Klik "LIKE" Untuk Terima Kemas Kini DCM di Facebook. Klik Butang "LIKE" di Bawah

Powered By | Blog Gadgets Via Blogger Widgets

Rakan DUNIACACAMARBA

Rakan DUNIACACAMARBA

Rakan DUNIACACAMARBA

Ikuti DUNIACACAMARBA Melalui e-mel (Masukkan Alamat e-mel)

Jadi Rakan TM

Google+ Badge

BAGASI KIRIMAN POPULAR

Iklan & Tawaran

1. Mari sertai ChurpChurp, berinteraksi bersama-sama dengan taulan sambil menjanakan pendapatan, Percuma! Lanjut sila klik di sini.





Advertlet Hutang DCM RM1710

Advertlet Hutang DCM RM1710

Sponsored Ads

Cerita UG- Kerajaan Perpaduang

Agenda Unity Government (UG). Apa progresnya selepas ketiadaan TGNA?Video lain:1....

Posted by DUNIACACAMARBA on Saturday, October 17, 2015

Archives

,

Khamis, 24 Julai 2014

[Video] Cuba Dengar Ceramah Kazim Elias tentang Nabi Jamu Roti Jala, Apa Kata Dr Asri?



Ustaz Kazim Jawab Petikan Ceramah 'Roti Jala Cicah Kari'

[Mstar] PETALING JAYA: Pendakwah selebriti Ustaz Kazim Elias berkata beliau tidak bermaksud memberi contoh Nabi Muhammad S.A.W melakukan kenduri paling mahal dengan menyediakan roti jala yang dicelup dengan kuah kari seperti yang dipaparkan dalam sebuah buku dan juga rakaman ceramah yang tersebar.

Menurut Kazim, sebenarnya mengikut sejarah, Nabi pernah menyediakan roti yang dicicah dengan kuah kambing dan bagi mengikut sunah Rasulullah, masyarakat zaman ini boleh menyediakan roti jala dicelup dengan kuah kari kepada tetamu yang hadir.

"Saya tahu ramai yang mempertikaikan tentang perkara itu. Takkanlah saya bodoh nak cakap Rasulullah beri makan roti jala kepada tetamunya. Zaman itu ada ke roti jala?

"Ia sebenarnya hanyalah satu contoh di mana jika Rasulullah menyediakan roti dengan kuah kambing, apa salahnya kita sediakan roti jala dengan kuah kari. Tetapi ramai yang salah faham," katanya yang dihubungi mStar Online.

Pada tahun lalu, sebuah buku berjudul Tuhan Sedang Menguji Kita yang memetik ceramah-ceramah Kazim telah diterbitkan di bawah penerbitan Karangkraf.


Artikel yang ditulis di sebuah buku 'Tuhan Sedang Menguji Kita'.

Bagaimanapun buku tersebut menjadi bualan ramai apabila pada muka surat ke-51, terdapat artikel yang mengatakan kenduri Rasulullah S.A.W yang paling mahal adalah roti jala dicelup dengan kuah kari.

Rakaman video ceramah mengenai topik itu juga turut dirakamkan dan disiarkan menerusi YouTube sehingga menimbulkan komen-komen negatif masyarakat.

Ramai yang memberi reaksi bahawa Kazim telah menyampaikan informasi salah dan ia boleh menjejaskan akidah masyarakat yang mengikuti ceramah-ceramahnya.

Dalam pada itu, Kazim berkata, sebelum buku tersebut diterbitkan, dia telah membuat beberapa pembetulan termasuklah bahagian isu roti jala yang ditulis, namun dia tak pasti sama ada ia telah diperbetulkan atau tidak.

Sementara itu, Kazim berkata, dia tidak mempunyai masalah dengan isu yang ditimbulkan kerana dia tahu ada pihak yang tidak bertanggungjawab sengaja mencetuskan kontroversi tersebut dengan memanipulasikan kenyataannya itu.

"Sebenarnya perkara itu sudah lama malah buku itu laris dijual. Tetapi kenapa ia perlu dibangkitkan sekarang?

"Saya tahu ada pihak yang tidak puas hati dengan saya yang tidak menyokong sesebuah parti politik itu sehinga ia sengaja mencetuskan isu.

"Dan pendirian saya pula, sebagai pendakwah tidak akan memihak kepada mana-mana parti politik kerana saya hanya mahu berdakwah. Itu sahaja," tegasnya. - Feride Hikmet/23/7/14


P/s: Cuba dengar ceramahnya. Adakah dia sekadar menyebut hal itu sebagai contoh atau sebaliknya?


Apa kata Dr Asri?




,

Lelaki Terima Padah Rogol Bekas Isteri Depan Anak


[Harian Metro] Johor Bahru: Padah merogol bekas isterinya sehingga mendatangkan kecederaan tahun lalu, seorang pengawal keselamatan dijatuhkan hukuman penjara 20 tahun dan 10 kali sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini, semalam.

Hakim Rozilah Salleh membuat keputusan itu selepas memutuskan tertuduh yang berusia 38 tahun, gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap pertuduhan pada akhir kes pembelaan.

Bapa kepada empat anak itu didakwa merogol bekas isterinya sehingga menyebabkan kecederaan di rumah lama mereka di Taman Anggerik Kempas di sini, pada jam 2 pagi, 29 Ogos tahun lalu.

Sebelum hukuman dijatuhkan, tertuduh hanya tunduk diam, tetapi selepas dipujuk hakim, dia memohon hukuman ringan dan berharap tidak dikenakan sebatan kerana menghidap kencing manis.

“Saya tetap mahu beritahu saya tidak bersalah.

Tetapi saya terima keputusan hakim, cuma saya mohon hukuman ringan penjara dari tarikh saya ditangkap dan tidak dikenakan sebat kerana ada kencing manis,” katanya.

Timbalan Pendakwa Raya Nor Iffa Zarilla Abd Rahman meminta mahkamah tidak memberi pengecualian hukuman sebatan kepada tertuduh.

“Sekiranya tertuduh disahkan mempunyai masalah kesihatan, itu bidang kuasa pihak penjara untuk memutuskan pelaksanaan hukuman sebatan terbabit,” katanya.

Sementara itu, mangsa yang diceraikan talak tiga pada 2008 tidak hadir ke mahkamah kerana bekerja, menyerahkan keterangan impak mangsa (VIS) secara bertulis kepada mahkamah.

Berdasarkan VIS, wanita berusia 36 tahun itu mengakui masih trauma dengan kejadian berkenaan serta malu diperlakukan sedemikian di ruang tamu rumah di hadapan anaknya.

“Saya malu dengan anak, tertekan kerana bukan saja dirogol, tetapi dicederakan dengan pisau.

Dia ceroboh rumah sewa saya dan kononnya mahu ajak saya dan anak keluar minum, rupanya dia bawa ke rumah lama kami.

Saya ikutkan kerana saya takut.

“Saya mohon hukuman berat terhadapnya kerana bimbang jika dia berada di luar, dia terus mengganggu dan saya takut kerana dia berani bunuh saya,” katanya.

Pertuduhan yang dibuat terhadap tertuduh mengikut Seksyen 376(2)(a) Kanun Keseksaan yang boleh dihukum mengikut Seksyen 376(2) kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 30 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.

Tertuduh didakwa pada 23 September 2013, dibebaskan bagi tuduhan berkenaan, tetapi pihak pendakwaan membuat rayuan pada 19 November menyebabkan Mahkamah Tinggi di sini, memerintahkan dia membela diri Jun lalu.

Seramai lapan saksi pendakwaan sepanjang perbicaraan, manakala tertuduh yang tidak diwakili peguam, mengemukakan empat saksi ketika prosiding pembelaan. -Izlaily Nurul Ain Hussein/24/7/14


, ,

Remaja Lelaki Paksa Sepupu Lalukan Perkara Sumbang


[Sinar Harian] KUALA TERENGGANU - Usia baru menjangkau 15 tahun, tetapi kerana dipercayai terpengaruh dengan video lucah, seorang remaja lelaki memaksa sepupu lelakinya berusia lima tahun lakukan perkara sumbang dalam kejadian di Kijal, Chukai, Kemaman.

