Klik "LIKE" Untuk Terima Kemas Kini DCM di Facebook. Klik Butang "LIKE" di Bawah

Powered By | Blog Gadgets Via Blogger Widgets

Rakan DUNIACACAMARBA

Rakan DUNIACACAMARBA

Jadi Rakan TM

Follow tayadihmaysia on Twitter

BAGASI KIRIMAN POPULAR

Iklan & Tawaran

1. Mari sertai ChurpChurp, berinteraksi bersama-sama dengan taulan sambil menjanakan pendapatan, Percuma! Lanjut sila klik di sini.





Advertlet Hutang DCM RM1710

Advertlet Hutang DCM RM1710
Review http://duniacacamarba2.blogspot.com/ on alexa.com

Sponsored Ads

Cerita UG- Kerajaan Perpaduang

Agenda Unity Government (UG). Apa progresnya selepas ketiadaan TGNA?Video lain:1....

Posted by DUNIACACAMARBA on Saturday, October 17, 2015

,

Isnin, 14 November 2011

[Kemas Kini] Tariah Berahi Antara Atur Cara Majlis Angkat Sumpah Kongsi Gelap



Saya petik:

DITAHAN...gadis yang menghiburkan program terbabit.
DITAHAN...gadis yang menghiburkan program terbabit.


KUMPUL... belia dan remaja dikumpulkan polis, kelmarin.
KUMPUL... belia dan remaja dikumpulkan polis, kelmarin.


[HM] MANJUNG: Mereka dihiburkan dengan tarian ghairah oleh sekumpulan gadis cantik sebelum dikumpulkan di dalam satu dewan besar untuk menjalani satu ‘ritual’ khas bagi ditauliah menjadi ahli pertubuhan kongsi gelap.

Itu antara sesi angkat sumpah yang dilalui 307 orang termasuk remaja berusia 17 tahun sebelum ditahan dalam satu operasi oleh Bahagian Siasatan Kongsi Gelap, Maksiat dan Perjudian (D7) negeri di sebuah resort di Teluk Batik, di sini, malam kelmarin.

Difahamkan, 307 individu berusia dari 17 hingga 30 tahun itu berkumpul di resort berkenaan mulai jam 8 malam kelmarin lengkap memakai kemeja-T dengan logo pertubuhan itu.

Berselindung di sebalik program Hari Keluarga, acara itu dikendalikan sekumpulan individu dipercayai ahli kumpulan gengster untuk merekrut ahli baru.

33 pelajar bakal duduki SPM, 7 wanita ditahan di sebuah resort

[BH] MANJUNG: Sekumpulan individu dipercayai dianggotai penjenayah dikesan cuba merekrut ahli baru mereka termasuk membabitkan pelajar yang bakal menghadapi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) hari ini, menerusi penganjuran satu majlis khas di sebuah resort di Teluk Batik, di sini, malam kelmarin.

Mereka yang dipercayai datang dari seluruh negara terutama dari Pulau Pinang dikatakan mula mendaftar masuk ke resort itu bermula jam 3 petang kelmarin bagi menghadiri majlis ‘Hari Keluarga Genki Seven Malaysia’ yang dijadualkan diadakan di resort sama, bermula jam 8 malam.
Bagaimanapun, aktiviti dan perhimpunan haram itu berjaya dibanteras apabila sepasukan anggota dan pegawai polis dari Bahagian Siasatan Kongsi Gelap, Maksiat dan Perjudian (D7) Perak dibantu sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Manjung menyerbu majlis terbabit kira-kira sejam kemudian.
Serbuan itu berjaya menahan 307 individu berusia 17 tahun hingga 30-an termasuk tujuh wanita dan 39 pelajar yang 33 daripadanya bakal menduduki SPM serta tiga kakitangan kerajaan.

Ketua Polis Perak, Datuk Mohd Shukri Dahlan, berkata ketika serbuan dijalankan, semua mereka sedang mendengar ucapan dan dipercayai dalam proses mengangkat sumpah menjadi ahli kumpulan.

Katanya, polis mengesyaki mereka mengadakan majlis khas itu untuk merekrut ahli kumpulan baru dan menjadikan program hari keluarga berkenaan sebagai mengaburi pandangan masyarakat serta pihak berkuasa.

"Pada serbuan pertama, kami menahan 180 individu di dalam dewan berkenaan, manakala selebihnya ditahan di beberapa lokasi selepas siasatan susulan dibuat.
“Turut dirampas kemeja-T, pelekat kenderaan dan rantai kunci berlogo sebuah pertubuhan bukan kerajaan," katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.

"Semua mereka ditahan mengikut Seksyen 327 Kanun Keseksaan dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Manjung untuk siasatan lanjut. Siasatan polis mengesyaki kumpulan terbabit dipercayai mengadakan majlis mengangkat sumpah untuk sebuah kumpulan kongsi gelap," katanya.

