Klik "LIKE" Untuk Terima Kemas Kini DCM di Facebook. Klik Butang "LIKE" di Bawah

Powered By | Blog Gadgets Via Blogger Widgets

Rakan DUNIACACAMARBA

Rakan DUNIACACAMARBA

Jadi Rakan TM

Follow tayadihmaysia on Twitter

BAGASI KIRIMAN POPULAR

Iklan & Tawaran

1. Mari sertai ChurpChurp, berinteraksi bersama-sama dengan taulan sambil menjanakan pendapatan, Percuma! Lanjut sila klik di sini.





Advertlet Hutang DCM RM1710

Advertlet Hutang DCM RM1710
Review http://duniacacamarba2.blogspot.com/ on alexa.com

Sponsored Ads

Cerita UG- Kerajaan Perpaduang

Agenda Unity Government (UG). Apa progresnya selepas ketiadaan TGNA?Video lain:1....

Posted by DUNIACACAMARBA on Saturday, October 17, 2015

,

Ahad, 12 Julai 2009

INIKAH BUDAYA PEMIMPIN UMNO?


(Ilustrasi: Repoter Blog)
1. Ajak Debat:

"Royalti: Husam ajak Mustapa debat

[HARAKAH] 11 Julai - Nampaknya pemimpin Umno sah terperangkap dengan isu royalti apabila cuba mengalihkan pula kepada Petronas bagi menjelaskan keadaan sebenar kepada rakyat Kelantan.
Petronas seakan-akan menjadi kambing hitam memikul tanggungjawab tersebut. Sedangkan segala keputusan terpikul di atas bahu Perdana Menteri.
Maka mengambil kira polemik tersebut anggota Exco kerajaan negeri, Dato' Husam Musa mencabar Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Dato' Mustapa Mohamed berdebat mengenai isu royalti.
"Setakat yang kita dapati hujah undang-undang dan dokumen menyebelahi Kelantan.
"Sebab itulah kita cadangkan diadakan satu forum (debat) di Manek Urai, di mana Dato' Mustapa Mohamed mewakili kerajaan Malaysia dan Petronas dan saya mewakili kerajaan Kelantan," katanya ketika ditemui pada program Cakna Keluarga di sini petang tadi...."
Yang Berlaku:
"Tak perlu nak debat

[HARIAN METRO] 11 Julai- Kerajaan tidak akan melayan sebarang permintaan termasuk cadangan parti pembangkang untuk mengadakan forum terbuka bagi membincangkan isu berkaitan royalti minyak.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata penjelasan muktamad mengenai isu berkenaan akan diumumkan Petronas hari ini dan tidak perlu diperdebatkan.

“Saya tidak fikir perlu ada forum. Yang penting bagaimana saya jelaskan dua hari lalu mengenai penjelasan muktamad oleh Petronas. Kita harap hari ini (semalam) atau esok.

“Dia (Petronas) akan memberikan penerangan mengenai kedudukan sebenarnya. Perkara seperti ini tidak perlu nak debat,” katanya pada sidang media di Kampung Temalir di sini, semalam.

Muhyiddin berkata, cadangan debat membabitkan tiga penjuru termasuk Petronas, Pas dan Umno tidak perlu kerana fakta mengenainya akan diperjelaskan secara terperinci.“Kawasan itu (minyak) membabitkan kawasan bertindih berdasarkan lunas undang-undang yang sedia ada. Kita tidak boleh nak cabar perkara itu. Nak dijadikan debat hanya untuk meraih simpati politik.

“Ini bagi saya seolah-olah sudah ‘bankrap’ dengan idea. Tidak ada apa-apa lagi, kita nak debat. Nak debat itu, debat ini. Bagi saya tidak berfaedah. Yang penting kita beri penjelasan,” katanya...."

2. Ajak Debat:
"Dr Mujahid berdebat dengan Khairy petang ini
[HARAKAH] 11 Julai - Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr Mujahid Yusuf Rawa akan berdebat dengan Ketua Pergerakan Pemuda Umno Malaysia, Khairy Jamaludin dan Yang Dipertua Majlis Agama Islam Pulau Pinang (Maipp), Shabudin Yahya mengenai 'Wacana Minda Perpaduan Ummah' di Komplek Masyarakat Penyayang, Jalan Utama berdekatan Hospital Besar Pulau Pinang mulai jam 2.00 petang ini.

