Klik "LIKE" Untuk Terima Kemas Kini DCM di Facebook. Klik Butang "LIKE" di Bawah

Powered By | Blog Gadgets Via Blogger Widgets

Rakan DUNIACACAMARBA

Rakan DUNIACACAMARBA

Jadi Rakan TM

Follow tayadihmaysia on Twitter

BAGASI KIRIMAN POPULAR

Iklan & Tawaran

1. Mari sertai ChurpChurp, berinteraksi bersama-sama dengan taulan sambil menjanakan pendapatan, Percuma! Lanjut sila klik di sini.





Advertlet Hutang DCM RM1710

Advertlet Hutang DCM RM1710
Review http://duniacacamarba2.blogspot.com/ on alexa.com

Sponsored Ads

Cerita UG- Kerajaan Perpaduang

Agenda Unity Government (UG). Apa progresnya selepas ketiadaan TGNA?Video lain:1....

Posted by DUNIACACAMARBA on Saturday, October 17, 2015

,

Ahad, 11 Oktober 2009

PERANAN KUASA KETIGA DALAM MCA


(Gambar tidak menggambarkan realiti)

Banyak pihak berpendapat bahawa kedua-dua tokoh ini tersungkur selepas berakhirnya EGM MCA semalam. Benarkah? Bagi saya yang benar-benar tersungkur ialah Ong Tee Keat. Hal ini sedikit banyak memberikan "kepuasan" kepada Chua Soi Lek. Beliau tidak rugi apa-apa dalam hal ini. Namun, konflik akan pasti tercetus jika pihak yang berjanji sebelum EGM itu tidak mengotakan kata-kata yang telah diucapkan. Persoalan lain ialah adakah MCA akan bersatu dan seterusnya menafikan ramalan bahawa parti itu akan berpecah dan hal ini seterusnya akan menyukarkan parti itu untuk memberikan tumpuan kepada pilihan raya akan datang? Selain itu, siapakah yang dikatakan sebagai kumpulan "kuasa ketiga" dalam MCA? Lanjut seperti yang dilaporkan di bawah ini:


