BERSEDIAKAH PAKATAN RAKYAT MENGHADAPI PILIHAN RAYA SEKALI LAGI
Terkini diberitakan bahawa Ahli Dewan Undangan Negeri Pakatan Rakyat (PAS) bagi DUN Permatang Pasir, Pulau Pinang, Dato' Hj. Mohd. Hamdan Abd.Rahman telah kembali ke rahmatullah di IJN KL pagi ini.
Allahyarham telah memenangi DUN Permatang Pasir pada pilihanraya 2004 dan 2008. Di dalam PRU 2004, Allahyarham dari PAS mengalahkan Md.Isa Ramli dari BN dengan majoriti 679 undi dan pada PRU 2008, Allahyarham Datuk Hamdan mengalahkan calon BN, Ahmad Sahar Suhaib dengan majoriti 5,433 undi.
Menurut amalan biasa dan mengikut Akta SPR pilihan raya akan diadakan dalam tempoh 60 hari apabila berlaku kekosongan di mana-mana kerusi DUN atau Parlimen.
Berdasarkan keputusan pilihan raya umum yang lalu UMNO BN memperoleh 5 571 undi berbanding PAS PR yang memperoleh 11 004 undi.
Persoalannya, mampukah Pakatan Rakyat menghadapi satu lagi pilihan raya kecil selepas hanya menang tipis di Manek Urai baru-baru ini? Apakah yang akan dikorbankan oleh BN untuk memenangi undi rakyat di Permatang Pasir? Mampukah isu Kampung Pala memberikan kesan di Permatang Pasir? Bagaimana pula pergolakan dalaman PAS memberikan kesan dalam pilihan raya kali ini?
Justeru, sambil memikirkan persoalan-persoalan tersebut, marilah kita mendoakan kesejahteraan Allahyarham, semoga beliau ditempatkan dalam kalangan orang beriman.
Al-fatihah....
Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.