Program anjuran Umno Bahagian Tanjung itu dibuat untuk menghurai beberapa masalah yang berlaku di negara selain mendapat pandangan daripada berbagai pihak termasuk PAS yang dikatakan mempunyai banyak formula untuk tanganinya. Penduduk dan sesiapa yang berminat boleh hadir untuk mengikuti debat berkenaan."
Yang Berlaku:
"Debat bersama Dr Mujahid, Khairy menghilangkan diri

[HARAKAH] 11 Julai - Bagai menanti buah yang tak akan gugur, ramai di kalangan yang hadir di Kompleks Masyarakat Penyayang petang tadi ternyata kecewa apabila Ketua Pergerakan Pemuda Umno Malaysia, Khairy Jamaludin tidak hadir dalam debat bersama Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr Mujahid Yusuf Rawa. "Takut dengan bayang-bayang sendiri," demikian antara tanggapan orang ramai yang hadir pada petang tadi apabila dimaklumkan ketiadaan Ketua Pemuda Umno itu.
Sebaliknya, tempatnya diambil oleh Pengerusi Biro Agama, Pergerakan Pemuda Umno Malaysia,Afendi Yusuf dalam debat yang berlangsung jam 2 petang tadi.

Selain Khairy, Yang Dipertua Majlis Agama Islam Pulau Pinang (Maipp), Shabudin Yahya juga tidak hadir dalam debat yang mengulas isu; 'Wacana Minda Perpaduan Ummah'...."
Terdahulu:
Sebelum ini, TG Datuk Nik Aziz Nik Mat juga ada mempelawa Datuk Seri Najib Tun Razak untuk berdebat tentang isu-isu yang menjadi polemik antara kedua-dua buah parti. Walau bagaimanapun, belum sempat disahut oleh PM, pelbagai pihak telah "menjawab" pelawaan TG Nik Aziz dengan nada seperti pahlawan yang takut untuk ke medan perang. Akhirnya, PM turut juga menjawab pelawaan TG itu dengan nada yang sama.


Tidak beberapa lama sebelum itu juga, Datuk Husam Musa ada mencabar Datuk Zahid Hamidi berdebat/berhujah tentang isu politik wang. Namun, debat yang sepatutnya diadakan dalam program Hujah di Tv9 itu tidak menjadi kenyataan apabila Zahid menarik diri pada saat-saat akhir. Biarpun begitu, Husam masih menaruh harapan untuk berdebat dengan Zahid pada tarikh dan waktu yang lain. Sehingga kini, beliau masih menanti sahutan daripada Menteri Pertahanan tersebut.

Jika beginilah pendekatan yang diambil oleh pemimpin BN, saya khuatir pelbagai isu yang ditimbulkan hanya akan mencetuskan pelbagai spekulasi tanpa ada sebarang jalan penyelesaian. Sebelah pihak "menuduh", sebelah pihak lagi "menafikan". Apabila diajak untuk "berhujah", sebelah pihak lagi "melarikan diri". Walhal di negara-negara lain, debat dijadikan paltform terbaik pemimpin untuk menyatakan pendirian/menjelaskan kebenaran tentang sesuatu isu.


Memang benar debat tidak dapat menyelesaikan masalah seperti yang dilaung-laungkan oleh pemimpin UMNO, namun debat dapat memberikan gambaran kepada rakyat tentang kebenaran sesuatu perkara/polemik yang menimbulkan kekeliruan. Melalui hujah yang diutarakan, rakyat dapat menilai siapa yang benar, siapa yang salah.


Kesimpulannya, bapa borek, anak rintik. Jika "bapa"nya begitu, apa beza "anak-anak"nya? Ke mana tumpahnya kuah, kalau tidak ke nasi?




Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by AllBlogTools.com Enhanced by MyBloggerTricks.com

Leave a comment

Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.

Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.

Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!

PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).

Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.

Terima kasih.

BAGASI KIRIMAN TERKINI

BAGASI KIRIMAN

PERHATIAN

Tulisan dalam blog ini sebahagian besarnya ialah respons/pendapat/ulasan RINGKAS/SPONTAN saya terhadap pelbagai isu dan perkara yang berlaku di serata negara mahupun di luar negara.

Sebahagiannya pula disalin & ditampal (
semoga dengan izin) dari blog, laman sesawang atau laman berita dari dalam dan dari luar negara. Hak cipta berita, artikel & makalah adalah milik laman sesawang atau blog tersebut.

Seboleh-bolehnya, saya cuba mengelak untuk menyiarkan mana-mana makalah/petikan/gambar tanpa restu pemilik asalnya. Jika mana-mana petikan/tulisan/gambar yang disiarkan dalam blog ini kurang disenangi pemilik asalnya, maka maklumkanlah segera kepada saya (di ruangan komen bahan terbabit) agar petikan/tulisan/gambar tersebut dapat dikeluarkan dengan kadar segera.

Untuk makluman, sebarang petikan, makalah, gambar yang dipetik dari laman berita atau dari blog /laman sesawang atau dari sumber internet yang lain tidak semestinya menggambarkan/mewakili pandangan saya dalam sesuatu isu yang berkaitan.

PENAFIAN:
Semua artikel atau berita yang disiar dalam blog ini adalah untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am. Ketepatan maklumat artikel atau berita itu perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan atau penyebaran maklumat palsu atau fitnah.

-tayadihmaysia@yahoo.com







TERIMA KASIH