Klik "LIKE" Untuk Terima Kemas Kini DCM di Facebook. Klik Butang "LIKE" di Bawah

Powered By | Blog Gadgets Via Blogger Widgets

Rakan DUNIACACAMARBA

Rakan DUNIACACAMARBA

Jadi Rakan TM

Follow tayadihmaysia on Twitter

BAGASI KIRIMAN POPULAR

Iklan & Tawaran

1. Mari sertai ChurpChurp, berinteraksi bersama-sama dengan taulan sambil menjanakan pendapatan, Percuma! Lanjut sila klik di sini.





Advertlet Hutang DCM RM1710

Advertlet Hutang DCM RM1710
Review http://duniacacamarba2.blogspot.com/ on alexa.com

Sponsored Ads

Cerita UG- Kerajaan Perpaduang

Agenda Unity Government (UG). Apa progresnya selepas ketiadaan TGNA?Video lain:1....

Posted by DUNIACACAMARBA on Saturday, October 17, 2015

Selasa, 14 Julai 2009

MENGUJI "PERTIMBANGAN" PENDUDUK MANEK URAI


(Sumber gambar di sini.)

Hari ini merupakan hari penentuan bagi menentukan siapa yang bakal mewakili penduduk Manek Urai, sama ada Abe Uji atau Tuan Aziz, sama ada penjual ikan ataupun bekas pegawai kanan di Kesedar, sama ada wakil PAS atau wakil UMNO, sama ada Pakatan Rakyat atau Barisan Nasional. Selama berlangsungnya tempoh berkempen pelbagai janji manis ditaburkan kepada penduduk. Lebih mengejutkan, ada antara janji manis itu terang-terang berbentuk rasuah dan ugutan politik. Misalnya, kenyataan TPM tentang jambatan baru di Manek Urai.
"Kita boleh bagi (jambatan baru), insya-Allah, tetapi ada syarat. Yang itu senang saja, pangkah saja (BN). Kita nak beritahu semua, mu (kamu) nak lalu sini, mu kena pangkah BN.

"Kalau tidak, esok dia tak dapat jambatan. Nak jambatan, pangkah BN.
"

Namun, yang lebih layak menilai janji-janji manis ini tidak lain tidak bukan ialah penduduk Manek Urai sendiri. Merekalah yang dapat menilai pihak yang benar-benar ikhlas membantu, pihak yang benar-benar mewakili suara penduduk, pihak yang berpegang pada janji dan kata-kata, dan yang paling penting pihak yang sanggup bersama tatkala senang dan susah. Sudah tentu bukan pihak yang gemar menabur janji dan mengharapkan budi pada masa pilihan raya, namun senyap sunyi sesudah pilihan raya.

Dalam hal ini, adakah pihak yang mengugut untuk membina jambatan, pihak yang secara tiba-tiba mengganggap Manek Urai sebagai "kawasan emas" untuk pelbagai projek pertanian, pihak yang menjanjikan kegahan projek itu projek ini, pihak yang menaburkan benih pembangunan di sana pembangunan di sini yang selama ini tidak didengari oleh penduduk Manek Urai yang menjadi pilihan? Mampukah slogan "1Malaysia" menambat hati penduduk Manek Urai?

Ataupun, adakah pihak yang terkenal dengan slogannya "Membangun Bersama Islam" menjadi pilihan penduduk Manek Urai? PAS yang sudah sebati dengan majoriti jiwa penduduk Kelantan sejak 18 tahun yang lalu tidak menjanjikan kemewahan dan kegahan projek seperti yang diuar-uarkan oleh BN. Bagi PAS, cukuplah sekadar penduduk Manek Urai mengimbas kembali susah payah mereka membangunkan kawasan itu pada tahun 1961 yang lalu. Cukuplah sekadar dengan keringat dan keikhlasan mereka berdikit-dikit membantu penduduk setempat. Bak kata peribahasa, "sikit-sikit lama-lama jadi bukit". Dengan sumber kewangan yang terhad, PAS tidak mampu menandingi tawaran yang diberikan oleh BN. Namun, adakah tawaran yang dicemari elemen rasuah, ugutan, dan penghinaan itu yang diburu oleh penduduk Manek Urai? Itulah yang bakal ditentukan pada malam ini.

Kebanyakan pihak menganggap Manek Urai bukanlah kawasan yang mudah dirampas oleh BN. Dengan rekod cemerlang penyandangnya yang lalu, BN dilihat sukar untuk menawan kawasan ini. Namun, dalam politik pelbagai keajaiban bakal berlaku. Mampukah "gula-gula sintetik" BN menawan hati penduduk Manek Urai? Rambangkah mata penduduk Manek Urai dengan "projek mi segera" yang dijalankan? Itulah yang bakal diketahui hari ini.

Justeru, hari ini merupakan hari untuk menguji pertimbangan politik penduduk Manek Urai. Oleh itu, fikir sejenak, buat pertimbangan, dan jadilah manusia yang "bermaruah" apabila memangkah calon idaman kalbu. Peribahasa "sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada guna" wajar dijadikan panduan dan pedoman ketika memangkah kertas undi nanti.

SELAMAT MENGUNDI!

Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by AllBlogTools.com Enhanced by MyBloggerTricks.com

Leave a comment

Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.

Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.

Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!

PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).

Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.

Terima kasih.

BAGASI KIRIMAN TERKINI

BAGASI KIRIMAN

PERHATIAN

Tulisan dalam blog ini sebahagian besarnya ialah respons/pendapat/ulasan RINGKAS/SPONTAN saya terhadap pelbagai isu dan perkara yang berlaku di serata negara mahupun di luar negara.

Sebahagiannya pula disalin & ditampal (
semoga dengan izin) dari blog, laman sesawang atau laman berita dari dalam dan dari luar negara. Hak cipta berita, artikel & makalah adalah milik laman sesawang atau blog tersebut.

Seboleh-bolehnya, saya cuba mengelak untuk menyiarkan mana-mana makalah/petikan/gambar tanpa restu pemilik asalnya. Jika mana-mana petikan/tulisan/gambar yang disiarkan dalam blog ini kurang disenangi pemilik asalnya, maka maklumkanlah segera kepada saya (di ruangan komen bahan terbabit) agar petikan/tulisan/gambar tersebut dapat dikeluarkan dengan kadar segera.

Untuk makluman, sebarang petikan, makalah, gambar yang dipetik dari laman berita atau dari blog /laman sesawang atau dari sumber internet yang lain tidak semestinya menggambarkan/mewakili pandangan saya dalam sesuatu isu yang berkaitan.

PENAFIAN:
Semua artikel atau berita yang disiar dalam blog ini adalah untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am. Ketepatan maklumat artikel atau berita itu perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan atau penyebaran maklumat palsu atau fitnah.

-tayadihmaysia@yahoo.com







TERIMA KASIH