Klik "LIKE" Untuk Terima Kemas Kini DCM di Facebook. Klik Butang "LIKE" di Bawah

Powered By | Blog Gadgets Via Blogger Widgets

Rakan DUNIACACAMARBA

Rakan DUNIACACAMARBA

Jadi Rakan TM

Follow tayadihmaysia on Twitter

BAGASI KIRIMAN POPULAR

Iklan & Tawaran

1. Mari sertai ChurpChurp, berinteraksi bersama-sama dengan taulan sambil menjanakan pendapatan, Percuma! Lanjut sila klik di sini.





Advertlet Hutang DCM RM1710

Advertlet Hutang DCM RM1710
Review http://duniacacamarba2.blogspot.com/ on alexa.com

Sponsored Ads

Cerita UG- Kerajaan Perpaduang

Agenda Unity Government (UG). Apa progresnya selepas ketiadaan TGNA?Video lain:1....

Posted by DUNIACACAMARBA on Saturday, October 17, 2015

,

Khamis, 10 Mei 2012

[Wajib Baca] Luahan Anak Felda tentang Saham FVGHB



Apabila DCM menyiarkan kiriman tentang durian runtuh dan FVGHB, ada pihak yang mempersoal sama ada saya anak Felda atau tidak, layak atau tidak memperkatakan isu ini. Jadi, surat yang die-melkan oleh anak peneroka kepada MSO di bawah ini mungkin lebih berautoriti untuk membangkitkan pelbagai persoalan tentang FVGHB. 

Saya salin dan siarkan di sini:

Assalamualaikum tuan MSO
Sekadar berkongsi cerita…

Terlebih dahulu sebelum saya menulis, saya ingin mengucapkan terima kasih atas kesudian tuan membaca email saya dan seterusnya berkongsi sedikit pengalaman saya tentang FVGHB.
Saya merupakan anak sulung seorang peneroka Felda di Segamat dan kini menetap di Papar, Sabah. Kebetulan saya juga menjaga bapa saya yang uzur dan kini dia tinggal bersama saya di sini.

Pada 21/04/2012 lebih kurang jam 9.50 malam, saya menerima satu panggilan telefon dari seorang staf felda tempat saya meminta salinan kad pengenalan bapa saya. Saya bertanya kepada staf tersebut untuk tujuan apa? Dan dia menyatakan bahawa bagi tujuan FVGHB dan menerangkan sedikit bahawa pihak maybank telah bersetuju untuk memberikan pinjaman kepada bapa saya untuk tujuan membeli saham tersebut.

Seterusnya staf tersebut juga menyatakan tawaran itu dibuat hanya dua hari sahaja dan pembayaran dibuat melalui maybank. Saya seterusnya mengajukan soalan adakah ianya perlu dibeli oleh bapa saya? Dan dia menyatakan ianya adalah pilihan dan meminta keputusan malam itu juga.

Saya mengambil keputusan bahawa tidak akan membeli saham tersebut selagi tidak mendapat penerangan yang terperinci.

Pada 30/04/2012, saya elah membuat panggilan telefon ke pejabat felda tersebut dan meminta penerangan dari staf di pejabat tersebut. Antara sedikit penerangan yang diberi ialah :

i. Pinjaman bagi membeli saham tersebut melalui maybank
ii. Tiada had pinjaman
iii. Tidak perlu penjamin
iv. Tidak perlu sebarang cagaran
v. Hanya bayar jumlah pinjaman sahaja tetapi dikenakan caj perkhidmatan 5% setahun oleh pihak maybank
vi. Pihak felda hanya menguruskan perkara yang berkaitan dengan kebajikan peneroka sahaja.
vii. Bagi risiko kerugian pula, pihak staf tersebut tidak pasti siapa yang akan bertanggungjawab terhadapnya. (sama ada peneroka atau felda)
viii. Staf tersebut juga menyatakan mereka menasihatkan peneroka menjual semula saham mereka dalam masa 6 bulan jika ada keuntungan (saham naik)
ix. Staf tersebut juga menyatakan bahawa mereka terpaksa menyelesaikan arahan tersebut dalam tempoh masa yang singkat disebabkan ianya arahan dari atasan felda.
x. Terakhir sekali dia juga menyatakan bahawa dia juga kurang memahami tentang FVGHB tersebut.

Persoalannya yang timbul di sini ialah:

i. Mengapa pelaksanaan FVGHB dibuat secara tergesa-gesa
ii. Sukar untuk dipercayai bahawa pihak bank memberi pinjaman tanpa had kepada golongan peneroka seperti bapa saya yang berumur melebihi 65 tahun
iii. Adakah logic pihak bank tidak memerlukan cagaran atau penjamin bagi pinjaman membeli saham.
iv. Pihak staf juga kurang memahami tentang FVGHB dan bagaimana mereka menerangkannya kepada peneroka
v. Yang penting ialah siapakah yang akan menanggung risiko kerugian jika saham jatuh dan hendak bayar bank menggunakan apa?

Akhir sekali saya mengucapkan terima kasih kepada tuan dan besarlah harapan saya agar pihak tuan akan dapat menyiasat dan membongkar kebejatan dan kebobrokan yang terdapat dalam pihak pengurusan utama felda khususnya dan UBN umumnya. Saya rasa masih ramai lagi anak-anak peneroka yang sedar tentang perkara ini tetapi segan atau tidak tahu di mana hendak menyuarakannya.

Sekian terima kasih.

Anak peneroka
Papar, Sabah.


Persoalan tentang pihak yang menanggung kerugian dan beberapa persoalan penting tentang FVGHB boleh dirujuk di sini, di sini, di sini, di sini, dan di sini.


Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by AllBlogTools.com Enhanced by MyBloggerTricks.com

Leave a comment

Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.

Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.

Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!

PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).

Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.

Terima kasih.

BAGASI KIRIMAN TERKINI

BAGASI KIRIMAN

PERHATIAN

Tulisan dalam blog ini sebahagian besarnya ialah respons/pendapat/ulasan RINGKAS/SPONTAN saya terhadap pelbagai isu dan perkara yang berlaku di serata negara mahupun di luar negara.

Sebahagiannya pula disalin & ditampal (
semoga dengan izin) dari blog, laman sesawang atau laman berita dari dalam dan dari luar negara. Hak cipta berita, artikel & makalah adalah milik laman sesawang atau blog tersebut.

Seboleh-bolehnya, saya cuba mengelak untuk menyiarkan mana-mana makalah/petikan/gambar tanpa restu pemilik asalnya. Jika mana-mana petikan/tulisan/gambar yang disiarkan dalam blog ini kurang disenangi pemilik asalnya, maka maklumkanlah segera kepada saya (di ruangan komen bahan terbabit) agar petikan/tulisan/gambar tersebut dapat dikeluarkan dengan kadar segera.

Untuk makluman, sebarang petikan, makalah, gambar yang dipetik dari laman berita atau dari blog /laman sesawang atau dari sumber internet yang lain tidak semestinya menggambarkan/mewakili pandangan saya dalam sesuatu isu yang berkaitan.

PENAFIAN:
Semua artikel atau berita yang disiar dalam blog ini adalah untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am. Ketepatan maklumat artikel atau berita itu perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan atau penyebaran maklumat palsu atau fitnah.

-tayadihmaysia@yahoo.com







TERIMA KASIH