Klik "LIKE" Untuk Terima Kemas Kini DCM di Facebook. Klik Butang "LIKE" di Bawah

Powered By | Blog Gadgets Via Blogger Widgets

Rakan DUNIACACAMARBA

Rakan DUNIACACAMARBA

Jadi Rakan TM

Follow tayadihmaysia on Twitter

BAGASI KIRIMAN POPULAR

Iklan & Tawaran

1. Mari sertai ChurpChurp, berinteraksi bersama-sama dengan taulan sambil menjanakan pendapatan, Percuma! Lanjut sila klik di sini.





Advertlet Hutang DCM RM1710

Advertlet Hutang DCM RM1710
Review http://duniacacamarba2.blogspot.com/ on alexa.com

Sponsored Ads

Cerita UG- Kerajaan Perpaduang

Agenda Unity Government (UG). Apa progresnya selepas ketiadaan TGNA?Video lain:1....

Posted by DUNIACACAMARBA on Saturday, October 17, 2015

,

Khamis, 15 Oktober 2009

"DAYUS" TETAPI LANTANG BERSUARA!


Akhirnya, parti yang kunun-kununnya memperjuangkan bangsa Melayu "tunduk" dengan desakan parti komponen yang bernaung di bawah BN. Tiada lagi keris dijulang. Persoalannya, bukankah keris itu lambang parti UMNO?

Yang peliknya apabila upacara perarakan/menjulang keris itu dikaitkan dengan sensitiviti orang bukan Melayu. Walhal perbuatan menjulang keris itu bukanlah bermakna mahu membunuh orang. Perbuatan itu ialah manifestasi terhadap semangat perjuangan (Wah, umpama ahli UMNO pula saya hari ini!). Perjuangan apa? Yang itu boleh diintepretasikan dalam pelbagai macam perkara dan bentuk. Namun dek kerana takut hilang undi pilihan raya, tradisi yang diamalkan itu sanggup ditiadakan dalam perhimpunan kali ini.

Secara mudahnya, parti yang berkobar-kobar semangat perkaumannya ini sudah menjadi "dayus" demi kepentingan politik. Parti yang kunun-kununnya pantang dicabar itu akhirnya terkulai layu atas desakan parti komponen BN. Di mana semangat "Ketuanan Melayu" mereka? Disimpan di rumahkah semangat itu pada perhimpunan UMNO kali ini?

Justeru, KJ perlu memulihkan imej "dayus" parti itu sebelum mengeluarkan kata-kata "Anwar Ibrahim melalaikan masyarakat Malaysia, memanipulasi dan mengulit jiwa mereka dengan kata-kata indah seakan-akan dialah pemimpin yang bersih, tulen, berintegriti, dan acap kali menuduh pemimpin UMNO sebagai rasuah, rakus dan rasis. Siapa sebenarnya Anwar Ibrahim? Pejuang rakyat marhaen? Pejuang agama Islam? Pejuang bangsa Melayu? Pejuang hak asasi yang berjaya dengan helahnya terhadap sebahagian generasi muda yang tidak pernah kenal siapa Anwar yang sebenar, seorang chameleon politik sesumpah yang berubah warna mengikut musim dan ketika melompat dari pohon ke pohon; makhluk pelbagai alam." Apalah guna lancang berkata-kata apabila imej partinya kian tercemar dan maruah parti itu kini dipandang rendah oleh orang lain serta dikaitkan dengan pelbagai macam skandal dan perilaku antimoral.

Adakah "serangan" yang dibuatnya itu adalah semata-mata untuk mengambil hati PM dan penentangnya di dalam UMNO serta mencerahkan karier politiknya yang semakin suram dalam parti tersebut? Lagipun, kita juga boleh mempersoalkan: Siapa sebenarnya Khairy? Pejuang rakyat marhaen? Pejuang agama Islam? Pejuang bangsa Melayu? Pejuang hak asasi manusia...etc?

[MALAYSIA KINI] Perhimpunan Agung Tahunan Pergerakan Pemuda Umno tahun ini tidak sama seperti persidangan pergerakan itu tahun lalu kerana terdapat perubahan paling jelas iaitu tiadanya acara perarakan keris Panca Warisan.

Malaysiakini mendapati, perubahan tersebut bagaimanapun tidak diumumkan oleh urusetia atau kepimpinan Pemuda sebelum ucapan perasmian daripada ketua Pemuda Khairy Jamaluddin.

Ini bermakna, acara perarakan keris tersebut dan dihunuskan, yang dilakukan oleh Naib Presiden Datuk Seri Hishammuddin Hussein, ketika menjadi ketua Pemuda Umno tahun lalu, adalah kali yang terakhir yang dilakukan.

Upacara mengarak dan menghunus keris tersebut yang sebelum ini telah menimbul rasa tidak senang di kalangan masyarakat bukan Melayu, termasuk dari kalangan parti-parti komponen BN sendiri....

  1. salam,

    itu semua retorik....


    Dulu Saja, Tidak Kini dan Selamanya!

    gravatar Comment by Tanpa Nama @ Khamis, Oktober 15, 2009 9:43:00 PG      
Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by AllBlogTools.com Enhanced by MyBloggerTricks.com

Leave a comment

Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.

Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.

Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!

PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).

Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.

Terima kasih.

BAGASI KIRIMAN TERKINI

BAGASI KIRIMAN

PERHATIAN

Tulisan dalam blog ini sebahagian besarnya ialah respons/pendapat/ulasan RINGKAS/SPONTAN saya terhadap pelbagai isu dan perkara yang berlaku di serata negara mahupun di luar negara.

Sebahagiannya pula disalin & ditampal (
semoga dengan izin) dari blog, laman sesawang atau laman berita dari dalam dan dari luar negara. Hak cipta berita, artikel & makalah adalah milik laman sesawang atau blog tersebut.

Seboleh-bolehnya, saya cuba mengelak untuk menyiarkan mana-mana makalah/petikan/gambar tanpa restu pemilik asalnya. Jika mana-mana petikan/tulisan/gambar yang disiarkan dalam blog ini kurang disenangi pemilik asalnya, maka maklumkanlah segera kepada saya (di ruangan komen bahan terbabit) agar petikan/tulisan/gambar tersebut dapat dikeluarkan dengan kadar segera.

Untuk makluman, sebarang petikan, makalah, gambar yang dipetik dari laman berita atau dari blog /laman sesawang atau dari sumber internet yang lain tidak semestinya menggambarkan/mewakili pandangan saya dalam sesuatu isu yang berkaitan.

PENAFIAN:
Semua artikel atau berita yang disiar dalam blog ini adalah untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am. Ketepatan maklumat artikel atau berita itu perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan atau penyebaran maklumat palsu atau fitnah.

-tayadihmaysia@yahoo.com







TERIMA KASIH