Klik "LIKE" Untuk Terima Kemas Kini DCM di Facebook. Klik Butang "LIKE" di Bawah

Powered By | Blog Gadgets Via Blogger Widgets

Rakan DUNIACACAMARBA

Rakan DUNIACACAMARBA

Jadi Rakan TM

Follow tayadihmaysia on Twitter

BAGASI KIRIMAN POPULAR

Iklan & Tawaran

1. Mari sertai ChurpChurp, berinteraksi bersama-sama dengan taulan sambil menjanakan pendapatan, Percuma! Lanjut sila klik di sini.





Advertlet Hutang DCM RM1710

Advertlet Hutang DCM RM1710
Review http://duniacacamarba2.blogspot.com/ on alexa.com

Sponsored Ads

Cerita UG- Kerajaan Perpaduang

Agenda Unity Government (UG). Apa progresnya selepas ketiadaan TGNA?Video lain:1....

Posted by DUNIACACAMARBA on Saturday, October 17, 2015

, , ,

Rabu, 1 Julai 2009

KERANA BABI, DAP KEDAH KELUAR PAKATAN!


Tindakan DAP Kedah yang bertindak keluar daripada Pakatan Rakyat kerana mempertahankan kilang pemprosesan babi yang dijalankan secara haram adalah suatu tindakan kurang cerdik tatkala Pakatan Rakyat bakal berhadapan dengan pilihan raya kecil di Manek Urai. Walaupun Manek Urai merupakan kawasan Melayu, namun perbalahan yang boleh diselesaikan secara perbincangan tertutup itu boleh mencetuskan persepsi negatif dalam kalangan rakyat. Hal ini sudah tentulah memberikan kelebihan kepada BN untuk memanupulasikan isu kesepakatan parti dalam Pakatan Rakyat itu dalam kempen pilihan raya tersebut.

Yang mencetuskan persoalan ialah mengapa Pengerusi DAP Kedah/Perlis Thomas Su memberikan kenyataan di media (berdasarkan laporan tv) bahawa kerajaan PAS di Kedah hanya mementingkan orang Melayu berbanding dengan kaum minoriti yang lain. Tanpa merujuk kepada fakta, saya yakin kerajaan PAS yang berpegang pada slogan "PAS For All" tidak sejahil itu dalam mentadbirkan sesebuah negeri.Menurut laporan The Malaysian Insider:

"Sebelum ini, isu pusat ini telah hangat dibahaskan di Kedah kerana sisa pusat ini telah dibuang ke dalam tong sampah yang sama dengan buangan lain.

Najis dan bahan buangan juga ada yang dibuang ke dalam sungai berdekatan menyebabkan orang Melayu yang tinggal berdekatan dan turut ke pasar ini membuat bantahan.

MBAS telah mengarahkan pusat ini ditutup. Namun, persatuan telah membuat rayuan kepada Menteri Besar Kedah agar mereka diberikan tempoh sebulan untuk mendapatkan tempat yang baru.

Hasilnya, MB Azizan telah menghantar surat kepada MBAS agar memenuhi rayuan ini dan memberikan mereka tempoh hingga 30 Jun."


Janganlah hanya kerana tindakan majlis perbandaran itu, habis usaha murni kerajaan negeri membela nasib semua kaum terpadam begitu sahaja dari pandangan pemimpin DAP. Walhal tindakan yang diambil bukan terhadap kilang yang beroperasi secara sah, namun kilang yang beroperasi secara haram. Bahkan menurut Setiausaha Akhbar MB Kedah, Helmi Khalid, satu kawasan baru telah dikenal pasti untuk dijadikan tempat penyembelihan babi, iaitu di satu kawasan dalam Kampung Cina, Pendang.

Cara DAP Kedah menangani ini juga mencetuskan tanda tanya, kerana hanya mempertahankan kilang pemprosesan haram itu tanpa memikirkan kesan yang dihadapi oleh alam sekitar. Bagaimana pula sensitiviti ratusan atau ribuan penduduk sekitar yang tinggal berhampiran dengan kilang itu? Bukankah sudah 30 tahun mereka menghidu bau busuk? Bukankah DAP sebagai parti berbilang kaum perlu melihat perkara ini dengan lebih luas dan bukan hanya mementingkan kepentingan kaum majoriti yang menganggotai parti tersebut.

