[Kemas Kini] Perhimpunan Aman 901 HALAL (BERSYARAT)u
Seluruh rakyat Malaysia, kecuali Hassan Ali & geng, yang percaya dan yakin bahawa kezaliman telah berlaku kepada DSAI dijemput hadir untuk memberikan sokongan.
Berdasarkan maklumat terkini, pihak polis telah memberikan kebenaran Perhimpunan Aman 901 selaras dengan semangat Akta Perhimpunan Aman 2011. Menurut media, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh berkata, Perhimpunan 901 boleh diadakan di di tempat letak kereta awam di luar kompleks Mahkamah Jalan Duta.
"Berdasarkan perbincangan, pihak polis benarkan mereka mengadakan perhimpunan selaras dengan Akta Perhimpunan Aman 2011 yang belum digazetkan.
"Kita bersetuju benarkan mereka berhimpun di tempat letak kereta," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontijen Kuala Lumpur di sini, Jumaat.
Persetujuan itu dibuat ketika mengadakan pertemuaan dengan wakil pembangkang yang diketuai Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohamed Azmin Ali. Selain Mohamed Azmin, empat lagi pemimpin PKR yang turut serta dalam pertemuan kira-kira dua jam itu ialah Naib Presiden, N. Surendran; Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Shamsul Iskandar Mohd Akin; KetuaWanita, Zuraida Kamaruddin dan Pengarah Strategi, Mohd Rafizi Ramli.
P/s: Kita tidak tahu sama ada "ada udang di balik batu" berkaitan dengan kebenaran mengadakan Perhimpunan 901. Kita tidak tahu sama ada wujud rancangan pihak tertentu untuk mecetuskan provokasi pada 9 Januari nanti kerana pelbagai kemungkinan wujud untuk mencemarkan imej perhimpunan tersebut.
Jadi, pihak penganjur jangan lupa merakamkan suasana perhimpunan itu supaya dapat dijadikan bahan bukti jika keadaan memerlukan mereka mengemukakan bukti pada kemudian hari.
Kemas Kini:
Baru sebentar tadi, dalam laporan di TV3, pihak polis menetapkan sepuluh syarat yang pada pendapat saya akan merencat Perhimpunan 901.
N Surendran dalam kiriman di Twitternya mendakwa 10 syarat itu tidak dipersetujui dengan parti itu terlebih dahulu.
10 syarat tersebut ialah:
@nsurendrann Polis mungkir janji dengan mengenakan 10 syarat malam ini berhubung himpunan 901- tidak dipersetujui dengan kita (PKR)
1) Penggunaan risalah / banner dengan tagline ‘Bebaskan Anwar 901’ atau ‘Bebaskan Anwar’ adalah TIDAK DIBENARKAN SAMA SEKALI semasa perhimpunan berlangsung.
2) Penggunaan pembesar suara selain daripada ‘loud hailer’ TIDAK DIBENARKAN. Penggunaan (2) dua buah loud hailer dibenarkan bagi tujuan mengawal selia peserta perhimpunan.
3) Pengucapan awam TIDAK DIBENARKAN SAMA SEKALI.
4) Penganjur perlu memastikan peserta perhimpunan tidak boleh membuat apa-apa perbuatan, membuat bising, memberi apa-apa isyarat yang boleh mengganggu prosiding Mahkamah.
5) Tempat perhimpunan yang dibenarkan adalah di parkir awam sebelah kiri jalan utama ke Mahkamah. Kawasan ini akan diletakkan pita polis untuk menentukan batasan dan sempadannya. Peserta tidak dibenarkan berada di luar kawasan tersebut.
6) Sekiranya kawasan tersebut sudah dipenuhi dengan peserta perhimpunan maka peserta-peserta lain hendaklah bersurai dan beredar dari kawasan parkir Mahkamah.
7) Penganjur hendaklah memastikan peserta perhimpunan tidak membawa sebarang senjata dan para peserta hendaklah memberi kerjasama kepada pihak berkuasa untuk membuat pemeriksaan sekira perlu.
8) Penganjur hendaklah memastikan semua peserta perhimpunan bersurai tidak lewat daripada tempoh satu jam selepas keputusan Mahkamah diumumkan.
9) Penganjur dan peserta perhimpunan hendaklah mematuhi semua arahan yang diberikan oleh pihak polis dari masa ke semasa demi untuk menentukan keamanan perhimpunan tersebut.
10) Peserta perhimpunan tidak dibenarkan melakukan khianat atau bencana kepada harta awam atau mana-mana harta di kawasan tersebut.
Tiba-tiba saya terfikir tentang saiz tapak letak kereta awam Mahkamah Jalan Duta. Besarkah tapak letak kereta itu? Salah satu syarat yang ditetapkan oleh polis ialah semua peserta hanya dibenarkan berhimpun di kawasan itu, jika kawasan itu sudah dipenuhi peserta, maka peserta yang tidak dapat masuk diarah bersurai.
Kalau peserta yang datang mencecah puluhan ribu, namun tempat letak kereta itu hanya boleh menampung seribu orang atau 500 orang, maka....


Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.