Klik "LIKE" Untuk Terima Kemas Kini DCM di Facebook. Klik Butang "LIKE" di Bawah

Powered By | Blog Gadgets Via Blogger Widgets

Rakan DUNIACACAMARBA

Rakan DUNIACACAMARBA

Rakan DUNIACACAMARBA

Ikuti DUNIACACAMARBA Melalui e-mel (Masukkan Alamat e-mel)

Jadi Rakan TM

Google+ Badge

BAGASI KIRIMAN POPULAR

Iklan & Tawaran

1. Mari sertai ChurpChurp, berinteraksi bersama-sama dengan taulan sambil menjanakan pendapatan, Percuma! Lanjut sila klik di sini.





Advertlet Hutang DCM RM1710

Advertlet Hutang DCM RM1710

Sponsored Ads

Cerita UG- Kerajaan Perpaduang

Agenda Unity Government (UG). Apa progresnya selepas ketiadaan TGNA?Video lain:1....

Posted by DUNIACACAMARBA on Saturday, October 17, 2015

, ,

Ahad, 20 November 2011

Ratu Cantik Islam Degil, Apakah Perkara yang MENYEDIHKAN Berkaitan dengan Kes Ini?



Mula-mula baca dahulu berita yang saya pautkan dari HM:

[HM] KUCHING: Meskipun sudah diberi nasihat dan teguran, lima peserta beragama Islam Rantu Cantik Borneo (MBB) 2011 tetap meneruskan niat dengan menyertai malam kemuncak pertandingan akhir yang berlangsung di sebuah hotel, di sini, malam kelmarin.

Kelima-lima peserta Melatie Melisa, 22; Natasha Nur Amarina Mohamad Kaie, 21; Adira Kamil, 23; Sharifah Nadzirah Wan Hamid, 23, dan Roszainah Suhaili, 21, tampil pada malam kemuncak berkenaan meskipun kehadiran mereka di pentas tidak disenangi banyak pihak, sebelum ini.

Ditanya mengenai keputusan untuk menyertai pertandingan itu walaupun ditegur Jabatan Agama Islam Sarawak (Jais), salah seorang peserta beragama Islam, Natasha berkata, dia tidak melakukan sebarang kesalahan walaupun ada pihak kurang senang dengan pembabitannya dalam pertandingan itu.

“Kami membuat keputusan untuk tidak menarik diri selepas mengambil kira latihan dilakukan sebelum malam kemuncak. Adalah satu kerugian jika saya tidak menyertai selepas bersemuka dengan pegawai Jais semalam (kelmarin),” katanya sebaik diumumkan pemenang tempat keempat.

Katanya, walaupun sekadar meriah tempat keempat, dia masih berbangga selain mahu membuktikan kepada orang ramai bahawa pertandingan ini bukan satu kesalahan.

“Kami tidak melanggar undang-undang walaupun ada antara mereka tidak menyukai penampilan kami pada pertandingan kali ini,” katanya

Pagi kelmarin, kelima-lima peserta berkenaan dipanggil menghadap Jais selepas didakwa mengenakan pakaian seksi ketika bergambar untuk media tempatan sejak beberapa hari lalu sebagai persediaan menghadapi pertandingan akhir.

Mereka diarah menjalani sesi kaunseling selama dua jam bersama Jais menerusi pertemuan yang turut dihadiri Yang Dipertua Majlis Islam Sarawak (MIS), Datuk Putit Mat Zen, Pengarah Jais, Abang Shamsudin Abang Seruji, Mufti Sarawak, Kipli Yassin serta beberapa pegawai daripada Bahagian Penguatkuasaan Undang-Undang Syariah Jais.

Sementara itu, Abang Shamsudin berkata, walaupun sudah menegur supaya memikir kembali keputusan sama ada mahu menyertai atau sebaliknya, pihaknya akur dengan keputusan kelima-lima peserta sambil memaklumkan ‘tugas Jais sudah selesai’.

“Kita sudah memberi nasihat namun mereka tetap mahu meneruskan penyertaan. Jadi, terpulang kepada mereka kerana ia hak individu. Di sini, tugas Jais selaku badan bertanggungjawab sudah selesai.

“Dalam hal ini, kami tidak boleh mengambil tindakan selepas diberikan nasihat dan penerangan secukupnya mengenai hukum wanita mendedahkan aurat yang tetap haram walaupun atas tujuan pertandingan.

“Bagi saya, Jais sudah menjalankan tanggungjawab kerana kuasa kami hanya setakat ini saja,” katanya sambil memaklumkan pihaknya tidak menghantar Pegawai Jais membuat pemantauan pada malam kemuncak kerana bimbang berlaku salah faham.

Lima orang peserta ratu cantik yang beragama Islam telah dipanggil untuk sesi kaunseling oleh pihak JAIS, namun mereka tetap berdegil dan meneruskan penyertaan mereka dalam pertandingan ratu cantik Borneo 2011. Kata salah seorang daripada mereka, rugi jika tidak menyertai pertandingan itu. Hujah mereka, penyertaan dalam pertandingan itu tidak menyalahi undang-undang di sana, walaupun mereka sengaja ataupun sememangnya jahil tentang hukum hakam agama yang dianuti oleh mereka.

Apa yang menyedihkan tentang kes ini?

