Klik "LIKE" Untuk Terima Kemas Kini DCM di Facebook. Klik Butang "LIKE" di Bawah

Powered By | Blog Gadgets Via Blogger Widgets

Rakan DUNIACACAMARBA

Rakan DUNIACACAMARBA

Jadi Rakan TM

Follow tayadihmaysia on Twitter

BAGASI KIRIMAN POPULAR

Iklan & Tawaran

1. Mari sertai ChurpChurp, berinteraksi bersama-sama dengan taulan sambil menjanakan pendapatan, Percuma! Lanjut sila klik di sini.





Advertlet Hutang DCM RM1710

Advertlet Hutang DCM RM1710
Review http://duniacacamarba2.blogspot.com/ on alexa.com

Sponsored Ads

Cerita UG- Kerajaan Perpaduang

Agenda Unity Government (UG). Apa progresnya selepas ketiadaan TGNA?Video lain:1....

Posted by DUNIACACAMARBA on Saturday, October 17, 2015

,

Rabu, 8 Julai 2009

KACAU-BILAU LIBERALISASI EKONOMI NAJIB


"DALAM menghadapi persaingan ekonomi global, kerajaan tidak dapat lari daripada mengubah beberapa polisinya. Jika perubahan tidak dibuat maka pelaburan asing tidak akan masuk ke negara kita. Contohnya, kerajaan Singapura yang mempunyai polisi ekonomi yang jauh lebih liberal daripada kita telah banyak mendahului negara dalam pelbagai sektor ekonomi.

Singapura telah menurunkan kadar cukai korporat sebanyak 9 peratus sejak tahun 2000. Sedangkan cukai korporat Malaysia pada tahun 1998 adalah 28 peratus, tahun 2008 sebanyak 26 peratus dan tahun 2009 dikurangkan hanya kepada 25 peratus. Kegagalan pihak kerajaan menurunkan cukai korporat sama seperti Singapura menjadi salah satu punca kurangnya daya saing negara untuk menarik lebih banyak pelaburan.

Tanpa persetujuan rakyat
Sebenarnya pihak kerajaan telah meliberalisasikan ekonomi negara kita tanpa persetujuan rakyat dalam koridor-koridor yang diciptanya sendiri. Pemansuhan ekuiti bumiputera, kemasukan profesional luar negara, pemansuhan FIC (Jawatankuasa Pelaburan Asing), penjualan hartanah kepada rakyat Singapura tanpa melalui FIC dan sebagainya telah dilakukan dalam Iskandar Malaysia(IM).

Atas liberalisasi ekonomi yang tidak disedari rakyat ini maka Dato' Seri Najib Tun Razak telah berbangga dengan pencapaian pelaburan yang telah dicapai oleh negara. Di Iskandar Malaysia (IM) kerajaan telah mensasarkan RM47 bilion pelaburan, sehingga kini hampir mencapai sasaran iaitu RM41 bilion. Di Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER) kerajaan mensasarkan RM28 bilion, sehingga kini telah memperolehi RM8.36 bilion.

Di Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) kerajaan mensasarkan sebanyak RM20 bilion, sehingga kini telah memperolehi lebih daripada sasaran iaitu RM22.7 bilion. Di Koridor Pembangunan Sabah (SDC) kerajaan mensasarkan RM16 bilion, setakat ini telah memperolehi RM3.75 bilion.

Di Koridor Tenaga Diperbaharui Sarawak (SCORE) kerajaan mensasarkan RM34 bilion, pencapaiannya sangat tinggi iaitu RM79.9 bilion. Jika dicampur keseluruhannya maka kerajaan mensasarkan RM145 bilion bagi lima koridor dan sekarang telah mencapai RM155.71 bilion. Inilah kejayaan yang dibanggakan oleh Najib.

Berdasarkan kepada pencapaian di lima koridor inilah yang menyebabkan PM mengisytiharkan liberalisasi ekonomi bukan sahaja di dalam koridor yang diciptanya tetapi menjadi suatu dasar menggantikan Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang dicipta oleh bapanya Tun Abdul Razak.

Isi kandungan liberalisasi ekonomi negara adalah pertamanya penurunan pegangan ekuiti bumiputera daripada 30 peratus kepada 12.5 peratus. Keduanya penurunan ekuiti bukan bumiputera daripada 25 peratus kepada 12.5 peratus. Ketiganya pegangan ekuiti asing telah ditingkatkan daripada 49 peratus kepada 70 peratus. Keempatnya pemansuhan FIC, kelimanya Penubuhan Ekuiti Nasional Berhad (EKUINAS). Dan yang terakhir peningkatan had nilai hartanah yang boleh dibeli oleh warga asing daripada RM250,000 kepada RM500,000.

Terdapat kesan positif dan negatif daripada dasar liberalisasi ini. Pertamanya kesan positif daya saing negara akan meningkat. Pelabur akan datang melalui insentif yang diberikan. Ini terbukti daripada kesan liberalisasi ekonomi di lima koridor di atas. Keduanya adalah peningkatan 100 peratus had nilai hartanah untuk warga asing yang hendak membeli rumah di negara kita. Tentulah pemaju akan dapat keuntungan lebih dan kerajaan akan memperoleh hasil cukai yang lebih tinggi.