Rahsia remaja tersebut yang bernafsu songsang terbongkar selepas kelakuan jijiknya itu disedari ibu mangsa yang juga ibu saudara suspek, kira-kira jam 12.35 tengah hari, 17 Jun lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu, Asisten Komisioner Wan Abd Aziz Wan Hamzah berkata, sebelum itu, ibu mangsa yang sedang berehat di rumahnya telah dimaklumkan seorang lagi anak saudaranya yang ternampak mangsa bersama suspek berada di kawasan semak belakang sebuah rumah.

Katanya, ibu mangsa yang bimbang kejadian tidak diingini bergegas ke lokasi dimaksudkan dan tergamam apabila melihat anaknya sedang melakukan perkara tersebut.

“Suspek yang terkejut dengan kehadiran ibu saudaranya segera memberhentikan perbuatan terkutuknya itu.

“Hasil siasatan awal mendapati, suspek yang tinggal berhampiran rumah mangsa sememangnya rapat dengan mangsa dan sebelum ini sering bermain dengannya, malah suspek juga dikatakan kerap membawa mangsa ke dalam semak itu,” katanya.

Wan Abd Aziz berkata, susulan kejadian itu, ibu mangsa membuat laporan di Balai Polis Kijal kelmarin untuk tindakan lanjut.

Jelasnya, siasatan sedang dijalankan dan usaha memburu suspek yang melarikan diri giat dilakukan.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan kerana melakukan persetubuhan bertentangan dengan aturan tabii. - 24/7/14



Tan Sri Abdul Khalid TIDAK Akan Berundur dan Lepaskan Jawatan MB


[Sinar Harian] KUALA SELANGOR - Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menegaskan sekali lagi tidak akan berundur ataupun melepaskan jawatannya meskipun mendapat desakan pucuk pimpinan parti.

Adun Pelabuhan Klang itu turut berjanji dengan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah untuk bekerja sehingga khidmatnya tidak diperlukan lagi sebaik sahaja mandat sebagai menteri besar berakhir.

“Saya sendiri sudah berkata kepada baginda tuanku untuk bekerja sebaik mungkin sehingga habis penggal...bahkan sudah keluarkan kenyataan sebelum ini bagi mana-mana pihak yang mahu saya berundur, kena patuh enakmen.

“Saya tegaskan, baginda tuanku memandang serius perkara ini dan yang paling penting baginda mahu pentadbiran yang amanah, teguh dan bertanggungjawab untuk rakyat Selangor,” katanya yang enggan mengulas ‘perbincangan’ yang dibuat bersama Sultan Selangor pada majlis berbuka puasa semalam.

Terdahulu, Abdul Khalid mengingatkan parti politik yang diwakilinya supaya menggunakan saluran betul dalam usaha untuk menyingkirkan beliau daripada kerusi Menteri Besar Selangor.

“PKR tidak seharusnya membelakangkan enakmen dan Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri, khususnya mengenai tatacara pelantikan atau penggantian menteri besar.

“Saya percaya mereka yang terlibat dalam usaha ini perlu melalui proses tersebut untuk mencapai matlamat yang mereka inginkan.

“Sehingga proses tersebut berlaku dan selesai, saya akan terus menjalankan tugas sebagai menteri besar,” katanya. - Arziana/24/7/14


, ,

Rabu, 23 Julai 2014

Gambar Suspek Kes "Rogol 38" Didedah dan Diburu


[Sinar Harian] KOTA BHARU - Selepas identiti lima individu berusia antara 18 dan 25 tahun disiarkan, polis kini mendedahkan pula gambar individu sama yang dicari bagi membantu siasatan kes rogol beramai-ramai dalam kejadian di rumah kosong di Ketereh, 20 Mei lalu.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Mazlan Lazim berkata, kelima-lima yang dikenal pasti identiti mereka itu kesemuanya tinggal di kawasan sama berlakunya kejadian rogol beramai-ramai tersebut.

“Mereka yang dicari ialah, pertama: Mohd Fadhil Manaf atau Fadhil berusia 25 tahun dan beralamat di Kampung Hutan Pasir, Ketereh; kedua: Che Muhammad Farhan Isyrif Che Mat atau Yusri berusia 18 tahun dan tinggal di Taman Binjai Manis, Ketereh serta Muhammaddun Hassan atau Mado berusia 20 tahun juga beralamat di Kampung Hutan Pasir, Ketereh.

“Sementara yang ketiga: Mohamad Faiz Azahan, 22, dari Jalan Serendah Taman Binjai Manis, Ketereh dan Muhammad Safwan Ab Rajab atau Safwan, 25, yang tinggal di Taman Sri Wangi Hutan Pasir Ketereh dan yang belum dikenal pasti seorang lagi yang dipanggil Udin,” katanya.

Menurutnya, sehingga kini 15 tangkapan sudah dibuat dan lima daripada mereka telah mendapat persetujuan Ketua Unit Pendakwaan untuk dituduh di mahkamah.

“Kami masih belum memberhentikan usaha mengesan lebihan suspek-suspek yang belum ditahan dan usaha menjejaki mereka masih giat dijalankan,” katanya.

Pada 11 Jun 2014, empat termasuk dua remaja bawah umur di hadapkan ke mahkamah sesyen dan majistret, di sini, atas tuduhan merogol dua remaja perempuan berusia 15 dan 17 tahun pada kejadian sama.

Pada 9 Julai 14, seorang remaja berusia 18 tahun menjadi individu kelima dan mengaku tidak bersalah atas tuduhan merogol mangsa sama yang berusia 17 tahun.

Akhbar sebelum ini melaporkan dua remaja perempuan berkenaan dirogol secara bergilir-gilir oleh 38 lelaki dalam kejadian di sebuah rumah kosong di Ketereh.

Polis dalam satu kenyataan media selepas itu berkata hanya 21 suspek terbabit dalam kejadian berbanding 38 yang dilaporkan sebelumnya. -ADILA SHARINNI WAHID, FOTO OLEH KHIRU SHALEH ABDULLAH/22/7/14

Jokowi: Dari Pondok Buluh ke Istana



[Harian Metro] Jakarta: Dia dibesarkan dalam rumah diperbuat daripada buluh di tebing sungai di kawasan kotor di Pulau Jawa.

Beberapa dekad kemudian budak dari kawasan terpinggir itu diangkat rakyat Indonesia menjadi presiden mereka dan yang ketujuh sejak ia merdeka. Joko Widodo atau lebih dikenali sebagai Jokowi bermula sebagai tokoh merendah diri yang aktif di luar lingkaran politik ketika Indonesia dicengkam amalan penguasaan melalui dinasti dan golongan elit dari era Suharto. Keputusan muktamad diumum malam tadi mengesahkan Jokowi memenangi persaingan sengit dalam pemilihan pada 9 Julai lalu.

Jokowi mengalahkan bekas jeneral era Suharto, Prabowo Subianto dengan perbezaan enam peratus.

Bekas Datuk Bandar Solo itu memperoleh 53 peratus (atau 70,997,895 undi) berbanding Prabowo 47 peratus (62,576,444 undi).

Menjelang pengumuman rasmi malam tadi Prabowo - bekas menantu Suhato - mengumumkan menarik diri daripada persaingan itu atas alasan berlaku banyak penyelewengan walaupun penganalisis bebas berkata, secara umumnya proses kali ini berlangsung dengan bersih dan adil. Pernah menjadi pengeksport perabot, Prabowo mencatat populariti lebih meninggi selepas dilantik menjadi Gabenor Jakarta pada 2012.

Pendekatannya yang secara langsung dan praktikal amat popular dalam kalangan rakyat ketika mereka sudah muak dengan amalan rasuah serta memencilkan ahli politik. Dia serang melawat kawasan terpinggir di Jakarta dengan cuma berpakaian biasa dan mengetepikan segala prosedur sebagai gabenor.


ORANG ramai memerhati Jokowi menghubungi wakilnya untuk mengetahui perkembangan terkini keputusan rasmi pemilihan presiden di pinggir projek takungan air di Jakarta semalam.

