Bahana Ketagih Seks: Tidak Dapat Langgan Pelacur Setiap Dua Jam, Lelaki Melakukan Onani di Tandas
Seorang bekas kakitangan awam Singapura yang menghadapi masalah ketagihan seks kehilangan kerja selepas dia ditangkap beberapa kali menghilangkan diri pada waktu kerja tanpa sebab yang munasabah.
Dalam temu bual dengan Lianhe Zaobao, perunding psikiatri Dr Li Jiaming mendedahkan nasib pesakitnya yang keluar pejabat pada waktu kerja untuk melanggan pelacur setiap dua jam. Jika dia tidak dapat berbuat demikian, lelaki itu akan melakukan onani di tandas kakitangan.
Seorang lagi lelaki yang terjerat dengan masalah ketagihan seks bermula dengan membaca majalah lucah sebelum kemaruk menonton klip video lucah di internet.
Dia akhirnya ditangkap oleh majikan selepas memuat turun pelbagai klip lucah dan menyimpannya dalam komputer pejabat.
Ketagihan seks bukanlah suatu bentuk ketagihan yang asing di Singapura. Ada penghidapnya tampil ke hadapan untuk merawat masalah yang dihadapi.
Pakar psikiatri yang ditemuramah oleh Lianhe Zaobao menyifatkan ketagihan seks sama seperti ketagihan alkohol, dadah, dan judi yang digambarkan dengan tingkah laku yang tidak terkawal dan berulang-ulang untuk memenuhi sesuatu keinginan. -DCM/AsiaOne





Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.