[MERDEKA REVIEW] Harapan BN agar Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) membubuh noktah kepada perbalahan dalaman MCA tidak kesampaian, malah mencetuskan kemelut yang lebih celaru, apabila kedua-dua Ong Tee Keat dan Chua Soi Lek tersingkir dari pucuk pimpinan.
Usul undi tidak percaya terhadap Presiden Ong Tee Keat diluluskan hanya dengan majoriti 14 undi, sementara usul memulihkan jawatan Timbalan Presiden Chua Soi Lek ditolak dengan majoriti 74 undi. Chua hanya berjaya mengekalkan keahliannya dengan majoriti 109 undi.
Dengan kata lain, EGM yang mencatat peratus kehadiran 96.93% (2,307 daripada 2,380 orang perwakilan) ini melabuh tirai dengan kesudahan yang cukup dramatik, memperlihatkan bagaimana "kuasa ketiga" memainkan peranannya.
Kuasa ketiga?
Ramai yang tidak mengendahkan kewujudan "kuasa ketiga" dalam MCA, ketika Ong berbalah dengan Chua. Malah, siapa sebenarnya dalang di sebalik "kuasa ketiga" ini masih belum dikenalpasti. Desas-desus mula-mula mengaitkan Liow Tiong Lai dan Kong Cho Ha, Naib Presiden MCA kini yang dijangka memperolehi manfaat seandainya Ong dan Chua tersingkir.
Khabar angin juga menyebut nama pemimpin veteran MCA, seperti Chan Kong Choy, Ting Chew Peh, Ong Ka Chuan dan sebagainya, yang tidak berpuas hati kerana terpinggir dalam MCA. Sehingga dua hari sebelum EGM diadakan, pemimpin veteran MCA, Tan Kah Choun tampil mendakwa dirinya sebagai jurucakap untuk "kuasa ketiga".
Pada perhitungan Tan Kah Choun, Ong dan Chua menguasai seribu undi masing-masing. Maka, kira-kira 300 undi yang selebihnya itu akan menjadi "kingmaker". Pandangan yang dilontarkan ini munasabah, namun pelontarnya diperlekehkan memandangkan Tan bukan pemimpin yang berpengaruh pada masa kini.
Namun, ia terbukti tepat apabila pengumuman keputusan EGM petang ini memperlihatkan margin yang sempit di antara Ong dan Chua. Tidak mustahil seandainya segelintir pemimpin menggunakan pengaruhnya untuk menjurus kepada senario ini.
Donald Lim, bekas timbalan menteri pernah dikhianati Chua. Chua dilihat akan berganding dengan Donald Lim untuk pertandingan jawatan Presiden dan Timbalan Presiden MCA pada tahun 2008. Chua akhirnya masuk gelanggang hanya untuk merebut jawatan timbalan setelah perhitungan untuk memenangi jawatan presiden tidak memihak kepadanya.
Juga, Ong Ka Chuan, abang kepada Ong Ka Ting (bekas Presiden MCA) yang cuba berganding dengan Ong Tee Keat (gambar kanan) dalam pemilihan parti tahun lepas, walau bagaimanapun tidak mendapat sokongan Ong Tee Keat secara terbuka. Ong Tee Keat khuatir dirinya diheret jikalau berganding dengan Ong Ka Chuan kerana suasana dalam MCA yang tidak berpuas hati terhadap adik-beradik Ong. Malah, Ong Ka Chuan yang terpinggir setelah tewas dalam pemilihan parti, semestinya tidak berpuas hati kerana menganggap dirinya diperalatkan.
Pemimpin seperti Ong Ka Chuan, Donald Lim dan sebagainya, walaupun tidak menonjol, namun tetap mempunyai pengikut yang setia. Bilangan dan pengaruhnya mungkin kecil, namun peranannya besar sebagai penentu apabila sokongan parti terhadap Ong dan Chua setanding.
Nasib Ong dan Chua
Dalam senario di mana MCA berpecah kepada dua, maka pemenangnya hanya akan mendapat setengah MCA. Ia mungkin kesudahan yang paling baik untuk MCA buat masa ini kerana tidak memiliki banyak pilihan. Tetapi, apa yang menimpa MCA pada petang ini lebih malang daripada kesudahan yang dijangkakan. Kedua-dua pihak yang masing-masing memiliki 50% sokongan parti semuanya kalah.
Persoalannya, berapa lagi yang tinggal dalam MCA?
Ong Tee Keat sebelum ini mengikat nasib dirinya pada seluruh Ahli Jawatankuasa Pusat, berkata akan meletak jawatan secara kolektif seandainya usul "undi tidak percaya" terhadap dirinya diluluskan dan hukuman terhadap Chua ditolak. Ong kini berdepan dengan dilema apabila salah satu hukuman terhadap Chua ditolak oleh perwakilan.
Lebih-lebih lagi, walaupun "undi tidak percaya" tidak bersamaan dengan usul "pelucutan jawatan" yang memerlukan lulusan dua pertiga, namun Ong semestinya berdepan dengan krisis kredibiliti apabila lebih 50% perwakilan menyatakan pendirian untuk "tidak percaya kepada Presiden".
Untuk Chua (gambar kiri) pula, hasrat beliau untuk menyarung jersi MCA kesampaian, tapi gagal kembali sebagai orang nombor 2 dalam parti, menghancurkan cita-citanya untuk memimpin MCA, bukan sahaja kini, malah pada masa depan. Agak sukar untuk pemimpin yang tercalit dengan skandal seks ini kembali ke pusat pentas politik dalam senario yang sedemikian.
Nasib MCA?
Seandainya AJK pusat berpegang dengan janji mereka, apakah mereka akan meletak jawatan secara kolektif bersama Ong Tee Keat, untuk memberi laluan kepada pemilihan pucuk pimpinan yang baru? Sekiranya kesemua mereka meletak jawatan, bagaimana pula dengan jawatan mereka dalam kerajaan?
MCA kini mengisi 15 kerusi di Dewan Rakyat, empat kerusi dalam kabinet dan tujuh jawatan timbalan menteri. Rombakan semula kabinet semestinya memeningkan Perdana Menteri Najib, memandangkan calon pilihan dalam MCA sememangnya terhad. Seandainya jawatan kerajaan dikurangkan, MCA pula akan dipandang serong masyarakat Cina kerana hilang tempat dalam kerajaan.
Jikalau AJK pusat enggan meletak jawatan sebagaimana yang dijanjikan, ia semestinya bakal menjejaskan kredibiliti pimpinan tersebut, kerana tidak mengotakan janji. Pemimpin muda seperti Liow Tiong Lai, Wee Ka Siong, Chew Mei Fun dan sebagainya akan disindir khususnya oleh pihak pembangkang. Keadaan sedemikian semestinya menyukarkan lagi usaha pemimpin muda MCA untuk mengembalikan keyakinan masyarakat kepada BN.
Lantaran daripada keputusan ini, MCA berdepan dengan kemelut yang lebih besar. Pembubaran AJK dan pemilihan parti baru mungkin antara jalan yang boleh dipertimbangkan. Cuma, berapa masa yang tinggal untuk MCA?

Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by AllBlogTools.com Enhanced by MyBloggerTricks.com

Leave a comment

Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.

Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.

Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!

PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).

Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.

Terima kasih.

BAGASI KIRIMAN TERKINI

BAGASI KIRIMAN

PERHATIAN

Tulisan dalam blog ini sebahagian besarnya ialah respons/pendapat/ulasan RINGKAS/SPONTAN saya terhadap pelbagai isu dan perkara yang berlaku di serata negara mahupun di luar negara.

Sebahagiannya pula disalin & ditampal (
semoga dengan izin) dari blog, laman sesawang atau laman berita dari dalam dan dari luar negara. Hak cipta berita, artikel & makalah adalah milik laman sesawang atau blog tersebut.

Seboleh-bolehnya, saya cuba mengelak untuk menyiarkan mana-mana makalah/petikan/gambar tanpa restu pemilik asalnya. Jika mana-mana petikan/tulisan/gambar yang disiarkan dalam blog ini kurang disenangi pemilik asalnya, maka maklumkanlah segera kepada saya (di ruangan komen bahan terbabit) agar petikan/tulisan/gambar tersebut dapat dikeluarkan dengan kadar segera.

Untuk makluman, sebarang petikan, makalah, gambar yang dipetik dari laman berita atau dari blog /laman sesawang atau dari sumber internet yang lain tidak semestinya menggambarkan/mewakili pandangan saya dalam sesuatu isu yang berkaitan.

PENAFIAN:
Semua artikel atau berita yang disiar dalam blog ini adalah untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am. Ketepatan maklumat artikel atau berita itu perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan atau penyebaran maklumat palsu atau fitnah.

-tayadihmaysia@yahoo.com







TERIMA KASIH