[Gambar-Gila] Kempen "Antibenci" Benetton Papar Imej Pope CIUM MULUT dengan Imam Masjid al-Azhar
Pengeluar pakaian Benetton dikritik hebat oleh pelbagai pihak, terutamanya pihak Vatican kerana memaparkan imej rekayasa Pope Benedict bercium mulut dengan seorang imam, Ahmed el-Tayyeb untuk satu kempen pengiklanan yang mengejutkan banyak pihak.
Jurucakap Vatican, Father Federico Lombardi menyelar tindakan yang provokatif, manipulatif, dan tanpa kebenaran itu sebagai sesuatu yang tidak dapat diterima dan mencadangkan pihak Vatican mengambil tindakan undang-undang.
"Perbuatan ini adalah sesuatu yang tidak menghormati Pope, suatu kesalahan terhadap sentimen keimanan, dan contoh yang jelas bagaimana iklan boleh melanggar peraturan asas dalam menghormati orang lain semata-mata mahu menarik perhatian orang ramai", katanya dalam satu kenyataan seperti yang dipetik oleh DM.
Sementara itu, Benetton menyatakan bahawa kempen itu diharapkan dapat menghapuskan perasaan saling membenci dan seterusnya mewujudkan budaya toleran masyarakat dunia.
Selain gambar Pope dan Imam Ahmed, gambar pemimpin dunia yang turut dimanipulasi untuk menyokong Unhate Foundation termasuklah Obama dan Presiden Venezuela Hugo Chavez, Canselor Jerman Angela Merkel dan Presiden Perancis Nicolas Sarkozy, PM Mahmoud Abbas dan PM Israel Benjamin Netanyahu, Pemimpin China Hu Jintao dan Barack Obama, Pemimpin Korea Utara Kim Jong-il dan Presiden Korea Selatan Lee Myung-bak. - DCM
![]() |
Pope dan Ahmed Sheikh Ahmed el-Tayyeb, Imam Masjid al-Azhar |
![]() |
Obama dan Hugo Chavez |
![]() |
Canselor Jerman, Angela Merkel dan Presiden Perancis |
![]() |
Mahmoud Abas dengan Perdana Menteri Israel |
![]() |
Hu Jintao dengan Obama |
![]() |
Presiden Korea Utara dan Presiden Korea Selatan |
P/s: Gila dan geli!
Beginilah cara orang yang tiada pegangan agama berkempen untuk menyeru kedamaian dan keharmonian.
Bukan kedamaian dan keharmonian yang berjaya diwujudkan, tetapi kecaman, bidasan, dan mungkin tindakan undang-undang yang bakal dikenakan terhadap penganjur.
Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.