Pertama, mengapa tiada undang-undang yang melarang orang yang beragama Islam menyertai pertandingan ratu cantik atau berpakaian mendedahkan aurat? Jika ada undang-undang sedemikian, maka sudah tentu mereka tidak akan dibenarkan menyertai pertandingan itu (bab ini perlu tanya kerajaan BN). Saya tidak pasti sama ada undang-undang ini diselaraskan di peringkat pusat ataupun diwujudkan bergantung pada peruntukan pihak berkuasa tempatan atau jabatan agama. Jika di Selangor, Enakmen Pentadbiran Perundangan Islam mengenai penyertaan wanita Islam dalam pertandingan ratu cantik diwartakan mengikut Warta Kerajaan Negeri Selangor Jil. 48 No. 10 bertarikh 11 Mei 1995 ["Haram bagi wanita Islam menyertai apa-apa jenis pertandingan ratu cantik" - Fatwa itu dipersetujui pada 28 April 1995 (JAI. Sel. 8014/7 Jilid III; P.U. Sel. 2780)]. Bagaimana dengan peruntukan undang-undang tentang hal ini di Sarawak? Adakah jabatan agama Islam Sarawak tidak mempunyai enakmen yang sama? Jika tidak ada, mengapa tiada usaha untuk menggubalnya?

Sebelum ini, kita pernah membaca ibu dan anak ditahan kerana berpakaian mencolok mata beberapa tahun lalu. Penahanan mereka yang dibuat oleh pihak berkuasa tempatan atas peruntukan yang ditetapkan. Kalau tidak silap, penahanan anak-beranak itu berlaku di kawasan Jalan Petaling dan penahanan mereka telah dikecam oleh pelbagai pihak yang jahil atas alasan hak asasi. Perkara yang sering berlaku di Malaysia.

Kedua, JAIS (Jabatan Agama Islam Sarawak) seperti yang diberitakan HM hanya MAMPU memanggil dan memberikan kaunseling. Kata pihak JAIS, tiada kuasa diperuntukkan untuk menghalang atau mendakwa gadis-gadis jahil ini apabila mereka bertekad menyertai pertandingan ratu cantik itu. Pendedahan ini amat memalukan kerana jabatan yang menjaga hal ehwal dan maruah agama Islam tidak mampu berbuat apa-apa dalam hal ini. Ironi, jabatan agama Islam di Malaysia ini sangat berkuasa apabila melibatkan program pemimpin pembangkang. Mereka tiba-tiba amat berkuasa untuk menghalang dan menyerbu program-program yang tidak mesra kerajaan BN. Mereka mengawal masjid dan menghalang tokoh agama mesra pembangkang memberikan ceramah agama atas alasan tauliah dan sebagainya. Namun dalam kes ratu cantik ini, mereka umpama lelaki dayus yang tidak mampu berbuat apa-apa! Mengapa hal ini terjadi? Tanyalah kerajaan BN yang selama ini berkuasa menentukan segala-galanya di bumi Malaysia ini!!!

Apabila menyentuh tentang pertandingan ratu cantik, kita pasti teringat akan kes yang membabitkan Tuan Mufti Selangor, Allahyarham Datuk Ishak Baharom apabila dipecat daripada jawatan yang disandangnya selama 12 tahun kerana memberikan pandangan tentang penglibatan tiga orang gadis Islam yang menyertai pertandingan ratu cantik sekitar tahun 1997. Yang menyedihkan tindakan tersebut telah dibantah, malah PM Malaysia pada ketika itu turut mengecam tindakan Mufti dan JAIS. Kes yang membawa kepada pemecatan Datuk Ishak ini telah diulas oleh Ahmad Lutfi Othman dalam buku bertajuk Mufti lawan Mahathir.


 P/s: Apabila menyentuh tentang aurat, orang lain terutamanya artis dan selebriti yang mendedahkan badan perlu dihukum juga. Masalahnya di Malaysia, hukum agama tidak dipandang berat, adakalanya undang-undang hanya diwujudkan atau dilaksanakan apabila pihak berkepentingan tergugat.




  1. Allahyarham Datuk Ishak Baharom adalah tokoh islam yang berani..

    gravatar Comment by fazlistylo @ Ahad, November 20, 2011 1:14:00 PTG      
Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by AllBlogTools.com Enhanced by MyBloggerTricks.com

Leave a comment

Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.

Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.

Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!

PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).

Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.

Terima kasih.

BAGASI KIRIMAN TERKINI

BAGASI KIRIMAN

PERHATIAN

Tulisan dalam blog ini sebahagian besarnya ialah respons/pendapat/ulasan RINGKAS/SPONTAN saya terhadap pelbagai isu dan perkara yang berlaku di serata negara mahupun di luar negara.

Sebahagiannya pula disalin & ditampal (
semoga dengan izin) dari blog, laman sesawang atau laman berita dari dalam dan dari luar negara. Hak cipta berita, artikel & makalah adalah milik laman sesawang atau blog tersebut.

Seboleh-bolehnya, saya cuba mengelak untuk menyiarkan mana-mana makalah/petikan/gambar tanpa restu pemilik asalnya. Jika mana-mana petikan/tulisan/gambar yang disiarkan dalam blog ini kurang disenangi pemilik asalnya, maka maklumkanlah segera kepada saya (di ruangan komen bahan terbabit) agar petikan/tulisan/gambar tersebut dapat dikeluarkan dengan kadar segera.

Untuk makluman, sebarang petikan, makalah, gambar yang dipetik dari laman berita atau dari blog /laman sesawang atau dari sumber internet yang lain tidak semestinya menggambarkan/mewakili pandangan saya dalam sesuatu isu yang berkaitan.

PENAFIAN:
Semua artikel atau berita yang disiar dalam blog ini adalah untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am. Ketepatan maklumat artikel atau berita itu perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan atau penyebaran maklumat palsu atau fitnah.

-tayadihmaysia@yahoo.com







TERIMA KASIH