Bekas Pemain Gitar Kumpulan Rock Didakwa Miliki Dadah
Saya petik:
[SH] KUALA TERENGGANU - Bekas pemain gitar kumpulan rock yang terkenal pada era 90-an dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, semalam atas tiga pertuduhan termasuk memasukkan dadah ke dalam badan, memiliki heroin dan methamphetamine pada Rabu lalu.
Tertuduh, Mohamad Fairudz Ariffin, 39, hanya mengangguk faham sejurus semua kertas pertuduhan dibacakan jurubahasa dihadapan Majistret Noradila Ab Latif.
Berdasarkan pertuduhan pertama dan kedua, dia dituduh memiliki 10 tiub straw cerah setiap satu berisi serbuk putih disyaki heroin, berat kasar 0.4 gram dan tiga tiub straw cerah setiap satu berisi sebiji dadah disyaki methamphetamine, berat kasar 0.2 gram di sebuah rumah dekat Dungun pada 9 November lalu kira-kira jam 5.35 petang.
Bagi kedua-dua pertuduhan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 12 (3) Akta sama yang memperuntukkan hukuman denda tidak lebih daripada RM100,000 atau penjara sehingga lima tahun jika disabitkan kesalahan.
Pada tarikh, waktu dan lokasi yang sama, dia juga dituduh memasukkan dadah jenis methamphetamine ke dalam badan dan bagi pertuduhan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 15 (1) (a) ADB serta boleh didenda tidak lebih RM5,000 atau penjara sehingga dua tahun, jika disabitkan kesalahan.
Pertuduhan dikendalikan Pegawai Pendakwa, Inspektor V Ravi manakala tertuduh tidak diwakili peguam bela.
Noradila seterusnya menetapkan 11 Disember depan sebagai tarikh sebutan semula kes dan membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM5,000 bagi seorang penjamin.
Sebelum ini, tertuduh ditangkap bersama tiga lagi rakannya di lokasi berkenaan sempena Ops Tapis yang dijalankan anggota polis.

P/s: Kumpulan rock? Yang mana satu?
Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.