Klik "LIKE" Untuk Terima Kemas Kini DCM di Facebook. Klik Butang "LIKE" di Bawah

Powered By | Blog Gadgets Via Blogger Widgets

Rakan DUNIACACAMARBA

Rakan DUNIACACAMARBA

Jadi Rakan TM

Follow tayadihmaysia on Twitter

BAGASI KIRIMAN POPULAR

Iklan & Tawaran

1. Mari sertai ChurpChurp, berinteraksi bersama-sama dengan taulan sambil menjanakan pendapatan, Percuma! Lanjut sila klik di sini.





Advertlet Hutang DCM RM1710

Advertlet Hutang DCM RM1710
Review http://duniacacamarba2.blogspot.com/ on alexa.com

Sponsored Ads

Cerita UG- Kerajaan Perpaduang

Agenda Unity Government (UG). Apa progresnya selepas ketiadaan TGNA?Video lain:1....

Posted by DUNIACACAMARBA on Saturday, October 17, 2015

Khamis, 23 Julai 2009

SURUHANJAYA DIRAJA bukan INKUES



Penubuhan inkues dan suruhanjaya diraja ini merupakan kejayaan majoriti rakyat Malaysia yang ingin melihat keadilan ditegakkan susulan kematian penuh misteri Teoh Beng Hock. Namun, seperti yang diberitakan, suruhanjaya yang bakal ditubuhkan itu hanya untuk menyiasat "dengan terma-terma khusus, iaitu meneliti dan mengkaji peraturan berkaitan soal siasat yang diguna pakai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan menentukan sama ada berlaku pencabulan hak asasi semasa proses soal siasat". Oleh itu kita mendesak agar suruhanjaya diraja tersebut turut menyiasat punca sebenar kematian Teoh Beng Hock dan bukan hanya bersandar semata-mata pada inkues yang bakal ditubuhkan nanti.

Penyiasatan di bawah bidang kuasa suruhanjaya diraja penting kerana menurut Presiden Majlis Peguam, Ragunath Kesavan "... kuasa sesebuah inkues bagi menentukan punca kematian adalah terhad berbanding kuasa Suruhanjaya Diraja.

"Selain itu, inkues dikendalikan oleh seorang majistret yang bertindak sebagai koroner dan beliau biasanya merupakan seorang pegawai yang paling junior.

"Koroner tidak boleh mengarahkan supaya siasatan dijalankan bagi menentukan punca kematian
."

Justeru, hanya melalui siasatan suruhan diraja maka persoalan berkaitan dengan "siapa", "bagaimana", "di mana", "mengapa", dan "apa" dapat dijawab dengan seteliti boleh dan hingga ke akar umbi agar tujuan penyiasatan itu tercapai dan keadilan dapat ditegakkan. Tunggu & lihat hasilnya nanti.


[BERNAMA] 22 Julai - "Kabinet hari ini memutuskan satu inkues yang diketuai oleh seorang majistret akan dijalankan minggu depan bagi menentukan punca kematian Setiausaha Politik kepada seorang Exco Selangor, Teoh Beng Hock minggu lalu.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata keputusan itu dibuat kerana Kabinet mahu penyiasatan kematian Teoh dilakukan dengan menyeluruh bagi mencari punca kejadian tersebut.

Katanya Kabinet turut memutuskan satu suruhanjaya diraja diwujudkan dengan terma-terma khusus iaitu meneliti dan mengkaji peraturan berkaitan soal siasat yang diguna pakai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan menentukan sama ada berlaku pencabulan hak asasi semasa proses soal siasat terhadap Teoh bagi memastikan perkara yang sama tidak berulang lagi.

"Pihak Kementerian Dalam Negeri dan pihak polis juga telah diarahkan bagi menyelesaikan siasatan kes ini dengan secepat mungkin dan laporan mengenainya akan diumumkan," katanya kepada pemberita di sini Rabu.

Kes Teoh, 30, yang merupakan Setiausaha Politik kepada Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kampung Baru dan Pengurusan Kilang Haram Ean Yong Hian Wah mendapat perhatian umum berikutan kematiannya yang menimbulkan tanda tanya.

Mendiang ditemui mati di tingkat lima Plaza Masalam Shah Alam Khamis lalu selepas memberi keterangan sebagai saksi siasatan penyalahgunaan wang kerajaan negeri Selangor kepada SPRM.

Sambil mengucapkan takziah kepada keluarga Teoh, Najib berkata langkah-langkah itu mencerminkan kesungguhan dan komitmen kerajaan untuk mencari punca kejadian tersebut agar keluarganya dan masyarakat mengetahui apa sebenarnya yang berlaku.

Katanya kerajaan akan melakukan apa saja yang perlu untuk mencari kebenaran itu dan beliau sendiri akan memaklumkan kepada keluarga Teoh hasil siasatan itu nanti.

