakan ke atasnya berhubung buku tersebut.

“Bukan saya penulis dan penerbit buku itu.

“Tengok siapa penerbit dan penulis buku itu, sehingga ke hari ini Datuk Seri Anwar Ibrahim tak pernah ambil apa-apa tindakan ke atas diri saya,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam Forum 'Deklarasi: Mana Pergi Rakyat' di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor (KLSCAH) malam tadi.

Forum itu menampilkan Kharuddin, bekas pengerusi BERSIH, Datuk S Ambiga dan Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad sebagai pihak yang menyokong Deklarasi Rakyat.

Manakala pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin atau Chegubard, bekas setiausaha agung Parti Sosialis Malaysia, S Arutchelvan dan peguam Haris Ibrahim sebagai pihak yang menentang.

Sebelum itu, dalam forum tersebut Chegubard mendakwa bahawa Khairuddin merupakan salah seorang penulis buku itu.

Bagaimanapun, Badrul yang juga dikenali sebagai Chegubard membuat permohonan maaf secara terbuka kepada Khairudin selepas mendengar hujah dari bekas pemimpin Umno itu.

Sementara itu, Khairuddin berkata, beliau akan menjadi orang pertama yang akan menyokong sekiranya ada gerakan yang menggerakkan pembebasan Anwar.

“Saya akui kalau ada perjuangan nak keluarkan Datuk Seri Anwar Ibrahim di Penjara Sungai Buloh, saya orang pertama yang akan sokong perjuangan ini,” tegasnya kepada 300 orang hadirin yang hadir.- Malaysia Kini/17/5/2016

,

KWSP Kekal Pemegang Terbesar Hutang Domestik Kerajaan



Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) kekal sebagai pemegang terbesar hutang domestik kerajaan dengan komposisi pegangan 21.6 peratus atau RM131.7 bilion.

Menurut menteri kewangan, pinjaman itu dalam bentuk pegangan KWSP dalam instrumen sekuriti kerajaan berjumlah RM65.9 bilion dan terbitan pelaburan kerajaan RM65.8 bilion.

Dalam jawapan bertulis di parlimen, menteri juga menjelaskan pinjaman yang diperoleh kerajaan persekutuan adalah bagi tujuan membiayai perbelanjaan pembangunan yang memberikan kesejahteraan kepada rakyat serta menyokong pertumbuhan ekonomi negara.

Dan secara tidak langsung, kata Datuk Seri Najib Razak, ia memberi manfaat kepada syarikat-syarikat yang melaksanakan pelbagai program pembangunan negara.

Najib menjelaskan hutang domestik kerajaan sebanyak 96.6 peratus atau RM609.1 bilion. Bakinya RM21.5 bilion (3.4 peratus) adalah pinjaman luar pesisir.

Beliau menjawab soalan Wong Tien Fatt (Sandakan) berkaitan hutang kerajaan kepada KWSP, selain tujuan dan syarikat dimanfaatkan daripada hutang itu.

Sementara itu, Najib juga berkata, kedudukan terkini hutang kerajaan pada akhir Disember 2015 sebanyak RM630.5 bilion atau 54.5 peratus daripada Keluaran Dalam negara Kasar (KDNK).

Beliau bagaimanapun menegaskan kerajaan komited memastikan paras hutang persekutuan tidak lebih 55 peratus daripada KDNK.- Malaysia Kini/17/5/2016

,

DAP Terus Bersama Tun M, Walaupun Tanpa 'Restu' Anwar



DAP hari ini menegaskan untuk terus bekerjasama dengan bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad walaupun selepas terdedahnya 'warkah dari penjara' hasil nukilan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Dalam respons pertama dari DAP sejurus tersebarnya surat tersebut semalam, Tony Pua berkata, keprihatinan yang ditunjukkan Anwar itu adalah perkara biasa.

"Ia adalah reaksi yang biasa. Selain Anwar, masih ramai di luar sana yang sangsi dengan Mahathir. Sama seperti mereka meragui ketika Anwar menyertai pembangkang banyak tahun yang lalu.


"Kebimbangan beliau itu ada rasionalnya seperti kami jua. Kami juga takut dipergunakan (oleh Mahathir demi agenda peribadi)," kata Pua (kiri) yang juga Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP itu.

Dalam surat dengan lapan halaman itu, Anwar mengejutkan banyak pihak dengan kritikan terbuka terhadap Mahathir dan Deklarasi Rakyat selain menyentuh pelbagai isu, daripada masalah keteguhan perjuangan dalam PKR kepada kelicikan dalam politik Malaysia.

Selain Mahathir, Tun Daim Zainuddin yang dilihat 'orang kanan' perdana menteri keempat itu serta Tengku Razaleigh Hamzah tidak terlepas daripada kritikan Anwar.

Antara inti pati amanat Anwar itu ialah terdapat pemimpin PKR bersekongkol dengan Mahathir dan Tun Daim melalui Deklarasi Rakyat sehingga menggugat perjuangan parti itu.

Deklarasi Rakyat turut menafikan kepentingan moral untuk “reformasi terhadap demokrasi yang beramanah” dengan hanya menumpukan kepada pengunduran Najib dan jauh terpesong daripada asas perjuangan PKR untuk kebebasan dan keadilan, kedaulatan undang-undang dan melawan salah guna kuasa serta rasuah, kata Anwar lagi.

