Klik "LIKE" Untuk Terima Kemas Kini DCM di Facebook. Klik Butang "LIKE" di Bawah

Powered By | Blog Gadgets Via Blogger Widgets

Rakan DUNIACACAMARBA

Rakan DUNIACACAMARBA

Jadi Rakan TM

Follow tayadihmaysia on Twitter

BAGASI KIRIMAN POPULAR

Iklan & Tawaran

1. Mari sertai ChurpChurp, berinteraksi bersama-sama dengan taulan sambil menjanakan pendapatan, Percuma! Lanjut sila klik di sini.





Advertlet Hutang DCM RM1710

Advertlet Hutang DCM RM1710
Review http://duniacacamarba2.blogspot.com/ on alexa.com

Sponsored Ads

Cerita UG- Kerajaan Perpaduang

Agenda Unity Government (UG). Apa progresnya selepas ketiadaan TGNA?Video lain:1....

Posted by DUNIACACAMARBA on Saturday, October 17, 2015

, ,

Jumaat, 15 Februari 2013

Dr Pornthip Dedah SEBAB Beliau Keberatan Bedah Siasat Sugumar




[TMI] KUALA LUMPUR, 15 Feb — Dr Pornthip Rojanasunand enggan mengadakan bedah siasat kedua terhadap mayat pengawal keselamatan C. Sugumar oleh kerana kerajaan Malaysia tidak gembira dengan hasil kerjanya dalam kes Teoh Beng Hock.

Peguam keluarga Sugumar, N. Surendran mengatakan Selasa lalu pakar forensik Thailand itu tiba-tiba mengubah keputusannya selepas pengumuman tentang kedatangannya pada Rabu untuk bedah siasat Sugumar, yang dikatakan mati kerana keganasan polis bulan lalu diumumkan.

“Timbalan setiausaha tetap MOJ (Kementerian Kehakiman Thailand) memberitahu saya terdapat mesej daripada perdana menteri bahawa kerajaan Malaysia tidak gembira dengan kerja saya, terutamanya dalam kes TBH (Teoh Beng Hock),” kata Dr Pornthip (gambar) kepada The Malaysian Insider melalui emel semalam.

Dr Pornthip menjadi pemerhati dalam bedah siasat kedua Teoh dan memberi keterangan kepada koroner dan Suruhanjaya Siasatan Di Raja (RCI) terdapat kemungkinan salah laku dalam kematian pembantu Exco DAP itu di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor pada 2009.

RCI telah membuat kesimpulan Teoh telah didorong untuk membunuh diri selepas soal siasat agresif dan tanpa henti oleh tiga pegawai SPRM.

“Saya memberitahu peguam tersebut bahawa saya adalah pegawai kerajaan di bawah Kementerian Kehakiman yang memerlukan kebenaran daripada setiausaha tetap,” kata Dr Pornthip yang merupakan pengarah Institut Sains Forensik Thailand, di bawah MOJ.

Dr Pornthip menegaskan beliau memerlukan kebenaran untuk melaksanakan autopsi pada Sugumar tanpa apa-apa batasan, tetapi tidak menyatakan jika MOJ telah melarang beliau untuk berbuat demikian.

“Sila hantar mesej saya kepada rakyat negara anda anda saya tidak pernah mahu terlibat dalam politik. Saya faham bahawa setiap negara mempunyai sistem keadilan mereka sendiri, tetapi tidak perlu ada halangan bagi rakyat untuk mencari keadilan,” katanya.

Beliau menambah akan menghantar dokumen dari MOJ kepada The Malaysian Insider kemudian.

Dr Pornthip terkenal di Thailand kerana berlawan dengan pihak berkuasa, terutamanya untuk mendakwa pembunuhan dilakukan polis semasa kempen anti-dadah Perdana Menteri ketika itu Thaksin Shinawatra pada tahun 2003.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak telah meminta laporan forensik ke atas kematian Sugumar sebelum ini selepas isu tersebut ditimbulkan dalam mesyuarat Kabinet.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai telah diarahkan untuk mengendalikan laporan tersebut selepas presiden MIC Datuk Seri G. Palanivel yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri telah menimbulkan isu kematian pengawal keselamatan semasa mesyuarat Kabinet.

Beberapa saksi melihat Sugumar terbaring diatas jalan berhampiran rumahnya di Batu 12, Hulu Langat pada 23 Januari lalu serta menuduh anggota polis yang menangkap dan menggarinya telah membelasah mangsa hingga mati.

Polis bagaimanapun menafikan tuduhan tersebut dengan mengatakan bedah siasat Hospital Serdang mendapati pengawal keselamatan itu mati kerana serangan jantung.

Kematian Sugumar antara kematian yang berlaku melibatkan pasukan polis, antara yang lain adalah mendiang Chang Chin Te awal tahun ini, A. Kugan dan R. Gunasegaran pada 2009; anggota polis menembak remaja 14 tahun Aminulrasyid Amzah pada 2010 dan beberapa lagi kes tembakan polis yang membawa kematian sejak dua tahun ini.


Kemas Kini:

Apa kata Najib?

Najib Nafi Halang Pornthip Bedah Siasat Sugumar

[SH] IPOH - Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menafikan dakwaan pembangkang kononnya beliau mempunyai kaitan menghalang pakar forensik Thailand, Dr Pornthip Rojanasunand melakukan bedah siasat kedua ke atas mangsa dakwaan keganasan polis, C.Sugumar.

Perdana menteri berkata dakwaan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), N Surendran itu tidak benar sama sekali.

"Tak adalah...cerita-cerita dongeng banyak. Tak usah dengar semua. Tak ada sama sekali," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Pusat Transformasi Bandar (UTC) Perak di sini, hari ini.


P/s: Anda mahu percaya cakap Dr. Pornthip atau Najib? Jika Najib berkata begitu, maka tiada masalah untuk Dr Pornthip melakukan pembedahan tersebut.

 

Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by AllBlogTools.com Enhanced by MyBloggerTricks.com

Leave a comment

Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.

Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.

Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!

PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).

Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.

Terima kasih.

BAGASI KIRIMAN TERKINI

BAGASI KIRIMAN

PERHATIAN

Tulisan dalam blog ini sebahagian besarnya ialah respons/pendapat/ulasan RINGKAS/SPONTAN saya terhadap pelbagai isu dan perkara yang berlaku di serata negara mahupun di luar negara.

Sebahagiannya pula disalin & ditampal (
semoga dengan izin) dari blog, laman sesawang atau laman berita dari dalam dan dari luar negara. Hak cipta berita, artikel & makalah adalah milik laman sesawang atau blog tersebut.

Seboleh-bolehnya, saya cuba mengelak untuk menyiarkan mana-mana makalah/petikan/gambar tanpa restu pemilik asalnya. Jika mana-mana petikan/tulisan/gambar yang disiarkan dalam blog ini kurang disenangi pemilik asalnya, maka maklumkanlah segera kepada saya (di ruangan komen bahan terbabit) agar petikan/tulisan/gambar tersebut dapat dikeluarkan dengan kadar segera.

Untuk makluman, sebarang petikan, makalah, gambar yang dipetik dari laman berita atau dari blog /laman sesawang atau dari sumber internet yang lain tidak semestinya menggambarkan/mewakili pandangan saya dalam sesuatu isu yang berkaitan.

PENAFIAN:
Semua artikel atau berita yang disiar dalam blog ini adalah untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am. Ketepatan maklumat artikel atau berita itu perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan atau penyebaran maklumat palsu atau fitnah.

-tayadihmaysia@yahoo.com







TERIMA KASIH