Yasin Sulaiman Sahkan Duta PKR, Minta Orang Lain Hormati Pendiriannya
[HM] Kuala Lumpur: “Ya memang benar, saya kini duta kepada sayap sebuah parti. Itu pilihan saya sendiri dan berharap orang lain menghormatinya,” kata penyanyi yang popular menerusi lagu Mimpi Laila, Yassin Sulaiman, 38.
Pengakuan itu dinyatakan Yassin selepas dilantik sebagai duta bagi sayap sebuah parti di Damansara, Isnin lalu yang dijadikan strategi parti terbabit menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 akan datang.
“Saya menerima lantikan itu atas kehendak sendiri bukan paksaan mana-mana pihak. Biarpun menganggotai parti itu, saya masih memiliki ramai kawan yang menyokong perjuangan kerajaan dan pembangkang,” katanya.
Kata Yassin, keputusan dibuat itu tidak menjadi halangan untuk berkawan dengan penyokong parti berbeza selain menolak fahaman ‘boikot-memboikot’.
“Sejak dulu lagi saya adalah individu berpegang kepada prinsip kepercayaan kepada sesuatu. Saya inginkan pembaharuan dan mengharapkan perubahan,” katanya.
Kata Yassin, memilih mana-mana parti politik adalah hak individu, namun biarpun berbeza keanggotaan, dia masih menghormati pilihan orang lain.
“Saya akui menerima pelantikan itu, namun berbeza parti bukan pemisah untuk kita tetap berkawan,” katanya menyifatkan sokongan terhadap sesebuah parti seperti memilih pasukan bola sepak kegemaran.
“Masyarakat negara ini sudah pun matang, terbuka dan mampu menilai. Maka, buatlah pilihan yang tepat mengikut keinginan anda,” katanya memaklumkan tidak kisah mana-mana parti yang dipilih asalkan memberi kebaikan kepada negara.
Ditanya mengenai perkembangan seni, Yassin berkata, dia baru menamatkan persembahan di Pulau Pinang, baru-baru ini dan akan mengadakan persembahan di Kolej Perguruan Bangi, minggu hadapan.
P/s: Tahniah!
Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.