Mahathir juga disifatkan sebagai pemimpin zalim dan paling korup sebagai mantan menteri kewangan sambil memetik memetik ungkapan oleh penyair Inggeris terkenal, William Shakespeare : “ular yang dulu mematuk kini memakai mahkota”.



Mengulas lanjut, Pua menambah, selepas menimbang buruk baiknya dalam kerjasama dengan Mahathir, DAP merasakan boleh meraih manfaat dalam kerjasama itu, terutama penyokong BN yang dibawa olehnya.

"Titik utama ialah kita mampu mendekati penyokong BN menerusi Mahathir. Kami boleh menggunakan pengaruh beliau untuk mendekati lebih ramai penyokong," ujarnya.

"Peluang ini akan digunakan untuk menerangkan kepada penyokong BN tentang pendirian kami supaya mereka lebih mengenali Pakatan Harapan dengan lebih baik. Dan, kita mendapat lebih banyak sokongan," katanya.- Malaysia Kini/17/5/2106

, ,

11 Inti Pati Amanat 'Puitis Tetapi Pedas' Anwar



Jarang ahli politik menulis surat panjang lebar dengan penggunaan bahasa indah berhias puisi-puisi penyair terkenal seluruh dunia.

Tetapi di sebalik pemilihan kata-kata, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengejutkan banyak pihak dengan surat lapan halaman daripada penjara yang lantang mengkritik Tun Dr Mahathir Mohamad dan Deklarasi Rakyat.

Anwar menyentuh pelbagai isu, daripada masalah keteguhan perjuangan dalam PKR kepada kelicikan dalam politik Malaysia.

Selain Mahathir, Tun Daim Zainuddin yang dilihat 'orang kanan' perdana menteri keempat itu serta Tengku Razaleigh Hamzah tidak terlepas daripada kritikan Anwar.

Bagaimanapun, surat panjang itu mungkin sedikit sukar difahami gaya penulisan itu. Berikut inti pati amanat Anwar itu yang disusun semula oleh Malaysiakini:


(1) Terdapat pemimpin PKR bersekongkol dengan Mahathir dan Tun Daim melalui Deklarasi Rakyat. Strategi itu menggugat perjuangan PKR dan pemimpinnya harus menghindari permainan elit penguasa untuk mengekalkan sistem usang. Mahathir dan Daim agresif mempertahankan sistem kroni kapitalisme.

(2) Tengku Razaleigh Hamzah licik mempergunakan akuan bersumpah (SD) anggota parlimen yang tidak menyokong kepimpinan Najib, walaupun menafikannya. Tengku Razaleigh atau Ku Li meletakkan diri sebagai calon kompromi di tengah-tengah pertembungan Datuk Seri Zahid Hamidi dan Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

(3) Anwar menetapkan jarak daripada awal dengan “kelompok Deklarasi Rakyat”. Agenda perubahan harus selaras dengan gagasan reformasi.

(4) Deklarasi Rakyat menafikan kepentingan moral untuk “reformasi terhadap demokrasi yang beramanah”. Pelancarannya seolah-olah ditetapkan tanpa boleh dirunding. Malah, pandangan PKR dimasukkan di saat-saat akhir dan sekadar mencantikkan deklarasi. “Dokumen Tun M” itu cacat dan tidak selari dengan pandangan reformasi.


(5) Deklarasi Rakyat hanya menumpukan kepada pengunduran Najib dan jauh terpesong daripada asas perjuangan PKR untuk kebebasan dan keadilan, kedaulatan undang-undang dan melawan salah guna kuasa serta rasuah.

(6) Mahathir pemimpin zalim dan paling korup sebagai mantan menteri kewangan. Bagaimanapun terdapat pemimpin PKR terpegun dan merendah diri dengannya seolah-olah masih tersekat dengan budaya feudal.

(7) Mahathir tidak pernah menghargai sifat berlapang dada padanya, bahkan menunjukkan sifat terkutuk meneruskan serangan peribadi. Lebih sedih lagi, penghinaan itu tidak dibela oleh rakan-rakannya yang lebih mementingkan usaha sama dengan Mahathir. Anwar dan Azizah merasakan keperluan membantah sebagai prinsip mempertahankan maruah.

(8) Kumpulan elit penguasa hanya berusaha menyelamatkan Umno. Memetik penyair Inggeris William Shakespeare, Anwar berkata “ular yang dulu mematuk kini memakai mahkota”.

(9) Anwar mengutuk sikap tidak peka yang mendesak presiden, dan khususnya Nurul Izzah (anaknya) membuat kunjungan hormat terhadap Mahathir. Hasrat mengambil hati Mahathir dengan menuntut pengorbanan keluarganya, terutamanya selepas cemuhan bekas perdana menteri itu, sangat tidak berhati perut.


(10) Dakwaan Najib menghantar Zahid bertemunya di Hospital Kuala Lumpur ketika beliau dimasukkan ke wad baru-baru ini adalah fitnah untuk melahirkan kesangsian dan perbalahan.

(11) Anwar berasa sugul. Derita di penjara tidak sekusut perkembangan terkini PKR apabila idealisme perjuangan mula terhakis, teruji dengan kilauan kuasa dan dana. Memetik penyair terkenal Indonesia Tawfiq Ismail, Anwar mengetengahkan sajak yang mengingatkan wujudnya golongan pengkhianat, penjilat dan pahlawan jadi-jadian dalam perjuangan. - Malaysia Kini/17/5/2016


Surat Penuh DSAI:

Saudara-saudara, presiden, timbalan dan rakan-rakan pimpinan yang dikasihi.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.

