Klik "LIKE" Untuk Terima Kemas Kini DCM di Facebook. Klik Butang "LIKE" di Bawah

Powered By | Blog Gadgets Via Blogger Widgets

Rakan DUNIACACAMARBA

Rakan DUNIACACAMARBA

Jadi Rakan TM

Follow tayadihmaysia on Twitter

BAGASI KIRIMAN POPULAR

Iklan & Tawaran

1. Mari sertai ChurpChurp, berinteraksi bersama-sama dengan taulan sambil menjanakan pendapatan, Percuma! Lanjut sila klik di sini.





Advertlet Hutang DCM RM1710

Advertlet Hutang DCM RM1710
Review http://duniacacamarba2.blogspot.com/ on alexa.com

Sponsored Ads

Cerita UG- Kerajaan Perpaduang

Agenda Unity Government (UG). Apa progresnya selepas ketiadaan TGNA?Video lain:1....

Posted by DUNIACACAMARBA on Saturday, October 17, 2015

, ,

Isnin, 13 Julai 2009

BUKANKAH INI RASUAH PILIHAN RAYA?


(Sumber gambar di sini.)

Malang apabila pembangunan yang sepatutnya menjadi kewajiban pemerintah dijadikan "gula-gula sintetik pilihan raya". Inilah yang berlaku setiap kali berlansungnya pilihan raya. Tidak kiralah status pilihan raya tersebut, sama ada pilihan raya kecil atau pun pilihan raya umum. Ada yang berjanji itu...berjanji ini. Dalam hal ini, saya juga tidak menafikan pembabitan pembangkang dalam perkara yang diutarakan.
Biarpun begitu, ada perbezaan apabila janji-janji seumpama itu diucapkan oleh "orang yang tidak mempunyai kuasa" dengan "orang yang mempunyai kuasa untuk berbuat demikian". Mengapa perlu tunggu pilihan raya untuk berbuat itu, berbuat ini? Itulah perbezaannya.

Persoalannya, perlukah kemudahan untuk rakyat dijadikan "umpan" pilihan raya?
Lebih menyedihkan apabila pemerintah yang sememangnya mempunyai kuasa dan berkewajiban untuk membangunkan semua kawasan di negara ini tanpa batasan fahaman politik berbuat demikian. Bayangkan sedang asyik anda mendengar janji-janji manis pihak yang bertanding, tiba-tiba terdengar kalimah ini:

"Kita boleh bagi (jambatan baru), insya-Allah, tetapi ada syarat. Yang itu senang saja, pangkah saja (BN). Kita nak beritahu semua, mu (kamu) nak lalu sini, mu kena pangkah BN.

"Kalau tidak, esok dia tak dapat jambatan. Nak jambatan, pangkah BN.
"
Tidakkah anda berasa terhina? Walaupun bukan penduduk Manek Urai, saya berasa amat terhina? Bukankah kita "raja" yang memilih orang-orang ini untuk memberikan khidmat kepada kita? Bagaimana kalau pihak yang memberikan "syarat" ini tewas dalam pilihan raya di kawasan ini sampai bila-bila? Sudah tentu penduduk di Manek Urai kempunan jambatan itu selama-lamanya juga. Duit siapakah yang digunakan untuk membangunkan negara ini? Bukankah kita ada "syer" dalam perbelanjaan membangunkan negara ini? Wajarkah pemimpin yang memegang amanah yang diberikan oleh rakyat berkata demikian? Bukankah ini suatu ugutan? Bukankah ini suatu rasuah? Yang pasti, kenyataan ini mengiyakan peranan kerajaan persekutuan yang menganaktirikan penduduk Kelantan selama 18 tahun di perintah oleh PAS. Kenyataan ini juga mengiyakan kenyataan TG Datuk Nik Aziz Nik Mat selama ini. Pencinta Kerajaan Perpaduan wajar "membuka mata dan telinga".

Wahai penduduk Manek Urai dan seantero negara: Inikah parti yang mahu anda pilih untuk mewakili nasib anda pada masa hadapan? Inikah pemimpin yang mahu anda harap untuk membela nasib anda dan keluarga anda? Fikir sejenak, buat keputusan.

Berita Berkaitan:

"TPM: Undi BN dapat jambatan baru

[MALAYSIA KINI] 12 Julai - Kerajaan pusat menawarkan untuk membina jambatan baru yang dianggar berharga RM7 juta hingga RM10 juta, sekiranya pengundi memilih BN dalam pilihanraya kecil DUN Manek Urai Selasa ini. NONETawaran untuk membina jambatan baru di Manek Urai Lama itu, dibuat Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga presiden Umno petang tadi. Bagaimanapun, katanya, ia hanya akan dibina sekiranya pengundi DUN tersebut memilih calon BN Tuan Aziz Tuan Mat. "Kita boleh bagi (jambatan baru), insya-Allah, tetapi ada syarat. Yang itu senang saja, pangkah saja (BN). Kita nak beritahu semua, mu (kamu) nak lalu sini, mu kena pangkah BN.

"Kalau tidak, esok dia tak dapat jambatan. Nak jambatan, pangkah BN
," katanya di hadapan 200 penyokong BN petang tadi. Muhyiddin berkata demikian di majlis pemimpin bersama rakyat di sebuah sekolah di Manek Urai Lama. Selain Tuan Aziz, turut hadir ialah Timbalan Menteri Kewangan II, Datuk Dr Awang Adek dan Pengerusi Umno Kelantan, Datuk Mustapha Mohamad...."

Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by AllBlogTools.com Enhanced by MyBloggerTricks.com

Leave a comment

Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.

Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.

Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!

PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).

Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.

Terima kasih.

BAGASI KIRIMAN TERKINI

BAGASI KIRIMAN

PERHATIAN

Tulisan dalam blog ini sebahagian besarnya ialah respons/pendapat/ulasan RINGKAS/SPONTAN saya terhadap pelbagai isu dan perkara yang berlaku di serata negara mahupun di luar negara.

Sebahagiannya pula disalin & ditampal (
semoga dengan izin) dari blog, laman sesawang atau laman berita dari dalam dan dari luar negara. Hak cipta berita, artikel & makalah adalah milik laman sesawang atau blog tersebut.

Seboleh-bolehnya, saya cuba mengelak untuk menyiarkan mana-mana makalah/petikan/gambar tanpa restu pemilik asalnya. Jika mana-mana petikan/tulisan/gambar yang disiarkan dalam blog ini kurang disenangi pemilik asalnya, maka maklumkanlah segera kepada saya (di ruangan komen bahan terbabit) agar petikan/tulisan/gambar tersebut dapat dikeluarkan dengan kadar segera.

Untuk makluman, sebarang petikan, makalah, gambar yang dipetik dari laman berita atau dari blog /laman sesawang atau dari sumber internet yang lain tidak semestinya menggambarkan/mewakili pandangan saya dalam sesuatu isu yang berkaitan.

PENAFIAN:
Semua artikel atau berita yang disiar dalam blog ini adalah untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am. Ketepatan maklumat artikel atau berita itu perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan atau penyebaran maklumat palsu atau fitnah.

-tayadihmaysia@yahoo.com







TERIMA KASIH