Ketiganya peluang pekerjaan di negara kita akan bertambah. Maka kadar pengangguran akan berkurangan. Keempatnya peniaga Industri Kecil dan Sederhana (IKS) akan mendapat limpahan daripada kehadiran pelaburan asing ini. Sektor perkhidmatan adalah sektor yang akan menerima kesan yang sangat positif. Kelimanya eksport negara akan bertambah. Nilai ringgit boleh meningkat. Kerajaan akan mendapat pendapatan hasil daripada cukai yang berkaitan.

Penurunan pegangan
Kesan negatif daripada liberalisasi ekonomi adalah pertamanya penurunan pegangan ekuiti bumiputera daripada 30 peratus kepada 12.5 peratus telah mengurangkan peluang bumiputera untuk terlibat dalam sektor pelaburan di negara sendiri.

Lebih malang lagi apabila pegangan ekuiti asing telah ditingkatkan daripada 49% kepada 70 peratus. Dasar ini seolah-olahnya seperti Najib mahu mewujudkan 1 World bukannya 1 Malaysia. Tun Dr Mahathir Mohamad pun telah memberi respons yang sama apabila beliau menyatakan bahawa Najib mahu menjadi popular.

Najib tidak pun membantu Melayu, Cina atau India. Najib lebih mengutamakan orang asing. Pada tahun 1970 an semasa DEB mahu digubal pegangan asing adalah 63.3 peratus. Sekarang pegangan asing adalah 43.9 peratus. Pegangan ekuiti bumiputera pada tahun 1970 an adalah 2.4 peratus, sekarang 19.4 peratus.

Pada tahun 2009 dasar liberalisasi mahu menetapkan pegangan asing 70 peratus dan bumiputera 12.5 peratus maka sebenarnya kerajaan mahu mengembalikan negara kita ke zaman sebelum DEB digubal. Jika kerajaan mensasarkan 30 peratus pegangan ekuiti bumiputra dalam DEB, bumiputera hanya mampu mencapai 19.4 peratus.

Soalnya berapa peratus pegangan ekuti bumiputra pada tahun 2020 jika kerajaan hanya memperuntukkan 12.5 peratus sahaja ekuti bumiputra dalam dasar liberalisasi ekonomi?

Kesan negatif keduanya kerajaan terlalu bergantung kepada pelaburan asing. Sepatutnya kerajaan membina pelabur-pelabur di kalangan rakyat Malaysia tidak kira apa jua bangsa. Kesetiaan mereka telah dipupuk dari bangku sekolah lagi. Pergantungan kepada pelaburan asing ini menjadikan ekonomi negara kita sangat rapuh.

Tun Mahathir juga menyatakan warga asing tidak setia. Mereka boleh keluar pada bila-bila masa sahaja. Secara logiknya, pelabur-pelabur ini adalah golongan kapitalis-kapitalis yang mementingkan untung semata-mata. Membunuh pesaing dalam ekonomi global adalah menjadi salah satu agendanya. Oleh itu negara kita sangat terdedah kepada perangkap kapitalis ini.

Apakah akan terjadi kepada ekonomi negara kita, jika kapitalis ini berpakat untuk keluar daripada negara kita? Habis madu, sepah dibuang. Yang tinggal hanyalah 25 peratus pelaburan yang terdiri daripada Melayu, Cina dan India sahaja.

Kesan negatif ketiganya, pemansuhan FIC yang ditukar sebahagian peranannya oleh EKUINAS. EKUINAS telah diberi peranan yang banyak dalam meningkatkan bumiputera dalam sektor pelaburan. Modal asas adalah RM500 juta. Dijangka akan meningkat ke pelaburan RM10 bilion. Semasa FIC berperanan dahulu nilai pelaburan bumiputera pernah mencapai RM54 bilion.

Malangnya sekarang tinggal RM2 bilion. Soalnya ke manakah hilangnya RM52 bilion? Warga asing dan bukan bumiputera melabur untuk mendapat keuntungan jangka panjang. Malangnya bumiputera melabur untuk mendapat pulangan jangka pendek. Tawaran ekuiti kepada bumiputera adalah dalam tawaran awal permulaan (IPO). Setelah saham ditawarkan, bumiputera pun membelinya.

Apabila saham meningkat mereka jual saham tersebut. Itulah dia pelaburan jangka pendek. Semasa IPO ditawarkan, kroni-kroni Umno juga yang memperolehi. Sebab mereka rapat dengan pemimpin Umno. Mungkin semasa Perhimpunan Agung Umno banyak duit diperlukan.

Saham ini dijual untuk mendapat pulangan jangka pendek bagi merasuah para pewakilan bagi menjadi pemimpin di semua peringkat. Inilah imej pelaburan Umnoputra.

Sasaran terlalu rendah
Kesan negatif keempat, kerajaan telah menurunkan ekuiti rakyat Malaysia daripada 55 peratus kepada 25 peratus sahaja. Sasaran ini terlalu rendah sekali.

