Respons Anwar terhadap Perbicaraan Mahkamah Rayuan 7 Mac
Lantik Shafee Jadi Hakim, Lebih Mudah Hukum Pembangkang, Kata Anwar
[TMI] Putrajaya “disyorkan” supaya mengangkat peguam Umno, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah sebagai hakim bagi memudahkan kerja mengenakan hukuman ke atas pemimpin pembangkang.
Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Shafee yang dilantik sebagai timbalan pendakwaraya bagi pihak kerajaan dalam kesnya didakwa mempunyai motif politik.
“Saya tanya, kenapa tidak terus angkat dia (Shafee) jadi hakim lagi senang. Dia Umno punya peguam, jadi biar dia dakwa, siasat, maka lebih baik jadi hakim.
“Dia zalim pada orang. Karpal Singh lawan minta laporan perubatan, satu jam pun tak boleh dapat, minta sehari suruh doktor beri keterangan juga tak boleh,” katanya di sini, semalam sebagaimana dilaporkan oleh lidah rasmi kerajaan negeri Selangor, Selangorkini.
Anwar berusaha dari awal untuk mengenepikan Shafee daripada mengetuai pesukan pendakwa ke atas beliau.
Namun usaha beliau disaat terakhir sebelum perbicaraan, Mahkamah Persekutuan sendiri meluluskan penglibatan Shafee sebagai pendakwa.
Terbukti ketika menjalankan tugas, Shafee langsung tidak ada toleransi dengan Anwar termasuk usaha untuk meminta proses mitigasi (rayuan) ke atas hukuman dibuat minggu depan juga dibantah oleh Shafee.
Anwar turut mendakwa wujud campur tangan daripada pihak luar untuk menjatuhkan hukuman ke atasnya yang dibuat secara tergesa-gesa.
Katanya, kes yang sepatutnya dibicarakan pada 7 April ini dipercepatkan atas alasan hakim mempunyai “kes lain” untuk diselesaikan pada tarikh itu.
“Sebab hakim mesti putuskan hari ini kerana takut terlepas 11 Mac ini (penamaan calon),” katanya. – 10 Mac, 2014.
Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.