Permasalahan yang akan saya utarakan perlu dilacak dan diteliti dengan tenang. Intipati gagasan tidak tersasar dari dasar perjuangan dan konsisten dengan nada lakaran sebelumnya. Kekhuatiran saya adalah jika saudara-saudara sekadar mendengar dengan hormat tetapi gagal membenahinya.

Dalam sejarah perjuangan kita, terdapat episod getir yang menuntut bongkahan pemikiran dan penyuluhan. Permasalahan kini terkait dengan Deklarasi Rakyat yang turut mengheret pimpinan dan wadah kita untuk bersekongkol dengan Tun M dan Daim.

Pandangan saya mungkin bercanggah dengan pendirian majoriti pimpinan. Saya gusar kerana mengandaikan strategi tersebut agak terlanjur dan menggugat sendi nadi dan tunggak perjuangan. Kita perlu menghindari dari bahaya terjebak dengan permainan elit penguasa dan muslihat licik mereka untuk mengekalkan sistem usang. Kendati begitu, ramai rakan-rakan merasakan bahawa strategi baru tersebut ampuh dan terbaik.

Ia dikatakan berjaya memberikan lonjakan baru dengan penggemblengan semua kekuatan yang mungkin untuk menumbangkan Datuk Seri Najib selaku perdana menteri dan selanjutnya menjana perubahan. Mereka yakin untuk mengawal keadaan dan mengelak dari berlakunya sebarang penyimpangan. Pertembungan idea di kalangan kita mengusutkan memang perlu dirungkai tanpa mengundang perbalahan atau persengketaan peribadi.

Saya amalkan pendirian yang sama tatkala menyingkap inisiatif penandatangan akuan bersumpah bersama Tengku Razaleigh yang kini terkubur. Saya dan pimpinan telah memberikan persetujuan meskipun saya pohon kewaspadaan untuk kembali menegakkan dasar dan khittah perjuangan.

Kita juga tidak wajar mengungkit kebijaksanaan pimpinan menyertai dan menandatangani Deklarasi Rakyat (DR). Dalam beberapa warkah sebelumnya, saya terus menggesa pimpinan agar waspada dengan politik elit penguasa dan keperluan mempertahan dasar perjuangan. Persoalan sekarang adalah menentukan hala tuju seterusnya.

Saya lebih cenderung memilih tidak dilihat berpadu dengan kelompok DR, yakni dengan mula menetapkan jarak. Di sebaliknya kita perlu memperhebat dan memesatkan kempen menjana perubahan, menjadi pembela rakyat yang tertekan akibat kecelaruan dan salah urus ekonomi negara; selaras dengan dasar dan gagasan yang kita gendong selama ini. Kelompok DR, termasuk Tun M mungkin saja menyertai program tersebut tetapi perlu ketara agenda perubahan dan bukan DR. Izinkan saya jelaskan selanjutnya:

Saya pernah mempersoalkan dengan penuh kesangsian – ketika perbualan ringkas di mahkamah berkenaan mengapa kesungguhan kempen untuk mengangkat deklarasi yang menafikan kepentingan moral untuk reformasi terhadap demokrasi yang beramanah democratic accountability? Terima kasih kerana maklum balas segera dan nota-nota penjelasan.

Pelancaran DR adalah seolah-olah seperti telah ditetapkan tanpa boleh dirunding atau fait accompli. Hanya setelah desakan daripada pimpinan NGO pada saat-saat akhir, sebahagian daripada pandangan kita dimasukkan, hanya sekadar mencantikkan deklarasi. Secara dasarnya, ia kekal sebagai dokumen Tun M, cacat dan tidak selari dengan pandangan dari sudut reformasi.

Ia hanya menumpukan kepada pengunduran Datuk Seri Najib sebagai perdana menteri susulan skandal 1MDB. Ini adalah jelas jauh terpesong daripada raison d’etre atau asas perjuangan kita; untuk kebebasan dan keadilan, kedaulatan undang-undang, melawan salah guna kuasa dan rasuah, dan keadilan untuk semua!

Pimpinan dilihat seperti terpesona dan berpuas hati dengan jaminan bahawa segala tuntutan akan ditangani setelah pengunduran Najib. Ini mengingatkan kembali kepada komplot ‘penguasa elit’ yang saya terangkan sebelum ini. Ia adalah secara jelas menguntungkan yang kaya dan yang berkuasa manakala rakyat akan terus dipinggirkan. Kita hanya baru sahaja terlibat dengan ‘akuan bersumpah – kemelut SD'. Jaminan yang sama diberikan secara tertutup.

Dan dalam keterujaan atau keterdesakan untuk mengubah tampuk kepimpinan negara, kita berikan komitmen. Sekarang ia menjadi bahan sindiran dan memalukan, khususnya apabila Ku Li sendiri menafikan keterlibatan beliau dan menganggap rancangan tersebut sebagai tidak masuk akal. Beliau licik mempergunakan SD ini untuk meletakkan diri beliau sebagai calon kompromi apabila berlaku pertembungan atau kebuntuan antara Zahid dan Hisham. Saya bingung bagaimana ada di kalangan kita dalam Pakatan Harapan yang terus meletakkan harapan agar ‘perubahan’ boleh berlaku melalui tipu muslihat.

