ISLAM HANYA DI ATAS KERTAS
Benar, UMNO ditubuhkan untuk menjaga kepentingan bangsa dan agama. Benarlah juga petikan Perlembagaan parti itu. Namun persoalannya, bagaimana pula dari segi pelaksanaannya? Sudah 52 tahun berlalu. Mengapa parti itu bersikap selektif apabila menyentuh tentang agama? Lihat sahaja aurat isteri-isteri pemimpin UMNO, lihat sahaja perilaku pemimpin yang terlibat dalam rasuah dan pelbagai salah laku yang lain. Bagaimana dengan nasib Hudud? Lihat sahaja nasib SAR (sekolah agama rakyat), lihat sana...lihat sini...dll."Muhyiddin cabar PAS buktikan Umno tidak perjuang Islam[MSTAR]: Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mencabar PAS supaya membuktikan semasa pilihan raya kecil Manik Urai bahawa UMNO tidak memperjuangkan Islam selama parti itu memerintah negara.
Muhyiddin, yang juga Timbalan Presiden UMNO, berkata parti itu yang ditubuhkan pada 11 Mei 1946 terlebih dahulu memperjuangkan syiar Islam daripada PAS dengan memperjuangkan kemerdekaan negara yang juga tuntutan fardu kifayah."Kalau dilihat dalam Perlembagaan UMNO salah satunya adalah untuk menegakkan syiar Islam," katanya ketika berucap kepada penduduk kawasan Manik Urai Lama pada hari ketiga kempen pilihan raya kecil Manik Urai di sini malam ini.Fasal 3 Perlembagaan UMNO menyebut mengenai asas dan tujuan penubuhan UMNO yang antara lain, "menegak, mempertahan dan mengembangkan Islam, agama rasmi negara serta menghormati prinsip kebangsaan beragama".
Namun, dalam pada masa yang sama saya tidak menafikan peranan UMNO melalui kerajaan BN dalam usaha menubuhkan institusi berasaskan Islam, sistem kewangan Islam, program keagamaan dan sebagainya. Namun, mengapa perlu selektif? Islam itu syumul. Oleh itu, pelaksanaannya perlulah syumul juga. Mengapa perlu tolak itu, tolak ini. Mengapa perlu pemisahan antara agama dengan politik, pentadbiran, dll?
Kesimpulannya, sebahagian besar usaha melaksanakan hukum, usaha menyebarkan syiar Islam, usaha memartabatkan agama, usaha mempertahankan agama masih lagi di atas kertas. Hanya boleh dibangga-banggakan apabila dibaca di depan khalayak.
Jika UMNO benar-benar perjuangkan Islam, ayuh suruh PM berdebat dengan TG Nik Aziz agar isu ini tidak timbul lagi pada masa akan datang. Biar terbuka mata dan minda orang Islam khususnya orang Melayu tentang hal ini. Bagaimana?
Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.