Berdasarkan kepada prestasi pemantauan kerajaan terhadap polisi yang telah digariskan sebelum ini maka tidak mustahil warga asing akan menjadi golongan pemodal yang kaya raya tetapi rakyat Malaysia akan menjadi golongan pekerja yang miskin.

Maka berlakunya jurang yang besar antara pelabur yang menguasai industri dengan pekerjanya yang terdiri daripada rakyat tempatan. Yang paling membimbangkan adalah perbezaan ini boleh membawa kesan tidak stabil dalam sosio-ekonomi dalam negara kita.

Terdapat tiga faktor utama mengapa pelabur datang ke negara kita. Pertamanya sosio-politik yang stabil. Kedua, kurangnya birokrasi dan ketiganya jaminan buruh yang murah dan mahir.

Bagi memenuhi ketiga-tiga faktor ini maka pihak kerajaan perlu menyelesaikan musuh utama negara iaitu rasuah dan salahguna kuasa. Musuh ini akan menyebabkan sosio-politik tidak stabil, birokrasi bertambah dan tenaga mahir tidak dapat dilahirkan.

Soalnya mampukah negara menghadapi rasuah dan salahguna kuasa jika:
1. Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin yang didapati rasuah tetapi masih kekal menjadi Ketua Pemuda Umno Malaysia.
2. Dato' Mohd Ali Rustam boleh menjadi Ketua Menteri Malaka sedangkan beliau terlibat dengan rasuah dalam pemilihan Umno.
3. Kerajaan Pakatan Rakyat di Perak boleh dicabul oleh Perdana Menteri sendiri.
4. Hakim boleh diatur dan dibeli dalam kes video klip VK Linggam.
5. Indeks Rasuah Malaysia semakin meningkat.
6. Bekas-bekas menteri masih tidak didakwa terhadap penglibatannya dalam rasuah.
7. Keraguan terhadap kes kematian Altantuya belum diselesaikan.

Krisis utama
Di sinilah timbul krisis utama iaitu mampukan Kerajaan BN menghadapi krisis ekonomi global ini. Hujah yang menyatakan BN mampu menarik pelaburan di lima koridor adalah dangkal kerana apabila pintu dibuka bukan sahaja ikan seluang akan masuk tetapi jerung pun boleh masuk. Pendek kata orang lemah pun boleh tarik pelaburan jika pintu telah dibuka.

Masalahnya adalah kerajaan BN telah terbukti tidak mampu membebaskan negara ini daripada rasuah dan salahguna kuasa. Ia juga sangat lemah dari segi memantau segala polisi yang telah digariskan. Apa yang sangat membimbangkan adalah jika Dasar Ekonomi Baru (DEB) berhadapan dengan ketirisan dan projek 'Ali-Baba'.

Kita khuatir setelah liberalisasi terlaksana maka timbul satu lagi masalah iaitu projek 'Ali-John',' Ali-Thomson', 'Lim-John' dan 'Sami-John'. Oleh itu dalam mengadapi persaingan global ini kerajaan BN wajib ditumbangkan. Jangan dengar guruh dilangit air di tempayan kita curahkan.

Janganlah demi mencari pelaburan asing, habis ekuiti rakyat kita buangkan. Sebab itulah sebelum air tempayan dibuang oleh BN biar kita tumbangkan BN terlebih dahulu. Biarkan kerajaan Pakatan Rakyat memerintah. Barulah negara akan mampu bersaing dalam ekonomi global." - Suhaizan ialah Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Pusat

Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by AllBlogTools.com Enhanced by MyBloggerTricks.com

Leave a comment

Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.

Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.

Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!

PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).

Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.

Terima kasih.

BAGASI KIRIMAN TERKINI

BAGASI KIRIMAN

PERHATIAN

Tulisan dalam blog ini sebahagian besarnya ialah respons/pendapat/ulasan RINGKAS/SPONTAN saya terhadap pelbagai isu dan perkara yang berlaku di serata negara mahupun di luar negara.

Sebahagiannya pula disalin & ditampal (
semoga dengan izin) dari blog, laman sesawang atau laman berita dari dalam dan dari luar negara. Hak cipta berita, artikel & makalah adalah milik laman sesawang atau blog tersebut.

Seboleh-bolehnya, saya cuba mengelak untuk menyiarkan mana-mana makalah/petikan/gambar tanpa restu pemilik asalnya. Jika mana-mana petikan/tulisan/gambar yang disiarkan dalam blog ini kurang disenangi pemilik asalnya, maka maklumkanlah segera kepada saya (di ruangan komen bahan terbabit) agar petikan/tulisan/gambar tersebut dapat dikeluarkan dengan kadar segera.

Untuk makluman, sebarang petikan, makalah, gambar yang dipetik dari laman berita atau dari blog /laman sesawang atau dari sumber internet yang lain tidak semestinya menggambarkan/mewakili pandangan saya dalam sesuatu isu yang berkaitan.

PENAFIAN:
Semua artikel atau berita yang disiar dalam blog ini adalah untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am. Ketepatan maklumat artikel atau berita itu perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan atau penyebaran maklumat palsu atau fitnah.

-tayadihmaysia@yahoo.com







TERIMA KASIH