Dan kini, meneruskan gerakan tersebut, yang dipimpin oleh mereka daripada kelompok penguasa atau pemerintah, kita bersungguh-sungguh memberi sokongan kepada usaha baru ini, digambarkan seolah-olah sebagai strategi inklusif – rakyat. Hanya satu penjelasan yang boleh diterima iaitu tindakan terdesak. Kita terdesak untuk angka sokongan – yang sebenarnya adalah demi kepentingan dalam politik tanpa sekelumit rasa bersalah.

Kita kena berlaku jujur. Kita terlibat dalam kedua-dua inisiatif dan bersetuju agar Johari Abdul mewakili kita dalam inisiatif SD manakala Azmin Ali, Tian dan Rafizi menyertai dalam inisiatif DR. Tetapi saya sentiasa mengelak daripada menggunakan terma menyokong dan komitmen. Ia meresahkan untuk melihat pimpinan kita menjadi sebahagian daripada pasukan dengan seorang pemimpin yang zalim dan paling korup sebagai mantan menteri kewangan!

Seorang peguam kanan memaklumkan kepada saya beliau memerhatikan bagaimana pemimpin-pemimpin ini terpegun dan merendah diri dalam kehadiran bekas autokrat dalam program terbuka seolah-olah masih tersekat dengan budaya feudal. Walaupun dengan kepetahan Azmin, Ambiga dan Mat Sabu yang lantang dan meyakinkan, pengolahan agenda reformasi hanya menjadi isu sampingan.

Jangan terpedaya dengan menganggap kenyataan-kenyataan mengutuk kezaliman yang melampau ketika waktu pemerintah Tun M akan mampu mengajak beliau untuk melakukan perubahan yang sistematik. Beliau terkenal dengan kecekalan, begitu tertumpu dengan agenda beliau yang sukar digugat. Ketakutan yang sentiasa menghantui diktator dan autokrat adalah pendedahan jenayah-jenayah yang dilakukan dan berbilion-bilion wang yang dicuri.

Sifat ihsan dan berlapang dada terhadap Tun M tidak pernah dihargai. Bukan sahaja tidak menyesal, beliau menunjukkan sifat terkutuk dalam diri beliau dengan meneruskan serangan peribadi. Penghinaan ini sedihnya tidak dibela oleh rakan-rakan yang saya letakkan kepercayaan. Saya beranggapan kalian lebih mementingkan untuk mempertahankan usaha sama dan kepentingan dengan Tun M.

Malangnya, ini hanya akan meyakinkan beliau untuk tidak rasa bersalah terhadap kerosakan dan pembaziran yang berlaku ketika zaman beliau. Gayanya seperti telah beralih dari menafikan kepada menghapuskan kesalahan lampau! Azizah dan saya merasakan keperluan untuk membantah sebagai prinsip kami dan mempertahankan maruah. Kenyataan kami merujuk kepada pemerintahan autokratik, keperluan untuk wacana menyeluruh bukan seperti pendekatan diktator beliau.

Pandangan kami, deklarasi telah gagal untuk membawa kebajikan rakyat kebanyakan, terutamanya kesengsaraan ekonomi dan reformasi institusi. Kepada mereka yang taksub dengan Deklarasi, pasti tidak mengalukan kritikan sebegini. Saya minta berbeza pendapat dan mengutarakan penjelasan dalam perkara tersebut.

Seterusnya pimpinan NGO telah membuat pendirian yang tegas kepada Tun M; walaupun secara peribadi berbanding dengan Tun M yang sentiasa memberi pandangan secara terbuka. Selepas itu penjelasan dibuat bagi perkara yang tidak mempunyai apa-apa perubahan; iaitu majoriti ahli Parlimen akan menentukan calon perdana menteri yang baru.

Dalam surat saya sebelum ini kepada Biro Politik, saya menzahirkan keraguan – yang mana deklarasi dan pendekatan baru ini bertentangan dengan perubahan jitu atau reformasi. Saya menyeru pimpinan untuk tidak memandang rendah komplot mereka. Jangan terlalu yakin dengan menganggap kalian mampu mematahkan percaturan mereka. Jangan peringatan ini dipandang remeh.

‘The best lack of all conviction,
whilst the worse
Are full of passionate intensity’ [William Butlers Yeats]

‘Yang baik tidak yakin dengan kebaikan,
Manakala yang buruk
Tegar dengan tumpuan sepenuh jiwa mempertahankan keburukan [WB Yeats, penyair dari Ireland]

Berhati-hati dengan Machiavellians yang akhirnya menyerahkan kuasa kepada kroninya.

Kita mengangkat diri kita sebagai mempunyai jiwa yang besar, didorong semata-mata demi kepentingan negara. Apa yang hilang daripada benak pemikiran kita adalah keadaan sebenar yang tatakelola dalam kerajaan telah dimusnahkan dan apa yang membimbangkan adalah tiadanya rasa menyesal dan tiada kesungguhan menyokong reformasi.

Kedua-dua Tun M dan Daim merupakan dalang dan begitu agresif mempertahankan kroni kapitalisme. Melalui proses yang tempang dan korup penjana bebas elektrik IPP dianugerahkan, projek lebuh raya diswastakan, barangan keperluan dimonopoli oleh kroni-kroni. Ianya amat jelas mempergunakan dan membebankan rakyat. Kerakusan ini tidak terhenti dengan pemerintahan mereka dan kesan kerosakannya masih dirasai sehingga kini.

