Memoir Che Det Jadi "Nyawa" Ummi Hafilda?
DSAI dan Ku Li menolak kebenaran dalam memoir ini. Jika DSAI menolaknya, mungkin ada yang tidak hairan, namun Ku Li juga menolak. Kata Ku Li, beliau tiada wang untuk politik wang, dan beliau tidak mempunyai kroni. Yang paling menarik, beliau berkata bahawa beliau tidak pernah mencuri dan menipu. Curi apa? Tipu siapa? Saya rasa orang UMCO tentu faham, tambah-tambah kalau tanya tentang saham RM54 bilion yang sepatutnya digaihkan kepada orang Bumiputera.
Biarpun begitu, Ummi Hafilda yang diberi mesej oleh saudara kandungnya "Tak takut neraka ker" mendakwa dengan bangganya bahawa memoir Che Det ini bukti bahawa dia tidak memfitnah DSAI. Butirannya bolehlah anda baca laporan UM di atas.
Jika begitu, andai kata ada pihak yang mahu mengambil tindakan undang-undang maka sudah tentu buku ini akan dibawa ke mahkamah. Bukan itu sahaja, penulisnya juga turut diundang ke mahkamah. Soalnya, beranikah Che Det ke mahkamah sedangkan terbukti dalam Drama Liwat I dahulu Che Det mengelak ke mahkamah.
Jadi ada baiknya DSAI dan geng menyahut cabaran Che Det dan anak-beranak serta konco-konco Drama Liwat I termasuk Ummi yang menyabar DSAI menyaman mereka walaupun kes saman dahulu terhadap sebilangan mereka masih lagi dibicarakan walaupun sudah berbelas tahun berlalu.
P/s: Semakin menjadi-jadi Ummi, bila mahu saman jurublog PR yang dia heboh-hebohkan sedikit masa lalu?
P/s: Semakin menjadi-jadi Ummi, bila mahu saman jurublog PR yang dia heboh-hebohkan sedikit masa lalu?
* Jurublog: Anda berminat dengan artikel ini? Ambillah, tampallah, namun berilah kredit kepada blog ini. Terima kasih.


Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.