Jokowi juga gemar membuat pemeriksaan mengejut bagi memastikan pegawainya menjalankan tugas dengan betul. Walaupun dibebani tugasan yang berat, bapa kepada tiga anak itu masih memperuntukkan masa melayani minatnya kepada muzik heavy metal.

Pada kesempatan tertentu Jokowi pernah dilihat menghadiri konsert di Jakarta. Susilo Bambang Yudhoyono akan berundur daripada jawatannya tidak lama lagi selepas menjadi presiden selama dua penggal.

Perlembagaan Indonesia mengehadkan tempoh seseorang presiden hanya untuk dua penggal saja. Penganalisis Pusat Kajian Strategik dan Antarabangsa di Jakarta, Tobias Basuki berkata, ketokohan Jokowi adalah sesuatu yang baru untuk rakyat Indonesia.

“Mereka teruja mendapat pemimpin yang faham realiti di bawah,” katanya. Jokowi mendapat pendidikan perhutanan di sebuah universiti di Indonesia sebelum memulakan perniagaan perabot yang berjaya.

Dia menyertai politik sebagai Datuk Bandar Solo pada 2005. Antara kejayaan Jokowi selama tujuh tahun menduduki jawatan itu ialah memindahkan penduduk setinggan ke rumah pangsa dilengkapi tandas sistematik serta menyusun penjaja yang menyesakkan jalan raya ke kawasan pasar. Di Jakarta Jokowi memulakan beberapa projek pengangkutan awam bagi mengatasi kesesakan jalan raya.

Dia juga melaksanakan beberapa dasar mesra masyarakat miskin seperti memudahkan akses kepada rawatan perubatan. Namun sesetengah pihak masih tertanya-tanya terhadap kemampuan Jokowi menerajui Indonesia mendepani cabaran di peringkat antarabangsa.

Keterbatasan pengalamannya menjadikan keraguan berkenaan perlu diperhatikan. - AFP/23/7/14


, ,

Amuk Kereta Kena Langgar: Kiki Didenda RM5 000, Kerja Komuniti 240 Jam



[Astro Awani] KUANTAN: Siti Fairrah Asyikin Kamaruddin, 30 yang juga dikenali sebagai Kiki dijatuhkan hukuman denda RM5,000 dan melakukan kerja komuniti selama 240 jam di Mahkamah Sesyen di sini sebentar tadi.

Hakim Datuk Zainal Abidin Kamarudin menjatuhkan hukuman tersebut selepas wanita itu mengaku bersalah atas pertuduhan yang dikenakan ke atasnya kerana melakukan khianat terhadap kereta milik Sim Siak Hong, 68 di kawasan parkir kereta Pusat Transformasi Bandar Kuantan di sini pada 14 Julai lalu.

Kiki ditahan pada jam 4 petang Khamis lepas di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan dan kemudian dibebaskan dengan jaminan lewat malam hari yang sama.

Kiki pada minggu lalu dilihat membuli seorang warga emas selepas warga emas itu dikatakan melanggar keretanya.

Video Kiki mengetuk-ngetuk kereta lelaki berkenaan dengan pengunci stereng kereta telah dirakam orang ramai dan videonya dimuat naik serta menjadi viral di laman sosial Facebook, Twitter dan YouTube. -22/7/14





Ahad, 20 Julai 2014

Rupanya-rupanya Wanita Pakai Baju Batik Bercetak Ayat Suci al-Quran...



Sejak petang semalam, pengguna FB heboh memperkatakan beberapa keping gambar yang menunjukkan seorang wanita dipercayai bukan Islam memakai baju batik dengan corak ayat suci al-Quran. Berdasarkan maklumat di laman sosial, ayat al-Quran yang dicetak pada baju itu dikatakan dari surah al Fatihah.

Berdasarkan gambar yang tersebar, seorang lelaki berbangsa Arab kelihatan memarahi wanita itu. Kejadian dikatakan berlaku  di Pasar Raya Hero, Taman Dagang, Ampang. Tiada maklumat lanjut tentang butiran dialog antara lelaki Arab itu dengan wanita tersebut.

Namun tweet KPN memberikan sedikit maklumat yang lebih jelas. Menurut beliau, wanita yang seperti berbangsa Cina itu ialah wanita Korea. Dia dikatakan membeli baju itu di India dan baru sampai di Malaysia untuk melancong.

Oleh itu, beliau meminta rakyat Malaysia agar bersabar dan memberikan peluang kepada anggota polis untuk menyiasat perkara ini. -DCM


Maklumat Lain


Kemas Kini:


Benarkah dakwaan ini? Jika benar, tindakan perlu diambil terhadap penjual dan pencetak baju ini.



Janda Anak Tiga Kantoi Khlawat dengan Duda Anak Tiga



[Sinar Harian] ALOR SETAR – Seorang janda anak tiga antara dicekup berkhalwat bersama pasangannya, lelaki mualaf di sebuah hotel di Jalan Sultanah Sambungan, di sini, semalam.

Ketika diserbu, dia bersama pasangannya, duda anak tiga berusia 36 tahun memaklumkan mereka memiliki perancangan untuk mendirikan rumah tangga nanti.

Malah, pengasuh kanak-kanak berusia 33 tahun berasal dari Mergong, memberikan alasan berehat kononnya berasa sedikit letih pada bulan Ramadan ini.

Turut dicekup dalam operasi, seorang penjawat awam, 25, berasal dari Melaka dan wanita berusia 26 tahun dari Klang dalam sebuah bilik di hotel bajet sama.

Pasangan tidak memiliki hubungan sah berkenaan memaklumkan, mereka kebetulannya baru dua minit mendaftarkan diri dalam hotel berkenaan sementara menunggu waktu siang.

Pasangan kekasih terbabit memberikan alasan menziarahi seorang kenalan mereka di Changloon, sementara menunggu waktu pulang ke tempat mereka keesokan harinya.

Namun, alasan sedemikian tidak diterima penguatkuasa Jabatan Agama Islam Kedah (JAIK) kerana pasangan berkenaan berada dalam bilik hotel berdua-dua tanpa ikatan muhrim.

Lebih mencurigakan, meskipun lelaki terbabit memberikan alasan hanya datang melihat keadaan pasangannya, namun ketika dicekup wanita berkenaan hanya memakai seluar dalam.

Manakala, seorang pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) berusia 22 tahun dicekup pula bersama wanita warga Thailand di bilik hotel di Jalan Lencong Barat, di sini.

Sewaktu disoal, pelajar terbabit memaklumkan dia baru berkenalan wanita berusia 40 tahun itu di sebuah bar, sebelum keluar bersama ke hotel berkenaan.

Itulah sebahagian gelagat tiga pasangan dicekup hampir 40 penguatkuasa JAIK dalam Ops Ramadan selama lima jam di empat hotel bajet sekitar bandaraya Alor Setar, dekat sini, semalam.

Penolong Pengarah Penguatkuasa Undang-undang JAIK, Syeikh Mohd Roshidi Mahmud berkata, pihaknya mendapati segelintir individu mengambil kesempatan melakukan maksiat dalam bulan puasa ini.

“Sedangkan, mereka sepatutnya menjalankan ibadat. Malangnya, ada yang mengambil jalan mudah mengikut hawa nafsu mereka tanpa menghormati kesucian bulan Ramadan,” katanya. – 19/7/14


, ,

MAS Keluar Senarai Penuh Penumpang MH17


[The Malaysian Insider] Malaysia Airlines (MAS) hari ini mengeluarkan senarai penuh penumpang penerbangan MH17, dua hari selepas pesawat itu nahas di timur Ukraine.

Penumpang MH17 terdiri daripada warga Belanda (192), Malaysia (29, termasuk 15 anak kapal), Australia (27), Indonesia (12), United Kingdom (10), Germany (4), Belgium (4), Filipina (1), Kanada (1) dan New Zealand (1).

MAS juga mengeluarkan maklumat kargo MH17 semalam.