Saudara mungkin dapat rasakan pendirian saya yang semakin tegas setelah pendekatan berjiwa besar dan berdamai yang mana pada awalnya seperti kebanyakan di kalangan saudara, saya agak naif menjangkakan Tun M akan lebih terbuka kepada perubahan. Beberapa siri perbincangan dengan pimpinan PH dan NGO tidak berjaya merubah atau menghalang ketaksuban dan dendam peribadi terhadap Najib tetapi bukan terhadap sistem yang bobrok dan rosak.

Ia seperti tidak masuk akal selepas bekerjasama dengan PH, NGO dan rakan-rakan kepercayaan saya, beliau masih terus menghina dan menyerang saya! Perangai seperti itu menghalang dari kemungkinan untuk pertemuan dengan ahli keluarga saya. Ada sahabat menyebut dengan takzimnya untuk tidak mengharapkan seorang yang telah berusia 92 tahun untuk akhirnya berubah. Ini hanya mengukuhkan keyakinan saya bahawa kumpulan elit penguasa hanya akan berusaha menyelamatkan Umno dan memastikan kebangkitan sistem usang.

‘The serpent that did sting…
Now wears the crown.’ [Shakespeare]

‘Berhati-hati jangan dipatuk dua kali…
Ular itu kini memakai mahkota’ [Shakespeare]

Rakyat kebanyakan kekal, sebagai suara yang penuh kesedaran, harapan rakyat untuk pendirian yang berprinsip. Kita tidak boleh dianggap sebagai menghalang atau melengahkan agenda reformasi; atau tidak bersungguh-sungguh memperjuangkan nasib rakyat.

Kita menuntut kebebasan, keadilan ekonomi, mengurangkan jurang kekayaan, melawan rasuah dan rampasan korporat. Percayalah dalam kebijaksanaan suara rakyat kebanyakan; dan berpandukan kepada aktivis, reformis dan memperkukuhkan akar umbi parti.

Izinkan saya mengulas kepada persoalan-persoalan lain. Maaf – tetapi saya tidak dapat mengelak daripada merasa terkejut dengan pandangan cetek yang melihat dengan kejatuhan Najib cukup untuk membawa perubahan ke arah demokrasi yang beramanah atau democratic accountability.

Saya telah menegaskan pendirian yang bertentangan dan tiada bukti yang boleh dikemukakan sebaliknya. Saya juga telah diminta untuk menunjukkan pendekatan jelas dan tidak mengelirukan terhadap deklarasi; dan saya berbuat demikian dengan tepat.

Tetapi saya mengutuk sikap yang tidak peka mendesak presiden, dan khususnya Nurul Izzah untuk membuat kunjungan hormat terhadap Tun M atau menyertai program beliau. Kamu mungkin nak mengambil hati beliau, tetapi menuntut pengorbanan daripada keluarga saya, terutamanya selepas cemuhan beliau baru-baru ini adalah sangat tidak berhati perut!

Dan tolong jangan melayan yang mengaku sebagai ‘sumber sahih, dipercayai’ yang mana Najib telah menghantar utusan untuk bertemu dengan saya dan telah berlaku satu pertemuan dengan Zahid di HKL minggu lepas.

Ini adalah fitnah dan disebarkan dengan niat untuk melahirkan kesangsian dan perbalahan. Kepercayaan adalah seperti semakin terhakis. Saya dengan yakin boleh mengandaikan kalaulah pertemuan itu benar-benar berlaku, kredibiliti saya masih kekal tidak terjejas. Dan sebaliknya, saya akan berterus-terang dengan rakan-rakan jika benarlah bahawa berlaku tawaran atau dakwaan terhadap mereka. Ia adalah memalukan untuk menunjukkan sikap sebegini; tetapi kita perlu membina semula kepercayaan dan mempunyai sifat kasih sayang.

Akhirul kalam – saya kini diselubungi rasa sugul. Saya tidak berhasrat membebankan saudara-saudara dengan derita kesepian mendekam di penjara. Ujian sedemikian betapa pun sukar buat saya, Azizah dan keluarga tetapi tidak serumit dan kusut menangani perkembangan parti mutakhir ini. Sejak bergulirnya Reformasi 1998, saya merasakan idealisme perjuangan mula terhakis, teruji dengan kilauan kuasa dan dana. Kekuatan saya sekadarnya, jika diakui adalah dengan meniupkan dan menyemarakkan kesedaran k earah perubahan – islah mas ta ta’ (perubahan sedaya upaya). Maka kita bergelut selama hampir dua dasawarsa menghadapi kekejaman dan keperitan hidup. Kita pecahkan tembok ketakutan; perkauman; kesempitan takrif agama kepada rahmatan lil ‘alamin.

Namun kegusaran saya adalah justeru perkembangan kini meletakkan kita di persimpangan jalan. Soal cita-cita murni, idealisme bukan lagi persoalan asasi tetapi pencak politik untuk berkuasa. Atau di sebaliknya, apakah saya dirundung malang kerana sukar menerima kenyataan? Memadai saya rumuskan keterbatasan dan kelemahan saya yang tidak upaya menggalas persefahaman baru DR.

Saya tidak berhalangan jika rapat umum dan sesi ceramah kita diteruskan dengan menekankan agenda Keadilan; menolak kerakusan kuasa dan pemerasan rakyat. Kelompok lain mungkin saja hadir menerangkan DR; tetapi jangan berganjak dari pendekatan kita. Pastinya tokoh lama tersebut yang tidak mendukung gagasan rakyat tidak wajar ditonjolkan kerana ia akan mengelirukan rakyat; mengaburkan agenda reformasi malah mengkhianati amanah islah.