Bukankah lebih baik menasihati pemilik kilang tersebut yang terang-terang beroperasi secara haram sejak 30 tahun lalu untuk mencari lokasi baru. Memanglah tempoh satu bulan yang diberi agak pendek, namun dalam tempoh 30 tahun kilang ini beroperasi secara haram tidakkah pernah kilang ini dikenakan tindakan atau amaran daripada pihak berkuasa. Jika pemilik kilang ini benar-benar prihatin dan mahu menjaga kepentingan bersama, saya yakin mereka telah pun berpindah dan memohon lesen secara sah untuk beroperasi. Justeru, tindakan DAP hanya mempertahankan kilang ini seolah-olah memperlihatkan parti tersebut hanya mempertahankan perkara yang bersangkut paut dengan kaum minoriti dan tidak memikirkan sensitiviti dan kepentingan kaum lain.

Kepada PAS dan DAP janganlah bertindak pendek akal, kerana BN yang kian rapuh dan goyah ini akan mempergunakan isu ini untuk menawan semula negeri tersebut. Janganlah terlalu yakin negeri yang sudah ditawan itu akan berkekalan di tangan mereka sampai bila-bila. Justeru, setiap isu yang timbul wajar ditangani secara bijaksana. Janganlah setiap gerak geri itu dipandu oleh emosi dan tindakan terburu-buru kerana yang rugi kelak bukan BN tetapi Pakatan Rakyat! Tampaknya, babi bukan sahaja mencetus kegemparan dalam bidang perubatan, namun turut mencetus perbalahan politik di negara ini.(Dikemas kini)


Berita Berkaitan:

(MALAYSIA KINI)DAP Kedah memutuskan untuk keluar dari gabungan Pakatan Rakyat negeri itu kerana membantah tindakan kerajaan negeri merobohkan satu-satunya pusat penyembelihan babi di Alor Star.

Sebelum itu, pada jam 3.30 petang petugas Majlis Bandaraya Alor Star menjalankan operasi merobohkan pusat penyembelihan tersebut.

Berikutan itu, Pengerusi DAP Kedah/Perlis, Thomas Su dan penyokongnya cuba menghalang operasi tersebut tetapi tidak berjaya.

DAP negeri kemudiannya mengadakan satu mesyuarat tergempar untuk membincangkan insiden tersebut.

Dan pada kira-kira jam 5 petang tadi, Thomas mengumumkan keputusan DAP Kedah/Perlis untuk keluar dari Pakatan Rakyat.

Sementara itu, difahamkan ibupejabat DAP di ibungara akan mengadakan mesyaurat tergempar esok untuk membincangkan perkara tersebut
."


* Babi: DAP Kedah bertindak terburu-buru
* Marah kerajaan negeri: DAP keluar Pakatan Rakyat Kedah

Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by AllBlogTools.com Enhanced by MyBloggerTricks.com

Leave a comment

Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.

Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.

Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!

PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).

Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.

Terima kasih.

BAGASI KIRIMAN TERKINI

BAGASI KIRIMAN

PERHATIAN

Tulisan dalam blog ini sebahagian besarnya ialah respons/pendapat/ulasan RINGKAS/SPONTAN saya terhadap pelbagai isu dan perkara yang berlaku di serata negara mahupun di luar negara.

Sebahagiannya pula disalin & ditampal (
semoga dengan izin) dari blog, laman sesawang atau laman berita dari dalam dan dari luar negara. Hak cipta berita, artikel & makalah adalah milik laman sesawang atau blog tersebut.

Seboleh-bolehnya, saya cuba mengelak untuk menyiarkan mana-mana makalah/petikan/gambar tanpa restu pemilik asalnya. Jika mana-mana petikan/tulisan/gambar yang disiarkan dalam blog ini kurang disenangi pemilik asalnya, maka maklumkanlah segera kepada saya (di ruangan komen bahan terbabit) agar petikan/tulisan/gambar tersebut dapat dikeluarkan dengan kadar segera.

Untuk makluman, sebarang petikan, makalah, gambar yang dipetik dari laman berita atau dari blog /laman sesawang atau dari sumber internet yang lain tidak semestinya menggambarkan/mewakili pandangan saya dalam sesuatu isu yang berkaitan.

PENAFIAN:
Semua artikel atau berita yang disiar dalam blog ini adalah untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am. Ketepatan maklumat artikel atau berita itu perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan atau penyebaran maklumat palsu atau fitnah.

-tayadihmaysia@yahoo.com







TERIMA KASIH