Politik Wang @ Rasuah - APA KATA MEREKA?
KATA ISA SAMAD:
[MERDEKA REVIEW] "Politik wang bukan rasuah," demikianlah pendirian yang dipegang calon UMNO-BN Bagan Pinang, Mohd Isa Abdul Samad (gambar kanan). Bekas Naib Presiden UMNO ini menganggap dirinya hanya melanggar kod etika pemilihan parti UMNO, malah menyalahkan media yang memutar-belitkannya sebagai rasuah.
"Saya bukan rasuah. Ini ialah politik wang. Apa yang berlaku sebenarnya adalah, saya melanggar kod etika. Kami mempunyai kod etika dalam pemilihan parti. Kemudian, media memutar-belitkannya kepada politik wang dan rasuah," kata Isa Samad kepada wartawan MerdekaReview dalam satu wawancara pada malam Isnin yang lalu.
Malah, ketika diajukan soalan bahawa pencalonan Isa Samad dilihat sebagai menghalang usaha UMNO membanteras rasuah, calon ini menganggap politik rasuah dalam UMNO bakal diselesaikan dengan pindaan perlembagaan parti.
Tidak adil dihukum dua kali
"Saya tidak menganggap itu sebagai masalah. Kerana dalam perhimpunan agung parti yang akan datang, kami akan meminda perlembagaan parti, seperti tiada lagi kuota (pencalonan). Ini akan menyelesaikan masalah politik wang dalam UMNO."
Isa Samad menyambung, "keduanya, saya telah digantung (keahlian) untuk tiga tahun. Dan saya telah menjalani hukuman selama tiga tahun. Saya meletak semua jawatan saya dalam parti dan kerajaan. Selepas proses ini, saya menganggapi ia seharusnya tiada masalah lagi."
"Mereka tidak boleh menghukum saya untuk kali kedua. Adalah tidak adil untuk sesiapa menghukum saya untuk dua kali. Itu amat tidak adil," ujarnya.
Ketika ditanya sama ada kes ini harus disiasat oleh Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM), Isa Samad berkata pada mulanya "ia bergantung kepada UMNO," Setelah merenung seketika, disambung dengan "tapi saya anggap sekiranya ada pindaan baru, masalah ini tidak timbul."
Isa Samad menyimpulkannya bahawa "politik wang UMNO akan berkurang selepas perlembagaan parti dipinda."
Isa Samad, 60, adalah bekas Menteri Besar Negeri Sembilan selama 22 tahun, sejak tahun 1982. Beliau memenangi jawatan Naib Presiden UMNO pada tahun 2004 dengan undi tertinggi, 1,507 mengatasi Ketua Menteri Melaka, Mohd Ali Rustam (1,329 undi) dan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri ketika itu, Muhyiddin Yassin (1,234 undi).
Isa Samad dijatuhkan hukuman penggantungan keahlian selama 6 tahun pada mulanya oleh Lembaga Disiplin Umno, setelah disabitkan kesalahan terlibat dalam politik wang. Kemudiannya, hukuman ini diringankan kepada 3 tahun selepas rayuan dibuat, berakhir pada Jun 2008.
KATA P RAMAKRISHNAN:
[THE MALAYSIAN INSIDER] Oct 8 — Corruption is corruption, Mr Prime Minister. There are no two ways about it. You cannot minimise the crime by camouflaging the offence under some other label. Neither can you make it disappear by simply declaring “that the offence committed by Isa was not an offence under the law”.It is not true that Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad only breached party ethics. That would be a lie. He was found guilty of indulging in money politics to secure his victory in the Umno party elections for the post of vice-president in 1994. He won the post with the highest number of votes. In fact, he wasn’t satisfied with the number of votes he garnered. He then quipped that he expected to win his position with an even higher majority!
Following his victory, complaints were lodged with the Umno disciplinary board accusing Isa of having resorted to money to secure his victory. The disciplinary board instituted an investigation to probe into the allegations of money politics. It called up witnesses to collect evidence and establish proof of the allegation. Isa was given ample opportunity to defend himself. After what must be deemed as a very thorough and fair investigation, the disciplinary board found him guilty. He was stripped of his position and suspended for six years, a two-term period. On appeal, his sentence was drastically reduced to three years, a 50 per cent reduction....
KATA CHE DET:
[SINARHARIAN] Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, imej UMNO tercalar disebabkan budaya rasuah diamalkan sebahagian pemimpin dan ahlinya yang berleluasa semasa era pemerintahan Tun Abdullah Ahmad Badawi.Beliau berkata, masalah tersebut timbul semasa Abdullah menjadi Presiden UMNO apabila sebahagian ahli dan juga pemimpin UMN0 tetap diberi sokongan walaupun mereka didapati secara jelas melakukan kerosakan atau terlibat dengan rasuah.
Beliau berkata, perkara itu berlaku mungkin kerana pemimpin terlibat menerima sogokan dalam bentuk wang, kontrak atau kerana takut kepada pemimpin mereka.
“Kalau kita bertindak dalam politik berasaskan kepentingan diri bukan kerana kepentingan bangsa, agama dan tanah air, maka sudah tentulah kepentingan bangsa dan tanah air akan rosak dan matlamat tidak tercapai,” katanya pada satu sidang media selepas menyampaikan ucaptama bertajuk Ketuanan Melayu di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Dungun, di sini, semalam.
Sehubungan itu, beliau menyarankan agar setiap ahli dan pemimpin UMNO bersungguh-sungguh menangani gejala rasuah dalam parti sekiranya mereka ingin melihat parti itu terus relevan dan diterima rakyat.
Dr Mahathir menegaskan, jika ada pemimpin UMNO yang melakukan sesuatu bertentangan dengan peraturan dan etika, maka ahlinya mesti berani membuat teguran.
Sementara itu, Dr Mahathir menegaskan beliau tetap dengan pendiriannya tidak akan berkempen untuk membantu calon Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang, Tan Sri Mohd Isa Samad.
Beliau yang sebelum ini mahu supaya Mohd Isa yang juga Ketua UMNO Bahagian Teluk Kemang itu tidak dicalonkan pada pilihan raya kecil di kawasan terbabit mendakwa, beliau amat tegas dengan pendiriannya kerana tidak ingin berkempen bagi calon yang sudah terbukti terlibat dengan rasuah seperti mana pendiriannya sebelum ini.
Dr Mahathir berkata beliau enggan berkempen kerana tida:k ingin orang berpandangan negatif terhadap calon yang dikatakan pernah terlibat dengan gejala politik wang.
“Saya tidak boleh berkempen dan berkata benda yang saya kata berlainan dahulu, jadi orang akan kata apa orang ini, sekejap kata macam ini, sekejap kata macam tu, bagilah orang lain kempen,” kata nya.
Dr Mahathir dijemput UiTM Dungun untuk menyampaikan amanat bagi membuka minda penuntut Melayu mengenai masa depan dan hala tuju sekiranya kaum bumiputera itu hilang kuasa politik, ekonomi dan pendidikan.
Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.