Dalam wacana mengenai mauduk tersebut, itu saja batas yang saya mampu perakui. Jika majoriti memilih untuk mendukung persefahaman DR sepenuhnya; saya akur tetapi akan menyepi dan hanya mengulangi hasrat mendamba perubahan seutuhnya.

Kehampaan saya berikutnya justeru kelemahan lantas kegagalan menghimpun saf kepimpinan yang padu. Keupayaan dan peranan sebagai pengikat pimpinan dan kelompok juga kian terhakis. Maka kedengaran keluhan berunsur tuduhan bahawa saya turut memihak dan terkait dengan beberapa krisis sebelumnya. Saya cuba lakukan sebaiknya tetapi kudrat terbatas. Perseteruan sudah melampaui batas etika hingga kelihatan lebih lunak berurusan dengan musuh politik ketimbang teman seperjuangan.

Pelbagai ikhtiar, pujuk rayu dari saya tidak lagi mengesankan. Pandangan dan ulasan dari rakan-rakan sebegitu penuh dengan prasangka, dan sekilas mata dapat menyelamai kelompok yang diwakili. Persoalan nilai, akhlak, bahaya fitnah wajib dihindari. Maka keupayaan saya terbantut disini.

Saya pohon setulusnya agar warkah ini tidak diputar dan ditafsir mengikut selera kabilah. Warkah ini berupa wasiat dan amanah perjuangan untuk semua sahabat dalam saf kepimpinan. Telaah dan manfaatkanlah sebaiknya. Maaf dipohon seandainya dianggap terlanjur dan menyinggung.

Dalam kesepian dan murung, saya banyak menyemak puisi termasuk The Best Poems of the English Language: from Chancer through Proust karya Harold Bloom. Sebelumnya saya asyik dengan Pablo Neruda; Anna Akhmatova (Tsarina of Poetry); WS Rendra dan A Samad Said.

Rakan saya penyair Tawfiq Ismail pernah melakar di zaman remajanya – puisi yang saya hafal; dan pernah saya deklamasikan di Bandung sekitar 2005. Judulnya: "Memang Selalu Demikian, Hadi" (1966) di era gerakan mahasiswa menentang PKI dan Sukarno. Pohon izin menggantikan Hadi dengan "Saudaraku": "Memang selalu demikian saudaraku".

Setiap perjuangan selalu melahirkan
Sejumlah pengkhianat dan para penjilat
Jangan kau gusar, saudaraku.

Setiap perjuangan selalu menghadapkan kita
Pada kaum yang bimbang menghadapi gelombang
Jangan kau kecewa, saudaraku.

Setiap perjuangan yang akan menang
Selalu mendatangkan pahlawan jadi-jadian
Dan para jagoan kesiangan.

Memang demikianlah halnya, saudaraku.
Kepada Allah SWT dipohon keberkatan dan restu.
Semoga perjuangan diberkati. Amin

Anwar Ibrahim

,

Jumaat, 13 Mei 2016

BNM Tamatkan Siasatan 1MDB - Gabenor


KUALA LUMPUR: Bank Negara Malaysia (BNM) menamatkan siasatan di bawah bidang kuasanya terhadap hal ehwal 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

Gabenor Datuk Muhammad Ibrahim berkata 1MDB telah menyatakan komitmen untuk membayar kompaun sebelum tarikh akhir pada 30 Mei 2016, menandakan tamatnya siasatan tersebut.

Syarikat pelaburan strategik negara berkenaan dikenakan kompaun oleh bank pusat susulan kegagalan melaksanakan arahan di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan 2013.

Bagaimanapun, Muhammad enggan memberitahu nilai kompaun yang dikenakan ke atas 1MDB, memandangkan ia bertentangan dengan amalan BNM bagi mendedahkan kuantum yang dikenakan terhadap individu khusus atau entiti kepada awam.

1MDB dijangka membayar denda tersebut.

Semasa taklimat media hari ini, Muhammad mengulangi bahawa kesemua siasatan di bawah bidang kuasa bank pusat dari segi peraturan, kawal selia dan undang-undang ditamatkan.

"Dari segi siasatan yang bukan di bawah peraturan, kawal selia dan undang-undang bank pusat, kita akan meneruskan kerjasama dengan badan berkuasa lain," katanya.

Menurut kenyataan 1MDB pada 28 April lepas, bayaran kompaun tersebut akan dijelaskan pada atau sebelum tarikh akhir.

Mengenai pertikaian antara 1MDB dan International Petroleum Investment Company, Muhammad berkata kedua-dua pihak tersebut perlu menyelesaikan perkara berkaitan dan bank pusat tidak akan campur tangan.

Selain itu mengenai kebimbangan terhadap kenaikan liabiliti luar jangka 1MDB disebabkan pertikaian kedua-dua pihak berkenaan, beliau berkata kerajaan akan memenuhi semua tanggungjawab hutangnya. -Mstar/13/5/2016

,

AMANAH Nekad Wakili PH dalam PRK


PETALING JAYA: Parti Amanah Negara (AMANAH) mahu bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) P.093 Sungai Besar dan P.067 Kuala Kangsar mewakili Pakatan Harapan.

