Ucapan YB Saifuddin ketika membahas titah YDP Agong di Parlimen turut menyentuh kenyataan Muhyiddin mengenai kejadian baling batu terhadap kereta yang dinaiki DSAI. Hujah beliau ini menyerlahkan tahap pemikiran/pertimbangan politik TPM.
"Mengikut media arus perdana, Timbalan Perdana Menteri berkata masyarakat Felda bertindak demikian kerana menyampah dengan Anwar. Kejadian berlaku di kawasan mereka, dan itu hak mereka. Menggunakan logik yang sama, saya kira jika Muhyiddin datang ke Machang,dan kalau orang Machang menyampah dengan beliau, maka orang Machang boleh baling batu ke kereta TPM.
" Ini kenyataan yang tidak bertanggungjawab. Mana ada TPM yang berkata begitu. Beza politik, bezalah. Kena ingat, dulu kita pun berkawan. Takkanlah benci dan meluat sampai begitu sekali, sehinggakan perkara salah pun dikata betul."
P/s: Layakkah orang yang mengeluarkan kenyataan ini memegang jawatan TPM?
* Jurublog: Anda berminat dengan artikel ini? Ambillah, tampallah, namun berilah kredit kepada blog ini. Terima kasih.
Derang bukan baling batu la kat anwar, derang baling bontot ayam kat dia...
hahaha, puak pas spin kaw-kaw punya...