Dua ekor anjing peliharaan dan sembilan ekor burung termasuk empat ekor merpati antara yang terdapat dalam kargo.

Selain itu, terdapat barangan kurier termasuk peralatan helikopter, barangan horikultur, barangan perubatan, bunga palsu, produk kegunaan harian, penapis, tekstil serta mel pos.

Penerbangan MH17 merupakan tragedi kedua bagi MAS selepas penerbangan MH370 hilang pada Mac lalu.

Pesawat MH370 berlepas dari Kuala Lumpur ke Beijing dengan 227 penumpang dan 12 kru. MH370 dikatakan hilang di selatan Lautan Hindi.

Kedua-dua tragedi mengorbankan 537 nyawa.

Dalam kenyataan media hari ini, MAS berkata dalam tempoh 45 jam lepas, bersama beberapa kedutaan asing, melakukan segala usaha untuk menghubungi waris penumpang tetapi masih tidak dapat mengenal pasti banyak lagi keluarga terbabit.

Syarikat penerbangan itu merayu kepada anggota keluarga atau rakan mereka dalam pesawat MH17 menghubungi Pusat Sokongan Keluarga MAS di +603-78841234 (di Malaysia) atau mereka boleh hubungi nombor di bawah:

Netherlands (Pejabat MAS Amsterdam) - +31205216252

Australia (Pejabat MAS Sydney) - +61293643526

Indonesia (Pejabat MAS Jakarta) - +62215229705

New Zealand (Pejabat MAS Auckland) - +6493063930

United Kingdom (Pejabat MAS London) - +442073412060

Jerman (Pejabat MAS Frankfurt) - +496913871980

Filipina (Pejabat MAS Manila) - +6328891863 – 19 Julai, 2014.









-19/7/14


, ,

Gadis Peugeot Putih Didakwa Isnin



[Bernama] Siti Fairrah Ashyikin Kamaruddin (gambar) atau Kiki, 30, yang didakwa bertindak ganas dengan membuli seorang warga emas di Temerloh Isnin lepas akan dituduh di mahkamah Isnin ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri Datuk Zakaria Ahmad berkata keterangan diambil daripadanya pada Khamis.

"Dia yang ditahan pada jam 4 petang Khamis lepas di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan dibebaskan dengan jaminan lewat malam hari yang sama. Kiki dibebaskan selepas pihak polis berpuas hati dengan keterangan yang diberikannya," katanya hari ini.

Beliau berkata setakat ini kes masih disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan (Khianat) dan Seksyen 506 Kanun Keseksaan (Ugutan).

Wanita terbabit dilihat membuli seorang warga emas berumur 68 tahun selepas warga emas itu dikatakan melanggar keretanya.

Dia dilihat mengetuk-ngetuk kereta lelaki berkenaan dengan pengunci stereng kereta yang perbuatannya itu dirakam orang ramai dan videonya dimuat naik di laman sosial Facebook, Twitter dan YouTube. – Bernama, 19 Julai, 2014.


, ,

Jumaat, 18 Julai 2014

[Gambar] MH17: 120 Mayat Ditemui - RT.com



[Mstar] PETALING JAYA: Sebuah portal berita Rusia, RT.com melaporkan sekurang-kurangnya 120 mayat telah dijumpai dari kawasan nahas pesawat penerbangan Malaysia (MAS) MH17 dipercayai terhempas.

Portal tersebut yang memetik Kementerian Kecemasan Ukraine sebagai berkata, seramai 95 anggota penyelamat dan 18 kenderaan terlibat dalam operasi mencari mayat penumpang pesawat malang itu di Donetsk.

MH17 hilang dari radar sebaik memasuki ruang udara Timur Ukraine kira-kira pukul 1415 waktu tempatan pada Khamis, sejam selepas pesawat jenis Boeing 777, berlepas dari lapangan terbang Schiphol, Amsterdam menuju ke Kuala Lumpur.

Difahamkan, insiden itu berlaku 50 kilometer dari sempadan Ukraine-Rusia.

Kesemua 298 penumpang di dalam pesawat itu termasuk 43 rakyat Malaysia dikhuatiri terbunuh. -18/7/14









, ,

Pesawat Asia BERHENTI Guna Laluan MH17 Ditembak Sejak Berbulan Lalu - AFP



[The Malaysian Insider] Beberapa negara Asia berhenti menggunakan laluan penerbangan Malaysian Airlines (MAS) MH17 yang ditembak semalam sejak berbulan lepas kerana konflik di Ukraine.

Dua penerbangan Korea Selatan, Korean Air dan Asiana serta Australia Qantas tidak lagi menggunakan laluan tersebut sejak Mac selepas tentera Rusia bergerak ke Crimea.

"Kami berhenti terbang merentasi Ukraine atas faktor keselamatan," kata jurucakap Asiana Lee Hyo-Min yang dipetik daripada agensi berita, Agence France-Presse (AFP).

Korean Air juga menukar laluan ke 250km selatan Ukraine "kerana keadaan politik tidak stabil di wilayah tersebut, kata pegawainya, dipetik daripada AFP.

Jurucakap Qantas juga berkata mereka menukar laluan merentasi Ukraine sejak beberapa bulan lalu.

Hari ini, syarikat penerbangan Thailand, Thai Airways International (THAI) mengumumkan penukaran laluan tidak merentasi negara bergolak tersebut.

Terkejut dengan insiden tersebut, MAS hari ini juga mengumumkan menukar semua laluannya di Eropah ke laluan alternatif bagi mengelak ruang udara Ukraine selepas pesawat MH17 Boeing 777 terhempas di kawasan itu semalam.

Malaysia hari ini digemparkan dengan berita pesawat MAS Boeing 777 ditembak jatuh dari udara selepas empat bulan pesawat MH370 hilang dari radar.

Pesawat MH17 yang terbang 300 meter di atas kawasan larangan apabila ditembak jatuh kumpulan pemberontak di timur Ukraine mengorbankan 298 nyawa.

Pesawat malang itu membawa seramai 154 penumpang warga Belanda, Australia (27), Malaysia (45, termasuk 15 anak kapal dan 2 bayi), Indonesia (12 termasuk 1 bayi), Britain (9), Jerman (4), Belgium (4), Filipina (3), Kanada (1) serta penumpang yang masih belum dikenalpasti seramai 41 orang.

Menurut pelbagai pihak, kumpulan pemberontak pro-Rusia dipercayai terlibat dalam tembakan itu.

Ekoran itu, semua pihak membantahnya dan mengharapkan siasatan terperinci dibuat dan penjenayah itu dibawa ke muka pengadilan. – Md Izwan/18 Julai, 2014.


, ,

[Video] Penumpang Sempat Muat Naik Video di dalam Pesawat MH17


[Bernama] KUALA LUMPUR – Seorang penumpang pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 yang terhempas di Ukraine, Md Ali Md Salim, 30, sempat memuat naik video terakhir dalam akaun laman sosial Instagram miliknya ketika berada di tempat duduk pesawat itu sebelum berlepas.

Video dengan nama akaun @masa1777 berdurasi 15 saat itu dimuat naik kira-kira pukul 12 tengah hari waktu Amsterdam dengan kapsyen: “Bismillah…#hatiadasikitgentar”.

Dalam video itu juga kelihatan beberapa penumpang serta seorang pramugari MAS, sedang sibuk menyimpan barang-barang di ruang bagasi bagi bersiap-sedia untuk berlepas.

Rakannya, Mohd Zaem Nordin, 24, yang berkongsi video itu dalam akaun Instagramnya tidak menyangka Md Ali berada dalam pesawat malang itu.

“Apabila saya melihat videonya yang dimuat naik kira-kira 15 jam lalu, saya sangat terkejut dan tidak menyangka beliau berada dalam pesawat itu,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Menurut Mohd Zaem, Md Ali sedang menyambung pengajian peringkat Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang psikologi di sebuah universiti di Armsterdam, dijangka menamatkan pengajiannya tahun hadapan.

