Komposer dan penyanyi Eddie Hamid dalam HM mendakwa tiada niat untuk menyindir pihak tertentu walaupun jelas lirik lagunya Bo La Wei menyindir pentadbiran PAS di Kelantan. Malah lagu ini turut dilancarkan oleh Najib bersempena dengan Himpunan Perdana Anak-anak Kelantan di Bukit Jalil pada 17 Februari lalu.
Antara isu yang diutarakan dalam lirik lagu ini termasuklah air kotor, janji yang tidak ditepati, pembalakan, ladang rakyat, dan sebagainya. Lirik lagu ini kemudiannya mengajak rakyat Kelantan melakukan perubahan dan bersatu padu dalam satu barisan untuk memilih pihak yang kononnya akan menunaikan janji.
Perhatikan liriknya di bawah ini:
Dengar lagunya
di sini. Lihatlah latar belakang video ini. Jangan terkejut apabila mendapati Mustapa Mohamed melakukan
rap ditengah-tengah lagu ini. Walaupun sudah ditonton lebih 15 ribu kali, namun majoriti pelayar internet menekan butang
dislike. Berdasarkan jumlah semasa, sebanyak 1500 orang menekan butang dislike, hanya 200 orang yang memilih untuk
like video ini.
Melodinya sedap, catchy, tetapi awas lirik dan mesejnya jelas mempunyai misi politik untuk mengubah undi majoriti rakyat Kelantan yang sejak sekian lama menyokong PAS.
Tiada agenda politik? Tidak menyindir pihak tertentu? Tidak berkempen untuk UMNO?
Jika Salih Yaacob dihentam teruk oleh rakyat yang marah apabila pelawak itu mempersenda Buku Jingga dan pemimpin PR. Apa pula pendapat rakyat Malaysia, khususnya rakyat Kelantan tentang lirik dan mesej lagu ini? -DCM
Berita Berkaitan:
Ok la tu,
Comment by Tanpa Nama @ Jumaat, Mac 01, 2013 7:38:00 PGBiarkanlah mereka meliamapiaskan kreativti mereka, takkan nak marah kot, Yasin, Ito dan beberapa lagi dah buat untk PR.... Ok kan....
Kita patut rasional dalam hal ini.