GO TO HELL!
Pertama kali atau mungkin kali kedua saya memaut berita dari Utusan dan berita kali ini pula begitu bermakna, bukan kepada saya tetapi kepada UMNO. Agak terkejut berita ini disiarkan di Utusan kerana kandungannya sedikit banyak mencemarkan imej Kerajaan Pusat yang sering menganaktirikan kerajaan negeri yang dikuasai oleh Pakatan Rakyat.
Saya juga terkejut dengan tajuk yang diberikan, iaitu "Pergi Jahanamlah UMNO" atau dalam bahasa Inggerisnya "Go to Hell UMNO". Dari satu sudut frasa ini agak keras, namun dari satu sudut menggambarkan rasa kekecewaan/kemarahan TG Nik Aziz terhadap apa-apa yang telah berlaku. Frasa ini juga sudah tentu akan dijadikan agenda untuk memburuk-burukkan TG Nik Aziz, terutama kerana statusnya sebagai ulama dan pemimpin utama PAS, namun saya pasti beliau mempunyai alasan dan hujah untuk berbuat demikian terutama apabila kenyataannya untuk berbaik dengan Kerajaan Pusat telah diputar belit untuk kepentingan politik UMNO.
Bagi saya, inilah ketegasan TG terhadap UMNO yang telah sekian lama menzalimi kerajaan negeri yang dikepalainya selama lebih 18 tahun di Kelantan. Inilah suara protes yang selama ini menjadi mangsa ketidakadilan Kerajaan Pusat. Saya tidak mahu menulis panjang tentang ketidakadilan itu, kerana sesiapa yang terbuka benak hatinya akan mengetahui tentang hal itu. Terpulang kepada anda untuk menilainya. Namun, yang pasti inilah modal/cerita yang akan diperkatakan dalam beberapa hari yang mendatang. Inilah juga modal yang membuatkan suara insan-insan yang boleh dipersoal tahap moraliti dan etikanya bergema untuk berbicara tentang moraliti, etika, dan hukum!
[UTUSAN] 27 Julai - ''Salam ini bukan di antara UMNO dengan Pas, tetapi antara kerajaan Kelantan dan Pusat, tak timbul masalah UMNO ini, pergi jahanamlah UMNO.''
Demikian reaksi Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat ketika diminta menjelaskan lebih mendalam mengenai 'salam' yang dihulurkan beliau kelmarin.
Malah, Mursyidul Am Pas itu tetap dengan pendiriannya menolak sebarang perbincangan atau kerjasama dengan UMNO kerana menganggap parti itu telah menyimpang daripada perjuangan Islam.
Beliau berkata, kesediaan untuk bekerjasama disebabkan negara ini mengamalkan sistem persekutuan dan di antara kerajaan negeri atau Pusat mempunyai kewajipan masing-masing.
"Sistem yang diamalkan kita ialah federalisme, bukan kerana apa, Pusat ada kewajipan kepada negeri dan negeri ada kewajipan kepada Pusat.
"Kerana apa nak sekat (peruntukan dan kerjasama), ada menteri sekat pegawainya beri kerjasama dengan kementeriannya, ini bukan menteri," katanya kepada pemberita selepas melawat Taman Ternakan sempena Hari Peladang peringkat di sini hari ini.
Beliau diminta mengulas pandangan pelbagai pihak terhadap kenyataannya sebelum ini yang mahukan sebarang sengketa di antara kerajaan negeri dan Pusat diselesaikan demi kepentingan rakyat.
Kenyataan itu juga disambut baik oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mengalu-alukan kesediaan Nik Abdul Aziz untuk menjalin hubungan baik dengan Kerajaan Pusat.
Nada Nik Aziz amat berbeza dengan kenyataannya pada kempen Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai yang menyamakan UMNO sebagai tunjang utama kepada Barisan Nasional (BN) dengan ajaran sesat Ayah Pin dan pengganas komunis, Chin Peng.
Dalam pada itu, Nik Abdul Aziz turut mempertikaikan tindakan Kerajaan Pusat yang tidak menyalurkan terus peruntukan kepada kerajaan negeri untuk membangunkan negeri ini kerana ia jelas melanggar Perlembagaan.
"Memang tidak ada dalam Perlembagaan, negeri pembangkang dihalang oleh Pusat, apa kata kalau parti lain kuasai Pusat.
"Kami juga buat Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) dan halang peruntukan, tujuan apa tak bagi duit terus kepada kerajaan," jelasnya.
Katanya lagi, walau apa sekali pun, Kerajaan Pusat perlu membantu kerajaan negeri kerana ia termaktub dalam Perlembagaan di bawah sistem federalisme.
"Negeri ini bukan hak UMNO, kalau tak bantu, dia kena bantu negeri ini bukan dengan sukarela, tetapi dengan Perlembagaan.
"Kalau tak buat kita gulinglah. Pandailah kita guling, misal yang selalu saya kata, nak pergi ke Kuala Krai, tapi pemandu bawa bas ke Terengganu. Adakah boleh dengan riuh rendah sahaja. Kita kena tolak pemandu ambil stereng dan pandailah kita buat," katanya.
Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.