Dia yang kali terakhir berhubung dengan Md Ali pada 25 Jun lalu dalam laman sosial Facebook berkata, “Kami sentiasa berhubung melalui Facebook dan kali terakhir itu beliau menyatakan hasrat kepada saya untuk pulang beraya bersama anggota keluarganya pada tahun ini.

“Saya tidak sangka hasratnya itu tidak kesampaian dan video itu merupakan video terakhir beliau, ” katanya.

Mohd Zaem, yang mengenali Md Ali sejak 2010 menyifatkan beliau seorang yang periang dan suka mengambil berat akan rakan-rakannya.

“Kami mula kenal ketika beliau bertugas sebagai Felo di UKM (Universiti Kebangsaan Malaysia) cawangan Kuala Lumpur dan beliau sangat peramah dan disenangi ramai,” katanya.

Penerbangan MH17 berlepas dari Amsterdam pada 12.15 tengah hari (waktu Amsterdam) dan dijadual tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA), Sepang pada 6.10 pagi ini. – 18/7/14




, , ,

[Video] Israel Mulakan Serangan Darat di Gaza

Foto: Reuters
[Astro Awani] BAITULMUQADDIS: Tentera Israel memperluaskan Operasi Perlindungan Sempadan yang dilancarkan sejak 10 hari lalu dengan mengerahkan tenteranya masuk ke Semenanjung Gaza dan memulakan operasi serangan darat awal hari ini.

Ia memaklumkan operasi ketenteraan itu diperluaskan sebagai tindak balas kepada serangan roket oleh kumpulan pejuang Palestin dan bertujuan mahu melumpuhkan Hamas yang menguasai Gaza.

Hamas dalam reaksi balas menegaskan rejim Yahudi itu akan berdepan dengan tentangan yang sengit dan "akan membayar harga yang mahal" ekoran tindakannya itu.

Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu dan Menteri Pertahanan, Moshe Yaalon mengarahkan operasi serangan darat itu bagi memusnahkan rangkaian terowong bawah tanah dari Gaza yang menganjurkan masuk ke wilayah Palestin yang diduduki oleh rejim Zionis itu.

Kumpulan pejuang Hamas dilaporkan masuk ke kawasan Israel menggunakan terowong berkenaan untuk melancarkan serangan pada Khamis. Israel mendakwa berjaya mematahkan serangan itu.

Jurucakap Hamas, Fawzi Barhoum memberitahu CNN bahawa "pencerobohan darat oleh tentera Israel itu adalah satu langkah bahaya yang tidak diketahui kesannya. Israel akan membayar harga yang mahal untuk ini."

Serangan darat ini dilancarkan beberapa jam selepas gencatan senjata selama lima jam dipatuhi pada Khamis. Gencatan senjata bermula pukul 3 petang waktu Malaysia itu berakhir pada pukul 8 malam.

Tidak lama selepas gencatan senjata itu tamat, kedua-dua pihak kembali berbalas serangan.

Kementerian Kesihatan Gaza memaklumkan tujuh kanak-kanak terbunuh dalam masa tiga jam selepas gencatan senjata berakhir.

Operasi ketenteraan sejak 10 hari lalu itu setakat ini membunuh 230 warga Palestin dan seorang rakyat Israel. Hampir 2,000 orang warga Palestin cedera. Agensi bantuan kemanusiaan antarabangsa mendedahkan kebanyakan mangsa adalah kanak-kanak, wanita dan orang awam.

Kabinet Israel dijadual mengadakan satu mesyuarat khas pada Jumaat bagi membincangkan perkembangan operasi ketenteraannya ini. -18/7/14

Anwar Ibrahim: Keganasan & Kebiadapan Negara Zionis Israel Sudah Sampai ke Kemuncaknya




, ,

Pemberontak Ukraine Akui Tembak Pesawat di Kawasan MH17 Terhempas



[The Malaysian Insider] Kumpulan pemberontak Ukraine pro-Rusia, Donetsk People's Army mengaku kumpulannya menembak sebuah pesawat pengangkut tentera di tempat terhempasnya pesawat Penerbangan Malaysia MH17 yang menjurus kepada andaian bahawa mereka tersalah tembak.

Pemimpin kumpulan pemberontak itu, Igor Girkin yang juga dikenali sebagai Strelkov berkata, pesawat itu berjaya dijatuhkan.

"Pesawat itu baru saja dijatuhkan sekitar Torez (Donetsk Oblast). Ia di sana sekarang di belakang Progress Mine.

"Kami memberi amaran kepada kamu – jangan terbang di 'ruang udara kami'," katanya melalui akaun VK, Facebook versi Rusia.

Progress Mine adalah pekan perlombongan yang didiami 80,000 penduduk, lapor media.

"Dan ini adalah bukti, 'seekor lagi burung' jatuh. Burung ini jatuh di belakang slagheap, bukannya kawasan perumahan. Jadi orang ramai tidak tercedera. Ada juga maklumat satu lagi pesawat ditembak," tambahnya.

Stelkov dan kumpulannya, Donetsk People's Army, dipercayai tersalah tembak pesawat itu yang disangka mereka milik tentera Ukraine.

Donetsk People's Republic dengan bangganya memaklumkan pada 29 Jun lalu mereka mengambilalih satu kem tentera Ukraine dan mempunyai Buk, iaitu peluru berpandu darat ke udara, tetapi tidak memberitahu jumlahnya, lapor Kyiv Post.

Peluru berpandu Buk boleh pergi sejauh 25 kilometer, tiga kali ganda ketinggian MH17 yang sedang terbang.

Namun sumber lain berkata, pemberontak itu menafikan mereka bertanggungjawab.

"Ia boleh berlaku hanya melalui pesawat tempur atau peluru berpandu darat ke udara (yang menembaknya)," kata seorang pemberontak yang memberi nama Sergei kepada Reuters.

Beliau menambah, mereka tidak mempunyai senjata yang mampu menembak pesawat yang terbang setinggi itu.

Namun Anton Gerashenko, penasihat Kementerian Dalam Negeri berkata berjaya merakamkan gambar peluru berpandu Buk seminit selepas ia dilancarkan. – 18 Julai, 2014.


, ,

[Video] Rakaman Pesawat MH17 Terhempas, Gambar Pelancar Peluru Berpandu yang Mungkin Digunakan dalam Kejadian Itu


 Berdasarkan laporan sebelum ini, pesawat MAS MH17 yang membawa 280 penumpang dan 15 anak kapal dilaporkan terhempas di Ukraine berhampiran sempadan Rusia. 

Pesawat itu terbang dari Amsterdam ke Kuala Lumpur. 

Menurut laporan, MH17 dipercayai ditembak jatuh ketika terbang pada ketinggian 30,000 kaki dan terhempas di kawasan konflik berhampiran dengan Donets.



Contoh sistem peluru berpandu darat ke udara  yang dipercayai digunakan oleh kumpulan yang menembak jatuh pesawat milik MAS di Ukraine. - Mstar
Yang berikut adalah antara video awal tentang kejadian ini.





P/s: DCM ingin mengucapkan takziah kepada ahli keluarga dan anak kapal MH17. Moga-moga mereka tabah menghadapi ujian ini.



, ,

MH17: Gurauan Penumpang Warga Belanda, Cor Pan Jadi Realiti


[Astro Awani] KUALA LUMPUR: Muat naik laman sosial Facebook oleh salah seorang yang dipercayai penumpang pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH17 meraih perkongsian yang banyak di laman sosial apabila beliau berjenaka mengenai pesawat terbabit bersama gambar kapal terbang tersebut.

Penumpang yang menggunakan nama Cor Pan di Facebook itu memuat naik gambar pesawat terbabit sebelum ia berlepas dari Amsterdam.

Bagaikan dapat mengagak tragedi ini, Cor Pan memuat naik pesawat Boeing 777 itu dengan kapsyen "Jika pesawat ini hilang, inilah rupanya”.



Gambar tersebut dikongsi lebih 12,000 kali dan ruangan komen terus dihujani dengan pertanyaan serta doa daripada para pengguna lain.

Melalui perbualannya di laman Facebook, Cor Pan merancang untuk bercuti di Bali, Indonesia sebelum meneruskan percutian di Gili Trawangan, Lombok juga di Indonesia.