Bagi Ketua Pemuda AMANAH Nasional Sany Hamzan, parti yang baru berusian lapan bulan itu sudah benar-benar bersedia menguji kekuatan jenteranya di Malaysia Barat.

“Seluruh pimpinan Pakatan Harapan harus jujur berusaha mengangkat keutuhan gabungan ini. P.093 dan P.067 merupakan kawasan strategik bagi AMANAH sebagai parti Islam dalam Pakatan Harapan.

“Komposisi campuran penduduk dengan majoriti Melayu Islam sememangnya menjadi gelanggang ideal buat AMANAH meluaskan pengaruh Pakatan Harapan di kedua-dua Parlimen tersebut,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini

Dalam pada itu, Sany turut menjelaskan pihaknya menghormati PAS sebagai blok ketiga dan menyedari situasi bahawa parti Islam itu akan berperanan sebagai penasihat kerajaan yang memerintah.

Namun, pertembungan tersebut juga katanya bakal menguji dan menjadi kayu ukur gabungan politik mana yang lebih dipercayai rakyat.

“Bahkan rakyat umumnya telah sedia memaklumi bahawa PAS bukan sebahagian Pakatan Harapan dan jika berlaku tiga penjuru pun, anak muda boleh ‘membaca’ bahawa PAS bertindak sebagai entiti berasingan yang masuk bertanding demi kepentingan politik Blok Ketiga,” katanya.

Dia juga akui, PAS dan rakan-rakan koalisinya juga menunjukkan nekad bertanding di kerusi yang ditandingi Pakatan Harapan merujuk kepada senario yang berlaku dalam PRN Sarawak baru-baru ini.

Oleh yang demikian, Sany mahu PH meletakkan calon yang tegas menolak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sebagai Perdana Menteri selain itu juga tidak memberi ruang kepada calon-calon yang mesra Najib bertanding.

“Penting untuk Pakatan Harapan mengambil kira ketegasan prinsip untuk menolak Najib Razak dan pada masa yang sama tidak memberi ruang calon-calon yang ‘mesra’ Najib Razak bertanding secara solo,” katanya lagi yang bagaimanapun tidak menamakan calon ‘mesra Najib’ itu. -FreeMalaysiaToday/13/5/2016

Berkaitan:

AMANAH Juga Mahu Bertanding di Sg Besar

SHAH ALAM: Pemuda AMANAH Selangor mahu mewakili Pakatan Harapan untuk bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar bulan depan.

Ini kerana kata Ketua Pemudanya, Abbas Azmi parti itu mempunyai beberapa calon yang kesemuanya memiliki kelebihan tersendiri dan diyakini akan diterima rakyat di kawasan itu.

Beliau berkata, pihaknya juga telah membuat keputusan untuk mencadangkan calon daripada sayap itu bagi PRK Sungai Besar.

“Segala gerak kerja bertemu masyarakat dan pengundi telah pun dibuat bagi memperkenalkan misi dan visi parti, malah program kemasyarakatan juga akan diperbanyakkan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kerusi Parlimen Sungai Besar kosong berikutan kematian penyandangnya, Datuk Noriah Kasnon dalam nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak pada 5 Mei lalu.

Turut terkorban dalam nahas itu ialah Ahli Parlimen Kuala Kangsar, Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad serta empat yang lain termasuk juruterbang.

Suruhanjaya Pilihan Raya telah menetapkan PRK Kuala Kangsar dan Sungai Besar akan diadakan serentak pada 18 Jun nanti, manakala hari penamaan calon jatuh pada 5 Jun ini. – BERNAMA/13/5/2016

, ,

PRK: DAP Tidak Akan Sokong PAS - Guan Eng



DAP akan hanya menyokong calon Pakatan Harapan pada pilihan raya kecil Kuala Kangsar dan Sungai Besar.

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata oleh kerana PAS bukan sebahagian daripada Pakatan Harapan, maka ia bukan sekutunya dan oleh itu ia tidak akan menyokong parti itu.

Bagaimanapun, menurut beliau, perbincangan akan diadakan dengan Presiden PKR Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Menteri Besar Selangor, yang juga Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Mohamed Azmin Ali serta Presiden Parti Amanah Negara, Mohamad Sabu mengenai pilihan raya kecil itu.

"Kami akan sokong sekutu kami dan satu perbincangan akan diadakan tidak lama lagi dengan pemimpin parti masing-masing," katanya kepada pemberita pada persidangan dewan undangan negeri di sini hari ini.

Lim, bagaimanapun enggan mengulas tentang jemputan Azmin kepada PAS supaya kembali menyertai gabungan itu berikutan kekalahan teruk pembangkang kepada Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya negeri Sarawak 7 Mei lepas.- Bernama/13/5/2016

Berkaitan:

DAP Sokong Calon Pakatan Harapan

GEORGE TOWN, 13 MEI: DAP akan menyokong mana-mana calon yang disetujui pemimpin Pakatan Harapan (PH) untuk bertanding dalam pilihanraya kecil (PKR) kawasan Parlimen Sungai Besar di Selangor dan Parlimen Kuala Kangsar di Perak yang akan diadakan serentak 18 Jun depan.

Menurut Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, perbincangan untuk memutuskan siapa yang bakal menjadi calon di kawasan berkenaan akan terus diadakan bersama pimpinan PH.

“Sudah tentu kita akan sokong calon yang diputuskan oleh Pakatan Harapan. DAP akan sokong calon yang diputuskan Pakatan Harapan.

