Lanjutan Kes Seks untuk Markah di Singapura
Profesor ‘Tidak Bertepuk Sebelah Tangan’
[HM] Singapura: Mahkamah Tinggi Singapura membatalkan sabitan terhadap seorang profesor undang-undang yang dipenjarakan atas tuduhan meminta khidmat seks dan hadiah daripada penuntutnya sebagai pertukaran untuk mendapat gred yang baik.
Bekas profesor undang-undang Universiti Nasional Singapura (NUS), Tey Tsun Hang, 42, dipenjarakan lima bulan tahun lalu selepas didapati bersalah terhadap enam tuduhan rasuah oleh mahkamah daerah berikutan hubungannya dengan Darinne Ko pada 2010.
Mahkamah daerah memutuskan bahawa dia mengeksploitasi penuntut perempuan terbabit dengan meminta khidmat seks dan pelbagai hadiah, termasuk kemeja berjenama dan pen edisi khas daripada Ko.
Bagaimanapun, peguam Tey, Peter Low semalam berkata, hakim mahkamah tinggi Woo Bih Li “membenarkan rayuan dan membatalkan sabitan” berkenaan - lima bulan selepas dia selesai menjalani hukuman penjara.
“Mahkamah mendapati perkara pokok dalam kes ini tidak berlaku begitu saja.
“Tepuk sebelah tangan tidak akan berbunyi dan ketika itu Ko mencintai Tey,” katanya.
Low berkata, dia gembira Tey dibebaskan daripada semua enam tuduhan rasuah yang dikenakan terhadapnya.
NUS yang tahun lalu mengumumkan sudah menamatkan perkhidmatannya di universiti berkenaan.
Semalam NUS berkata, Tey boleh “memohon petisyen agar jawatannya dikembalikan” di universiti itu.
Bagaimanapun, dia masih tertakluk dengan sebarang tindakan yang bertentangan dengan tatakelakuan kakitangan NUS.
Jika Tey ingin kembali bertugas di NUS, pihak universiti terlebih dulu perlu melantik jawatankuasa inkuiri bagi memastikan sama ada dia benar-benar bersalah dalam sebarang salah laku.
Jika dia didapati bersalah, maka sekatan akan dikuatkuasakan.- 2/3/14/ AFP
Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.