Pengguna media sosial turut membuka laman khas mengenang Cor Pan setelah perkongsian gambar dan cerita mengenai Cor Pan menjadi viral di media sosial. -18/7/14



, , ,

MH17: Ban Ki-Moon Mahu Satu Siasatan Penuh dan Telus oleh Pasukan Antarabangsa

Foto AFP

[Astro Awani] NEW YORK: Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) akan mengadakan satu sidang tergempar pada Jumaat bagi membincangkan insiden pesawat Penerbangan Malaysia MH17 yang terhempas di timur Ukraine.

Mesyuarat 15 negara anggota yang dipengerusikan oleh Rwanda itu akan diadakan pada pukul 10.00 pagi waktu New York (1400 GMT).

Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-moon dalam kenyataannya mahu “satu siasatan penuh dan telus oleh pasukan antarabangsa” berhubung insiden itu.

Britain sebelum ini menggesa satu mesyuarat tergempar Majlis Keselamatan PBB bagi membolehkan satu pasukan siasatan diketuai oleh PBB ditubuhkan bagi menyiasat insiden itu. -Agensi/18/7/14



, ,

MH17 Terbang di Ruang Udara Tanpa Sekatan - IATA


[Bernama] SINGAPURA: Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA) berkata pesawat Malaysia Airlines Penerbangan MH17 yang dilaporkan terhempas di Ukraine, dipercayai terbang di ruang udara tanpa sekatan.

Dalam kenyataan dari Geneva, persatuan syarikat penerbangan itu menyatakan: "Berdasarkan maklumat semasa yang diperoleh, adalah dipercayai ruang udara yang direntasi pesawat itu tidak tertakluk kepada sekatan."

"Kami mengucapkan takziah kepada keluarga dan rakan penumpang serta anak kapal MH17," kata IATA.
Media asing melaporkan sebuah pesawat penumpang Malaysia Boeing 777 yang membawa 295 orang terhempas di Ukraine berdekatan sempadan Rusia.

Penerbangan MH17 berlepas dari Amsterdam pada 12.15 tengah hari (waktu tempatan Amsterdam) dan dijadualkan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) di Sepang pada 6.10 pagi (waktu tempatan Malaysia) pada hari berikutnya. -18/7/14



, ,

Mayat Ditemui di Lokasi, Serpihan MH17 Bersepah, Tweet Awal Kejadian



[Astro Awani] KUALA LUMPUR: Pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 yang terputus hubungan pada kira-kira 1415 (GMT) dari waypoint Tamak, sekitar 50km dari sempadan Ukraine dan Rusia telah disahkan terhempas menurut laporan AFP.

AFP turut melaporkan beberapa mayat telah ditemui di sekitar lokasi pesawat terhempas dan serpihan dikatakan bersepah sejauh beberapa kilometer.

Ekor pesawat malang itu dijumpai di sebuah ladang jagung berhampiran manakala pasukan mencari dan menyelamat kelihatan di lokasi.

Pesawat Boeing 777 itu berlepas dari Amsterdam pada 12.15 tengahari (waktu tempatan) dan sepatutnya tiba di Kuala Lumpur pada pukul 6.10 pagi Jumaat.

Terdahulu, pesawat Malaysia Airlines MH17 dikatakan terhempas di Ukraine, lapor Reuter.

Pesawat terbabit membawa 280 penumpang dan 15 anak kapal.

Dalam pada itu, sebuah pusat operasi telah dibuka dan akan beroperasi 24 jam di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang.

Malaysia Airlines (MAS) dijadual mengadakan satu sidang media pada pukul 4 pagi di KLIA.


Peta menunjukkan lokasi terakhir pesawat MH17 sebelum ia terputus hubungan dengan pusat kawalan. -AstroAWANI


Wisma Putra kini sedang bekerjasama rapat dengan kerajaan Rusia dan Ukraine susulan laporan bahawa pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH17 telah terhempas di Ukraine, lapor Bernama.

Laporan itu menyebut Timbalan Menteri Luar Datuk Hamzah Zainuddin mengesahkan perkara berkenaan.

"Kami sedang bekerjasama rapat dengan kedua-dua kerajaan untuk mendapat maklumat.

"Buat masa ini, kami mempunyai beberapa maklumat, cuma tunggu nak mengesahkan sahaja", kata beliau ketika dihubungi Bernama hari ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak melahirkan rasa terkejut dengan kejadian yang dilaporkan menimpa pesawat Boeing 777 milik MAS penerbangan MH17.

Perdana Menteri menerusi akaun Twitternya berkata, kerajaan akan menyiasat segera kejadian tersebut.

I am shocked by reports that an MH plane crashed. We are launching an immediate investigation.— Mohd Najib Tun Razak (@NajibRazak)July 17, 2014

Bagaimanapun Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menerusi akaun twitternya menjelaskan, masih belum ada pengesahan bahawa pesawat itu ditembak jatuh.

"Pihak tentera telah diarahkan untuk menyiasat kesahihan dakwaan itu. Kita juga bekerjasama dengan Kementerian Pengangkutan (berhubung insiden tersebut)," katanya.

I am also in touch with MOT “@AircrewBuzz: RT@FHavg: Msia's defence minister H2O says he has asked his ministry 2 confirm#MH17— Hishammuddin Hussein (@HishammuddinH2O)July 17, 2014

No comfirmation it was shot down! Our military have been instructed 2 get on it! “@Nessie43:@tenoqUkr Gov report plane was shot down— Hishammuddin Hussein (@HishammuddinH2O)July 17, 2014

Yup - i have directed mindef to get comfirmation “@tenoq: If the 'shot down' part is true, then@hishammuddinh2ohas 2 get on d case, too.”— Hishammuddin Hussein (@HishammuddinH2O)July 17, 2014

MAS melalui Twitternya mengesahkan pihaknya gagal menghubungi pesawat MH17 yang dijadualkan dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur.

Kedudukan terakhir pesawat Boeing 777 itu dikesan berada di ruang udara Ukraine berhampiran sempadan Rusia.

Malaysia Airlines has lost contact of MH17 from Amsterdam. The last known position was over Ukrainian airspace. More details to follow.— Malaysia Airlines (@MAS)July 17, 2014

Malaysian passenger airliner flying from Amsterdam to Kuala Lumpur crashes in Ukraine near Russian border: Interfax:http://t.co/G1LQbIu9mF— Reuters Top News (@Reuters)July 17, 2014

Malaysian airliner did not enter Russian airspace when expected, crashed in Eastern Ukraine: Russian aviation industry source tells Reuters— Reuters Top News (@Reuters)July 17, 2014

#BREAKING: Interfax agency says Malaysian passenger airliner was shot down at altitude of 10 km above Eastern Ukraine— Reuters Top News (@Reuters)July 17, 2014

#BREAKING: Ukrainian Interior Ministry adviser says 280 passengers, 15 crew dead in Malaysian airliner crash: Interfax— Reuters Top News (@Reuters)July 17, 2014

#BREAKING: Malaysian plane was brought down by a ground-to-air missile: Interior Ministry adviser, quoted by Interfax— Reuters Top News (@Reuters)July 17, 2014

#BREAKING: Ukrainian Interior Ministry adviser said the Buk missile was fired by separatists: Interfax— Reuters Top News (@Reuters)July 17, 2014

#BREAKING: Boeing spokesman says "we are aware of the media reports and we are gathering information" on Malaysian Airlines plane crash— Reuters Top News (@Reuters)July 17, 2014

#BREAKING: Ukraine prime minster orders investigation into Malaysian "airplane catastrophe", says plane was en route from Amsterdam— Reuters Top News (@Reuters)July 17, 2014
-18/7/14


, ,

Kenyataan PM tentang Tragedi MH17


[Bernama] SEPANG: Berikut ialah kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada sidang berita mengenai tragedi pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH17 dari Amsterdam ke Kuala Lumpur, di Hotel Sama-Sama di sini.

"Petang semalam, saya dimaklumkan mengenai berita yang amat dahsyat dan sangat mengejutkan bahawa sebuah pesawat Malaysia Airlines terhempas di timur Ukraine.