Sementara itu, tinjauan Berita Harian ke lobi resort berkenaan ketika serbuan dijalankan mendapati satu kain rentang tertera tulisan 'Hari Keluarga Genki Seven Malaysia' yang disertakan dengan logo kumpulan.


Kemas Kini (17/11):

Polis curiga motif perjumpaan ahli kumpulan di Teluk Batik

[BH] IPOH: Program membabitkan ahli Kumpulan Genki 7 atau Generasi Kini Tujuh Malaysia di sebuah resort di Teluk Batik, Lumut, malam Sabtu lalu, dipercayai tiada kaitan dengan aktiviti hari keluarga seperti didakwa, sebaliknya mempunyai motif mencurigakan.
 
Ketua Polis Perak, Datuk Mohd Shukri Dahlan, berkata program itu adalah aktiviti kedua seumpamanya dianjurkan kumpulan itu tahun ini selepas di Tapah bulan lalu, yang turut membabitkan tangkapan ke atas 107 ahlinya.
 
Beliau turut mengesahkan kumpulan terbabit tidak berdaftar dan perhimpunan itu diadakan tanpa permit.

“Kumpulan ini dipercayai menganjurkan aktiviti sama bermula Oktober lalu dan ia menimbulkan banyak tanda tanya. Setakat ini, kami mengesyaki perjumpaan itu berkemungkinan ada perkara lain di sebaliknya.

“Dalam serbuan Sabtu lalu, kami turut merampas wang tunai berjumlah RM2,193 dan 56 sijil pelantikan serta sijil angkat sumpah. Siasatan awal turut mendapati, kumpulan ini menggunakan laman sosial Facebook sebagai medium untuk berhubung sesama ahli termasuk untuk memaklumkan sebarang program yang akan diadakan.

“Siasatan awal juga mendapati kumpulan berkenaan berasal dari Perak, tetapi mempunyai ahli kumpulan di seluruh negara termasuk Kuala Lumpur, Terengganu, Pahang dan Kedah.
 
“Justeru, kami akan menjalankan siasatan terperinci mengenai pertubuhan berkenaan termasuk melihat aspek keselamatan, selain mengenal pasti motif mereka berkumpul dan mengadakan program seumpama itu,” katanya pada sidang media selepas menghadiri perhimpunan bulanan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri, di sini semalam.

Hadir sama Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Datuk Mohd Dzuraidi Ibrahim.

Malam Sabtu lalu, sepasukan anggota dan pegawai polis dari Bahagian Siasatan Kongsi Gelap, Maksiat dan Perjudian (D7) Perak dibantu polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Manjung menyerbu resort di Teluk Batik.

Ia susulan cubaan sekumpulan individu merekrut ahli baru termasuk pelajar yang bakal menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk menyertai kumpulan samseng.

Serbuan itu berjaya menahan 180 individu berusia 17 tahun hingga 30-an termasuk tujuh wanita dan 39 pelajar serta tiga kakitangan kerajaan.

Difahamkan, Genki 7 ditubuhkan beberapa tahun lalu di Ipoh dan menggunakan unsur hiburan seperti hip-hop dan aktiviti permotoran bagi menarik minat remaja khususnya pelajar sekolah menyertai pertubuhan itu. 





Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by AllBlogTools.com Enhanced by MyBloggerTricks.com

Leave a comment

Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.

Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.

Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!

PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).

Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.

Terima kasih.

BAGASI KIRIMAN TERKINI

BAGASI KIRIMAN

PERHATIAN

Tulisan dalam blog ini sebahagian besarnya ialah respons/pendapat/ulasan RINGKAS/SPONTAN saya terhadap pelbagai isu dan perkara yang berlaku di serata negara mahupun di luar negara.

Sebahagiannya pula disalin & ditampal (
semoga dengan izin) dari blog, laman sesawang atau laman berita dari dalam dan dari luar negara. Hak cipta berita, artikel & makalah adalah milik laman sesawang atau blog tersebut.

Seboleh-bolehnya, saya cuba mengelak untuk menyiarkan mana-mana makalah/petikan/gambar tanpa restu pemilik asalnya. Jika mana-mana petikan/tulisan/gambar yang disiarkan dalam blog ini kurang disenangi pemilik asalnya, maka maklumkanlah segera kepada saya (di ruangan komen bahan terbabit) agar petikan/tulisan/gambar tersebut dapat dikeluarkan dengan kadar segera.

Untuk makluman, sebarang petikan, makalah, gambar yang dipetik dari laman berita atau dari blog /laman sesawang atau dari sumber internet yang lain tidak semestinya menggambarkan/mewakili pandangan saya dalam sesuatu isu yang berkaitan.

PENAFIAN:
Semua artikel atau berita yang disiar dalam blog ini adalah untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am. Ketepatan maklumat artikel atau berita itu perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan atau penyebaran maklumat palsu atau fitnah.

-tayadihmaysia@yahoo.com







TERIMA KASIH