Sanggup Menggadaikan NYAWA untuk ke SEKOLAH
Gambar di atas menunjukkan sekumpulan murid terpaksa melalui perjalanan yang mencabar sehingga boleh mendatangkan kecederaan dan mungkin maut hanya semata-mata mahu ke sekolah.
Berita yang dikutip dari The Sun ini memerihalkan cabaran yang terpaksa dilalui oleh murid di kawasan utara wilayah Uygur Xinjiang di China. Mereka perlu meniti tebing-tebing gunung yang biasanya digunakan oleh kambing gurun. Gunung yang menjadi "jalan" ke sekolah itu setinggi 457.2 meter.
Sewaktu melintasi tebing-tebing gunung tersebut, murid-murid ini akan dibantu oleh ibu bapa dan kakitangan sekolah. Seorang guru memberitahu: "Jalan ini sangat curam tetapi kami orang gunung. Kami sudah biasa menggunakan "jalan" seperti ini."
"Setakat ini, tiada seorang pun murid yang terjatuh - hukuman berat menanti mereka yang ponteng sekolah." -DCM

P/s: Budak-budak di Malaysia, bukan setakat ditatang bagaikan minyak penuh oleh ibu bapa apabila segala keperluan persekolahan disediakan, malah perjalanan ke sekolah pun sangat selesa, namun banyak yang ponteng sekolah kerana mengejar keseronokan sementara! Aduhai!
Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.