"Malaysia Airlines telah mengesahkan bahawa pesawat itu adalah Malaysia Airlines Penerbangan 17 yang dalam penerbangan berjadual dari Amsterdam ke Kuala Lumpur.

"Penerbangan itu berlepas pada 12.15 tengah hari, waktu tempatan. Ia dijadual tiba di Kuala Lumpur pada 6.10 pagi waktu tempatan Malaysia.

"Pesawat itu adalah Boeing 777-200".

"Laluan penerbangan pesawat itu telah diisytiharkan selamat oleh Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa.

"Dan Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa telah menyatakan bahawa ruang udara yang direntasi pesawat itu tidak tertakluk kepada sekatan.

"Malaysia Airlines mengesahkan bahawa pesawat itu tidak membuat sebarang
panggilan kecemasan.

"Penerbangan itu membawa sejumlah 295 orang – merangkumi 280 penumpang dan 15
anak kapal.

"Malaysia Airlines kini dalam proses memaklumkan kepada waris penumpang dan anak kapal. Semua bentuk penjagaan yang sebaik mungkin akan diberikan kepada waris.

"Kerajaan Malaysia akan menghantar penerbangan khas ke Kiev, yang membawa Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia serta satu pasukan perubatan.

"Menurut maklumat yang diberikan oleh Menara Trafik Udara Kiev, lokasi isyarat kecemasan pesawat itu ialah 48 darjah 7 minit dan 23 saat Utara; dan 38 darjah 31 minit dan 33 Timur.

"Pihak berkuasa Ukraine percaya pesawat itu telah ditembak.

"Pada peringkat awal ini, bagaimanapun, Malaysia tidak dapat menentukan punca tragedi ini. 

"Tetapi kami perlu - dan kami akan - mendapatkan maklumat tepat mengenai apa yang berlaku kepada pesawat itu.

"Kita akan berusaha sedaya upaya.

"Sekiranya pesawat itu benar-benar ditembak jatuh, kita akan mendesak pihak yang bertanggungjawab melakukannya dibawa ke muka pengadilan dengan segera.

"Pusat-pusat operasi kecemasan sudah pun ditubuhkan. Dalam beberapa jam lepas, pegawai-pegawai Malaysia sentiasa berhubung dengan rakan sejawatan mereka di Ukraine dan tempat lain.

"Dan saya akan bercakap dengan beberapa pemimpin dunia dalam beberapa jam lagi.

"Saya telah pun beberapa kali bercakap dengan Perdana Menteri Netherlands.

"Saya juga telah bercakap dengan Presiden Ukraine. Beliau berjanji akan menjalankan siasatan penuh, menyeluruh dan bebas, dan pegawai-pegawai Malaysia akan dijemput menyertainya.

"Presiden Ukraine juga mengesahkan bahawa kerajaannya akan berunding dengan pemberontak di timur negara itu bagi menubuhkan satu koridor kemanusiaan di tempat pesawat itu terhempas.

"Sebentar tadi, saya menerima panggilan daripada Presiden Obama. "Saya dan beliau bersetuju bahawa siasatan itu perlu dijalankan tanpa sekatan.

"Sebuah pasukan antarabangsa perlu mempunyai akses sepenuhnya ke tempat pesawat itu terhempas.

"Dan tiada siapa pun patut mengganggu kawasan itu, atau mengalihkan sebarang serpihan, termasuk kotak hitam.

"Ini merupakan hari yang tragik, dalam tahun yang begitu tragik, bagi Malaysia.

"Sambil kita cuba memahami apa yang berlaku, doa dan harapan kita adalah untuk keluarga dan rakan mereka yang berada dalam penerbangan itu.

"Saya tidak dapat bayangkan apa yang sedang mereka alami pada saat-saat memilukan ini.

"Penumpang dan anak kapal penerbangan ini adalah dari banyak negara berbeza.

"Namun, hari ini, tanpa mengira kewarganegaraan, kita semua bersatu dalam kesedihan. - 18/7/14







, , ,

Khamis, 17 Julai 2014

Dakwaan Mesut Ozil Derma Wang Bonus Piala Dunia kepada Gaza TIDAK BENAR


Ozil Biayai Pembedahan 23 Kanak-kanak Brazil

[Berita Harian] LONDON: Bintang Piala Dunia Jerman dan Arsenal, Mesut Ozil mendermakan £350,000 (RM1.91 juta) bonus kemenangannya ketika menjulang Piala Dunia untuk membantu 23 kanak-kanak Brazil yang memerlukan pembedahan. 

Wakil kepada pemain berusia 25 tahun itu, Roland Eitel mengesahkan perkara terbabit namun menafikan berita yang tersebar luas sebelum ini mengatakan Ozil turut mendermakan sejumlah wang kemenangannya kepada mangsa serangan Israel di Gaza. 

Begitupun, dia turut tidak menolak Ozil mungkin akan mendermakan wangnya bagi membantu penduduk Gaza mengharungi kemelut itu, selepas ini. 

“Dakwaan yang mengatakan Mesut mendermakan duitnya ke Gaza tidak benar,” kata Eitel. 

“Mungkin di masa depan, siapa yang tahu? Dia mendermakan duitnya untuk perkara yang baik di Brazil dan kini dia sedang bercuti.” 

Dalam laman Facebook miliknya, Ozil mengumumkan dia membayar caj pembedahan buat 23 kanak-kanak di Brazil selepas muncul juara dunia apabila menewaskan Argentina di final. 

“Ketika Piala Dunia sedang berlangsung, saya menanggung pembedahan untuk 11 kanak-kanak yang sakit di Brazil. Sejak kemenangan Piala Dunia, ia bukan saja membabitkan 11 pemain, namun seluruh pasukan. Saya kini meningkatkannya kepada 23,” tulis Ozil. 

Sekalipun sumbangannya kepada Gaza didapati tidak benar, Ozil yang memiliki darah campuran Turki dan beragama Islam dilaporkan pernah mencetus kontroversi apabila enggan bersalam dengan pegawai FIFA dari Israel. 
Sebelum ini, skuad Piala Dunia Algeria mendermakan £5.25 juta (RM28.6 juta) hadiah kejayaan mara ke pusingan kedua Piala Dunia kepada rakyat Gaza. 

Ia disahkan penyerangnya, Islam Slimani yang mengumumkan keseluruhan pasukannya mendermakan wang itu kerana “mereka lebih memerlukan berbanding kami.” - Agensi/17/7/14



,

[Video] Kanak-kanak Dilaporkan Hidup Semula Akhirnya Meninggal Dunia


IBU kanak-kanak berkenaan mengangkat anaknya keluar dari keranda selepas dia dilihat bergerak ketika hendak dikebumikan Sabtu lalu.

[Harian Metro] Zamboanga del Sur: Seorang kanak-kanak berusia tiga tahun yang terjaga ketika disiapkan untuk dikebumikan, semalam dilapor mati akhirnya.

Kanak-kanak dari Zamboanga del Sur di selatan Filipina itu sebelum ini disahkan mati di sebuah hospital Jumaat lalu akibat demam dan keluarganya segera membuat persiapan untuk mengebumikannya. 

Bagaimanapun, kanak-kanak perempuan itu dilapor bernafas semula ketika mayatnya diletakkan di sebuah gereja untuk upacara keagamaan sebelum dikebumikan. 

Detik dia bernafas semula itu dan ketika dikeluarkan dari keranda dirakam oleh seorang anggota keluarganya yang hadir pada majlis untuk menyiapkan pengebumiannya itu.

Seorang jiran menyedari kepala kanak-kanak itu bergerak ketika menjenguk mayatnya.

Selepas dibawa keluar dari keranda, kanak-kanak berkenaan diberi minum dan dibawa ke hospital sebelum pulang bersama-sama ibu bapanya.

Bagaimanapun, laporan terbaru semalam menyatakan, umur kanak-kanak itu tidak panjang dan disahkan mati sekali lagi.

