ANAK Serang Majlis Perkahwinan BAPA dengan LELAKI Lain
Seorang lelaki menyerbu majlis perkahwinan bapanya dengan seorang lelaki lain di Beijing, China. Dia kemudiannya memalukan pasangan itu, menendang meja, dan menyerang para tetamu.
"Kejadian itu amat mengecewakan saya, orang luar boleh merestui kami tetapi anak saya tidak boleh berbuat demikian. Anak yang tidak berhati perut ini mensabotaj kebahagiaan kami." "Pengantin lelaki", yang menggelarkan dirinya Da Bao (Big Treasure), menulis pernyataan tersebut dalam Weibo. Da Boa, pesara guru Sejarah menjelaskan bahawa lelaki itu merupakan anaknya daripada perkahwinan pertama.
Pada 30 Januari lalu, Da Bao berkahwin dengan Xiao Bao, kekasihnya dalam satu majlis yang dihadiri oleh rakan-rakan.
Perkahwinan sesama jantina tidak diiktiraf di China.
Pasangan itu mengepos gambar perkahwinan dan video perkahwinan mereka di Weibo. "Tiada apa-apa yang salah apabila dua orang tua jatuh cinta."
Menurut media, Xiao Bao yang bekerja sebagai penghantar air jatuh cinta terhadap Da Bao yang menggunakan perkhidmatannya. - DCM/Global Times
P/s: Duniacacamarba
Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.