Sultan Selangor Setuju Jika DUN Selangor Bubar Awal
Khalid: Sultan Tada Halangan Selangor Bubar DUN Awal
[TMI] SHAH ALAM, 20 Feb ― Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah tiada sebarangan halangan untuk kerajaan Pakatan Rakyat (PR) Selangor membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) lebih awal, kata Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Menteri Besar Selangor itu berkata Sultan telah bersetuju, namun meminta agar kerajaan Selangor mengumumkan tarikh pembubaran tersebut dalam keadaan dan cara yang lebih teratur.
“Tuanku bersetuju ... dan saya akan umum pada masa yang sesuai dan cara yang teratur,” kata Khalid (gambar) ketika sidang media di sini.
“Sultan tidak menghalang pembubaran, tapi baginda cadangkan ia dibuat dengan tertib dan teratur.
“Saya sudah berjanji, dan ikut titah tuanku, tidak payah umum sehingga dibubarkan,” tegas Ahli Parlimen Bandar Tun Razak itu lagi
Khalid bagaimanapun tidak mengumumkan tarikh pembubaran tersebut.
Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.