Ini bukan kes pertama orang yang diisytiharkan mati hidup semula ketika persiapan dilakukan untuk mengebumikan mereka.

Di Zimbabwe, orang ramai bertempiaran lari apabila Brighton Dama Zanthe, 34, dilihat bergerak di dalam kerandanya.

Di Lexington, Mississippi, Walter Williams bangkit ketika mayatnya hendak dikeluarkan dari beg mayat selepas diiystihar mati selepas alat perentak jantungnya terhenti.

Di Belem, utara Brazil pula, seorang kanak-kanak berusia dua tahun, Kelvin Santos terjaga dan meminta segelas air ketika keluarganya bersiap untuk mengebumikannya. 

Bagaimanapun, dia baring semula dan disahkan mati untuk kali kedua.

Seorang pelayan di Mesir pula bangun sejurus sebelum dikebumikan apabila doktor mengisytiharkan dia mati akibat sakit jantung.- AFP/17/7/14


, ,

Enam Suspek Kes "Rogol 38 Ketereh" Masih Diburu


Mangsa dan suspek yang ditahan sebelum ini.

Bachok: Enam suspek berhubung kes dua remaja perempuan dirogol bergilir-gilir oleh 21 individu dalam kejadian di Ketereh 20 Mei lalu masih menjadi buruan polis Kelantan.

Ketua Polis Datuk Mazlan Lazim berkata, pihaknya kini giat mengesan enam lelaki yang berusia berusia 18 hingga 25 tahun, sekali gus menyelesaikan kes itu dengan segera Katanya, enam lelaki yang berasal dari kampung berkenaan dipercayai sudah melarikan diri, namun pihaknya sentiasa membuat pemantauan bagi menjejaki mereka.

“Kita sudah menahan 15 individu termasuk tiga beranak yang dipercayai terbabit dalam kejadian rogol itu. Lima daripadanya sudah pun didakwa di mahkamah.

“Namun, kita masih memburu saki baki kumpulan ini iaitu enam individu berkenaan untuk menyelesaikan kes rogol ini,” katanya pada sidang media di Majlis Berbuka Puasa dan penyerahan cek kepada Tabung Kemanusiaan Palestin-Media Prima Berhad.

Cek berjumlah RM1,000 itu disampaikan oleh Ahli Perniagaan Datuk Azham Damiri di Kampung Budi, di sini, semalam kepada wakil Media Prima, Sulaiman Jaafar.

Beliau berkata, kes berkenaan tidak akan ditutup selagi enam suspek tidak diberkas.

Akhbar sebelum ini melaporkan, dua remaja masing-masing pelajar tingkatan dua dan tiga mendakwa dirogol sekumpulan lelaki di sebuah rumah kosong di Kampung Hutan Pasir.

Rakan lelaki salah seorang mangsa dikatakan dipaksa untuk menyaksikan kejadian itu. Susulan kejadian, 15 individu ditahan termasuk tiga beranak berusia 14 hingga 38 tahun.

Mazlan meminta kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat untuk tampil bagi membantu siasatan. -17/7/14


Kos Lesen Kekal, Pelaksanaan Kurikulum Pendidikan Pemandu Baharu Ditangguh

Kadar baharu yang dicadangkan sebelum ini.

[Bernama] KUALA LUMPUR: Pelaksanaan Kurikulum Pendidikan Pemandu (KPP) yang dijadual bermula pada Ogos ditangguhkan sehingga diberitahu kelak, kata Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Beliau berkata Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) diminta untuk menjalankan kajian lanjut bagi menyemak kurikulum termasuk implikasinya terhadap kos.

Beliau menegaskan bahawa keselamatan jalan raya adalah amat penting untuk mengurangkan jumlah kemalangan jalan raya di Malaysia yang dilaporkan masih tinggi.

"Kurikulum baharu penting untuk memupuk pemanduan selamat dan bertanggungjawab di kalangan pengguna jalan raya. Bagaimanapun, sebarang kos berkaitan pelaksanaan kurikulum baharu perlu mengambil kira kesan kewangan ke atas rakyat Malaysia," katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Beliau berkata JPJ telah menjalankan kajian dan penyelidikan yang sewajarnya untuk mewujudkan kurikulum baharu yang akan memastikan standard baharu bagi keselamatan jalan raya di negara ini.

Liow berkata walaupun keperluan rakyat diberi keutamaan, ia perlu diseimbangkan dengan keselamatan pengguna jalan raya.

Sebelum itu, kerajaan mengumumkan pelaksanaan kurikulum baharu yang memberi penekanan kepada usaha melahirkan pemandu yang berhemah dan berdisiplin untuk menggantikan kurikulum lama yang menekankan kepada kemahiran dan pemahaman peraturan jalan raya.

Kurikulum baharu juga termasuk penukaran kepada kenderaan transmisi automatik untuk membolehkan lebih ramai rakyat Malaysia terutama generasi tua dan wanita, memperoleh lesen memandu yang sah.

Sementara itu, Pergerakan Pemuda Umno tidak bersetuju jika kadar untuk mendapatkan lesen memandu kereta dan motosikal dinaikkan.

Ketuanya, Khairy Jamaluddin berkata beliau sudah menyuarakan pandangan Pemuda Umno kepada Menteri Pengangkutan supaya kadar itu tidak dinaikkan selepas menghadiri mesyuarat Kabinet, pagi tadi.

"Saya maklumkan sebagai Ketua Pemuda bahawa harga untuk memperoleh lesen memandu tidak wajar dinaikkan sebab akan memberi kesan kepada golongan muda terutama mereka yang tidak mampu," katanya kepada pemberita selepas menghadiri sesi membeli belah baju raya bersama anak yatim dan golongan kurang berkemampuan, di sini.

Khairy, yang juga Menteri Belia dan Sukan, berkata kesan kedua terhadap kenaikan harga memperoleh lesen akan turut mengakibatkan lebih banyak masalah timbul apabila golongan muda memilih untuk memandu kereta atau menunggang motosikal tanpa lesen disebabkan terlalu mahal.

Semalam, orang ramai dikejutkan dengan dakwaan bahawa kadar untuk mendapatkan lesen kenderaan dan motor telah dinaikkan kepada RM2,000 bagi lesen kereta kelas D dan RM1,050 bagi lesen motosikal kelas B2 berkuat kuasa 14 Julai lepas.

Terdahulu, Khairy sempat meluangkan masa kira-kira sejam untuk membeli belah baju raya bersama 150 anak yatim dan golongan kurang berkemampuan terpilih dari Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur di Wisma Jakel, Jalan Tuanku Abdul Rahman, di sini. -17/7/14




BAGASI KIRIMAN TERKINI

BAGASI KIRIMAN

PERHATIAN

Tulisan dalam blog ini sebahagian besarnya ialah respons/pendapat/ulasan RINGKAS/SPONTAN saya terhadap pelbagai isu dan perkara yang berlaku di serata negara mahupun di luar negara.

Sebahagiannya pula disalin & ditampal (
semoga dengan izin) dari blog, laman sesawang atau laman berita dari dalam dan dari luar negara. Hak cipta berita, artikel & makalah adalah milik laman sesawang atau blog tersebut.

Seboleh-bolehnya, saya cuba mengelak untuk menyiarkan mana-mana makalah/petikan/gambar tanpa restu pemilik asalnya. Jika mana-mana petikan/tulisan/gambar yang disiarkan dalam blog ini kurang disenangi pemilik asalnya, maka maklumkanlah segera kepada saya (di ruangan komen bahan terbabit) agar petikan/tulisan/gambar tersebut dapat dikeluarkan dengan kadar segera.

Untuk makluman, sebarang petikan, makalah, gambar yang dipetik dari laman berita atau dari blog /laman sesawang atau dari sumber internet yang lain tidak semestinya menggambarkan/mewakili pandangan saya dalam sesuatu isu yang berkaitan.

PENAFIAN:
Semua artikel atau berita yang disiar dalam blog ini adalah untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am. Ketepatan maklumat artikel atau berita itu perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan atau penyebaran maklumat palsu atau fitnah.

-tayadihmaysia@yahoo.com







TERIMA KASIH