Kadar Literasi di Malaysia Lebih Rendah Berbanding dengan Indonesia
Ah, hanya 0.8 peratus sahaja beza kadar literasi antara negara kita dengan Indonesia! Itupun hendak kecoh! Mungkin itu pandangan sesetengah orang. Yang dipandang oleh mereka ialah fenomena kebanjiran warga Indonesia di negara ini, mungkin idea untuk merendah-rendahkan negara itu dibuat hanya sekadar didasarkan pada perihal tersebut.
Tetapi renung-renungkanlah pula perbandingan jumlah penduduk di Malaysia dengan di Indonesia, bandingkan juga kemudahan dan infrastruktur pendidikan yang ada di negara ini, begitu juga akses kepada kemudahan dan peluang pendidikan di negara ini. Bayangkan juga taraf hidup masyarakat di sana yang rata-ratanya di bawah garis kemiskinan. Ada banyak lagi perkara yang boleh dibandingkan sebelum kita membuat penilaian kewajaran peratus literasi yang dinyatakan dalam berita di bawah ini. Fikir-fikirlah sendiri!
[TV ANTARA] Kadar literasi dewasa di Malaysia lebih rendah dari Indonesia dan Georgia, berdasarkan data yang dikumpul Program Pembangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNDP) 2007 sebelum berlaku krisis ekonomi global.
Statistik yang dikeluarkan minggu lalu menunjukkan Malaysia hanya mengumpul 91.2 peratus kadar literasi itu berbanding Indonesia (92 peratus), Georgia (100 peratus).
Mengikut ketetapan Dasar Polisi Kebangsaan yang dikeluarkan pada 2000, Malaysia menetapkan sasaran penduduk 96 peratus pada 2005 dan mencapai 100 peratus kadar literasi pada 2010.
Perangkaan menunjukkan, Malaysia tergolong sebagai negara pembangunan manusia peringkat tinggi bersama Lebanon, Arab Saudi, Romania, Costa Rica, Mexico, Cuba, Bahrain dan Rusia.
Kedudukan itu lebih rendah daripada Singapura dan Brunei yang tergolong sebagai negara pembangunan manusia peringkat lebih tinggi, setanding Amerika Syarikat, Jerman dan Perancis.
Negara Asia lain yang dalam kategori sama ialah Hong Kong, Jepun, Kuwait, Qatar, Korea Selatan.
Malaysia juga ketinggalan dalam konteks negara yang paling mahu didiami, dengan menduduki tangga ke-66 daripada 182 negara yang terlibat dalam kajian statistik itu, malah Singapura menduduki tempat ke-23 dan Brunei (30).
Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.