"Saya sebagaimana anggota Kabinet yang lain ingin mengetahui punca sebenar kematian Teoh.

"Oleh itu, saya harap semua pihak agar bersabar dan tidak membuat kenyataan yang mengelirukan rakyat serta menimbulkan persepsi yang salah, mengelirukan rakyat atau menjadikan isu ini bermotifkan politik.

Beliau berkata untuk mencari kebenaran kematian Teoh, ia tidak seharusnya dicampur adukkan dengan kepentingan atau unsur-unsur politik tetapi apa yang penting adalah untuk mencari kebenaran.

Katanya kerajaan mahu mendapatkan kebenaran mengenai kes itu dan proses siasatan akan dijalankan secara telus.

Sambil menafikan bahawa tiga langkah yang diambil disebabkan tekanan sesetengah pihak, Najib berkata adalah penting mencari kebenaran bagi memastikan rakyat mempunyai penuh keyakinan terhadap institusi-institusi yang penting di negara ini.

Ketika ditanya mengenai tempoh masa bagi polis menyelesaikan siasatan, Najib berkata beliau tahu bahawa polis akan menyelesaikan siasatan secepat mungkin dan dan majistret itu tidak diberikan tempoh masa dan terserah kepadanya untuk memutuskannya.

Beliau juga berkata kini terpulang kepada mahkamah untuk memutuskan majistret yang akan mengetuai inkues itu.

"Tapi kami sedang mengambil langkah untuk memaklumkan kepada mahkamah berhubung keperluan untuk mengadakan inkues itu. Jadi, saya jangka inkues itu akan bermula minggu depan," katanya.

Najib berkata suruhanjaya diraja akan ditubuhkan secepat mungkin dan anggotanya akan diumumkan kemudian.

Ketika ditanya sama ada penubuhan suruhanjaya itu adalah bagi mengkaji semula Piawaian Prosedur Operasi (SOP) SPRM, Najib berkata: Saya tidak berkata ianya akan dikaji semula tapi ia akan dikaji oleh suruhanjaya diraja."

Mengenai laporan mengatakan SPRM telah diminta menghentikan siasatan, beliau berkata laporan itu tidak betul dan tidak sepatutnya timbul sebarang prasangka berhubung kes itu.

"Kita tak boleh ada apa-apa prasangka setakat ini. Kita tunggu dulu hasil siasatan," katanya.

Ditanya bahawa para pegawai SPRM yang menyiasat kes Teoh telah digantung, Najib berkata: "Mereka tidak digantung tetapi penyiasat utama telah ditukarkan ke ibu pejabat."

Ketika ditanya sama ada siasatan oleh SPRM terhadap Exco pakatan pembangkang akan diteruskan, Najib berkata : "Itu adalah kes berasingan."

"Sebarang salah laku akan disiasat oleh SPRM dan kami belum lagi membuat keputusan untuk menggantung siasatan," katanya."

Berkaitan:
* Suruhanjaya Juga Patut Siasat Punca Kematian Teoh, Kata Majlis Peguam

Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by AllBlogTools.com Enhanced by MyBloggerTricks.com

Leave a comment

Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.

Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.

Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!

PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).

Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.

Terima kasih.

BAGASI KIRIMAN TERKINI

BAGASI KIRIMAN

PERHATIAN

Tulisan dalam blog ini sebahagian besarnya ialah respons/pendapat/ulasan RINGKAS/SPONTAN saya terhadap pelbagai isu dan perkara yang berlaku di serata negara mahupun di luar negara.

Sebahagiannya pula disalin & ditampal (
semoga dengan izin) dari blog, laman sesawang atau laman berita dari dalam dan dari luar negara. Hak cipta berita, artikel & makalah adalah milik laman sesawang atau blog tersebut.

Seboleh-bolehnya, saya cuba mengelak untuk menyiarkan mana-mana makalah/petikan/gambar tanpa restu pemilik asalnya. Jika mana-mana petikan/tulisan/gambar yang disiarkan dalam blog ini kurang disenangi pemilik asalnya, maka maklumkanlah segera kepada saya (di ruangan komen bahan terbabit) agar petikan/tulisan/gambar tersebut dapat dikeluarkan dengan kadar segera.

Untuk makluman, sebarang petikan, makalah, gambar yang dipetik dari laman berita atau dari blog /laman sesawang atau dari sumber internet yang lain tidak semestinya menggambarkan/mewakili pandangan saya dalam sesuatu isu yang berkaitan.

PENAFIAN:
Semua artikel atau berita yang disiar dalam blog ini adalah untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am. Ketepatan maklumat artikel atau berita itu perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan atau penyebaran maklumat palsu atau fitnah.

-tayadihmaysia@yahoo.com







TERIMA KASIH