“Kita akan terus adakan perbincangan bukan sahaja dengan Presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah dan Presiden Amanah Mohamad Sabu, tetapi yang penting sekali ialah dengan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Azmin Ali,” katanya kepada pemberita selepas sesi pagi sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang di sini hari ini.

Dua kerusi Parlimen itu kosong setelah Ahli Parlimen Sungai Besar, Datuk Noriah Kasnon dan Ahli Parlimen Kuala Kangsar, Datuk Wan Mohammad Khairil Anuar Wan Ahmad, meninggal dunia dalam tragedi malang nahas helikopter di kawasan Sebuyau, Sarawak Khamis minggu lalu yang turut melibatkan empat lagi individu.

Parlimen Sungai Besar memiliki 42,655 pengundi berdaftar manakala bagi Parlimen Kuala Kangsar, terdapat seramai 32,949 pemilih berdaftar.

Dalam pilihanraya umum ke-13 lalu, calon Barisan Nasional (BN) telah menewaskan calon PAS dengan majoriti tipis 399 undi bagi Parlimen Sungai Besar. Bagi Parlimen Kuala Kangsar pula, calon PAS dan Bebas ditewaskan BN dengan majoriti 1,082 undi.

Suruhanjaya Pilihan Raya dalam mesyuarat khasnya hari ini telah menetapkan tarikh penamaan calon bagi kedua-dua PRK itu pada 5 Jun, dan hari pengundian 18 Jun, manakala tarikh pengundian awal pula ialah pada 14 Jun. – Roketkini.com

, ,

Pemuda AMANAH Tibai Pemimpin Harapan Berlagak Baik



Sayap Pemuda Parti Amanah Negara (AMANAH) mengingatkan pimpinan Pakatan Harapan mengenai keperluan untuk memartabatkan integriti perikatan pembangkang persekutuan dalam masa melakukan persediaan berdepan pilihan raya kecil berkembar di Sungai Besar and Kuala Kangsar.

Ketuanya, Sany Hamzan dalam kenyataan berkata, rundingan berterusan antara parti-parti dalam Pakatan Harapan mengenai calon-calonnya akan menjadi ujian kritikal demi meraih kepercayaan rakyat untuk dilihat sebagai berkemampuan menggantikan BN dan melaksanakan perubahan secara keseluruhan pentadbiran negara.

“Suka atau tidak, pertembungan antara parti-parti komponen Pakatan Harapan semasa pilihan raya negeri Sarawak sudah tinggal menjadi sejarah dan tidak harus diulangi oleh mana-mana parti,” jelasnya.

Beliau merujuk kepada kekalahan teruk Pakatan Harapan akibat pertembungan antara DAP dan PKR di enam kerusi.

Sany, bagaimanapun, menyedari kemungkinan berlakunya pertandingan tiga penjuru antara Pakatan Harapan, BN dan PAS, dengan sokongan blok ketiga bersama Parti Ikatan Bangsa Malaysia.

“Rakyat bukan bodoh. Adalah sukar untuk mereka menerima pemimpin yang mengecewakan majoriti rakyat dengan membenarkan parti-parti dalam Pakatan Harapan untuk bertembung di Sarawak, sekarang ‘berlagak baik’ dan cuba menghalang pertandingan tiga penjuru dengan BN dan PAS.

“Apa sebenarnya mesej politik yang pemimpin ini cuba sampaikan? Terus cuba mengganggu Pakatan Harapan atau apa?,” kata Sany tanpa menamakan sesiapa.

Sany, sementara itu, turut menekankan AMANAH patut diberikan peluang untuk bertanding di Sungai Besar dan Kuala Kangsar.

Antara lain, beliau turut berkata kerusi yang majoritinya Melayu menjadi platform yang sesuai buat AMANAH untuk melebarkan pengaruh Pakatan Harapan. - Malaysia Kini/13/5/2016

BAGASI KIRIMAN TERKINI

BAGASI KIRIMAN

PERHATIAN

Tulisan dalam blog ini sebahagian besarnya ialah respons/pendapat/ulasan RINGKAS/SPONTAN saya terhadap pelbagai isu dan perkara yang berlaku di serata negara mahupun di luar negara.

Sebahagiannya pula disalin & ditampal (
semoga dengan izin) dari blog, laman sesawang atau laman berita dari dalam dan dari luar negara. Hak cipta berita, artikel & makalah adalah milik laman sesawang atau blog tersebut.

Seboleh-bolehnya, saya cuba mengelak untuk menyiarkan mana-mana makalah/petikan/gambar tanpa restu pemilik asalnya. Jika mana-mana petikan/tulisan/gambar yang disiarkan dalam blog ini kurang disenangi pemilik asalnya, maka maklumkanlah segera kepada saya (di ruangan komen bahan terbabit) agar petikan/tulisan/gambar tersebut dapat dikeluarkan dengan kadar segera.

Untuk makluman, sebarang petikan, makalah, gambar yang dipetik dari laman berita atau dari blog /laman sesawang atau dari sumber internet yang lain tidak semestinya menggambarkan/mewakili pandangan saya dalam sesuatu isu yang berkaitan.

PENAFIAN:
Semua artikel atau berita yang disiar dalam blog ini adalah untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am. Ketepatan maklumat artikel atau berita itu perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan atau penyebaran maklumat palsu atau fitnah.

-tayadihmaysia@yahoo.com







TERIMA KASIH