Awas, 3 Produk Farmaseutikal Ada DNA KHINZIR! Apa yang BODOH Fasal Berita Ini?
[BH] KUALA LUMPUR: Kajian Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi terhadap 15 sampel produk farmaseutikal tempatan yang dibungkus dengan kapsul gelatin yang diambil secara rambang dari pasaran mendapati tiga daripada produk itu positif DNA khinzir.
Kehadiran DNA itu dikesan menggunakan kit diagnosis yang dibangunkan sebuah syarikat multinasional tempatan menerusi projek perintis bersama kementerian berkenaan, baru-baru ini, dalam usaha membangunkan produk standard halal di Malaysia.
“Kajian menggunakan kaedah bioteknologi terkini itu menunjukkan 15 peratus produk yang dibungkus dengan kapsul gelatin di negara ini disyaki diperoleh dari sumber khinzir.
“Oleh itu, umat Islam perlu berhati-hati menggunakan produk farmaseutikal dan memilih yang mempunyai logo halal bagi mengelakkan mereka terpedaya,” kata Timbalan Menterinya, Datuk Fadillah Yusof yang dihubungi, semalam.
Fadillah berkata, tindakan boleh diambil terhadap mereka yang menjual produk tidak halal menggunakan logo halal.
“Bila kami bangunkan standard halal, ia berasaskan kepada sukarela, mana-mana syarikat yang mahu memasarkan produk mereka sebagai produk halal, mereka perlu patuh garis panduan dan syarat yang ditetapkan.
“Kalau mereka tidak letak tanda halal, kami tidak boleh ambil tindakan, terpulang kepada pengguna Islam yang prihatin untuk membeli produk halal dengan logo halal,” katanya.
Fadillah berkata, kerajaan sedang berusaha untuk menjadikan Malaysia hab halal global bagi pengeluaran dan perdagangan barangan dan perkhidmatan menjelang 2020.
Sehubungan itu, katanya, pelbagai langkah dilakukan bagi merealisasikan hasrat itu, termasuk memperkenalkan Standard Malaysia – MS 2424:2020 (P): Farmaseutikal Halal: Garis Panduan Umum, iaitu garis panduan umum pertama diperbadankan di dunia untuk farmaseutikal halal...............
Bayangkan, berita ini menyatakan amaran bahawa tiga produk farmaseutikal disahkan mengandungi DNA babi, namun berita ini tidak memerincikan produk tersebut. Ubat apa? Jenama apa? Bukankah lebih baik berita ini tidak disiarkan!
Cuba baca frasa/ayat berita yang saya hitamkan. Macam mana Malaysia mahu jadi hab halal sedangkan, dalam kes ini, tiada ketegasan dalam soal halal.
Jangan marah kalau saya kata, orang Islam di Malaysia ini mungkin pernah makan suatu yang mempunyai unsur khinzir. Setuju?


You read my mine bro.... aku selalu gak ulang benda yang sama... apa motif berita kalau takde isi....
"Woi manusia! Ada benda haram jual dipasaran. Mana satu? LU CARIK SENDIRI LA!"
Mana syarikat-syarikat ni tak naik tocang. Macam kedai makan gfak la....