Klik "LIKE" Untuk Terima Kemas Kini DCM di Facebook. Klik Butang "LIKE" di Bawah

Powered By | Blog Gadgets Via Blogger Widgets

Rakan DUNIACACAMARBA

Rakan DUNIACACAMARBA

Jadi Rakan TM

Follow tayadihmaysia on Twitter

BAGASI KIRIMAN POPULAR

Iklan & Tawaran

1. Mari sertai ChurpChurp, berinteraksi bersama-sama dengan taulan sambil menjanakan pendapatan, Percuma! Lanjut sila klik di sini.





Advertlet Hutang DCM RM1710

Advertlet Hutang DCM RM1710
Review http://duniacacamarba2.blogspot.com/ on alexa.com

Sponsored Ads

Cerita UG- Kerajaan Perpaduang

Agenda Unity Government (UG). Apa progresnya selepas ketiadaan TGNA?Video lain:1....

Posted by DUNIACACAMARBA on Saturday, October 17, 2015

Selasa, 13 Oktober 2009

Malaysia akan jadi padang jarak, padang tekukur jika...


 


dilanda gempa bumi. Itulah hakikatnya jika pandangan ini didasarkan pada dua berita yang saya pautkan di bawah ini. Tajuk laporan berita-berita tersebut, iaitu "Hanya Tiga Bangunan yang Patuhi Piawai Gempa" dan "Kurang 1 Peratus Ikut Piawaian" sudah menggambarkan betapa kroniknya keadaan dan status bangunan di negara ini.

Pandangan ahli akademik di bawah ini sememangnya benar jika kita meneliti material yang digunakan untuk membina bangunan di negara ini. Usahlah susah-susah mencari data tentang hal itu, lihat sahaja "bata" yang digunakan untuk membina pangsapuri, bangunan pejabat, pusat beli-belah, rumah teres atau rumah banglo di negara ini, kebanyakannya menggunakan "bata simen" yang mudah pecah dan kurang berkualiti. Kalau dahulu "bata tanah liat" digunakan sebagai salah satu material penting untuk membina bangunan, kini, oleh sebab sikap pemaju yang majoritinya gila mengejar keuntungan, maka bahan binaan yang digunakan pada hari ini kurang bermutu. Hal ini menjadikan bangunan di negara ini umpama "istana pasir" yang mudah runtuh jika dilanda gempa bumi.

Bagi anda yang menghuni kediaman di bangunan tinggi, tidak kiralah sama ada bangunan kediaman itu berstatus mewah atau tidak, tidak kiralah sama ada anda menghuni di pangsapuri, di kondominium, atau di penthouse, LENAKAH TIDUR ANDA apabila mengetahui hanya tiga bangunan di negara ini yang mengikut piawai gempa bumi? Itu belum lagi memikirkan perihal RASUAH berleluasa sehingga stadium yang baru dibina pun boleh runtuh dalam sekelip mata.

Namun ada kalangan orang yang menghuni atau bekerja di bangunan tinggi di negara ini akan memberikan respons bahawa negara ini tidak tersenarai atau terletak di garisan gempa seperti di Indonesia dan negara-negara yang lain. Jadi, perihal gempa bumi ini bukanlah sesuatu yang harus dibimbangkan. Benar, negara kita tidak terletak di garisan gempa bumi, tetapi negara kita terletak berhampiran dengan garisan tersebut. Anda harus ingat juga bahawa sesuatu itu mungkin terjadi dengan kehendak-Nya. Jika dahulu negara kita sedikitpun tidak terjejas dengan gegaran yang berlaku di negara jiran, tetapi kini gegaran tersebut sudah mula dirasai, malah ada bangunan yang retak sebagai akibat gegaran tersebut. Itu baru terkena tempias gempa bumi di negara jiran, bayangkan jika gempa bumi itu berlaku di negara ini. Lebih menakutkan, ada pihak yang mendakwa sudah berlaku gegaran di beberapa daerah di negara ini, misalnya gegaran misteri di Janda Baik, Pahang.

BERHATI-HATI. Bagi yang sedang mencari kediaman, mungkin laporan berita ini dapat dijadikan panduan. Lanjut seperti yang dilaporkan di bawah ini:

[HARIAN METRO] Universiti Sains Malaysia (USM) menyatakan kurang satu peratus
bangunan di negara ini mematuhi spesifikasi piawaian kesan akibat gempa bumi.

Kajian Unit Kajian Bencana (UKB) mendapati hanya Menara Berkembar Petronas
(KLCC), Jambatan Pulau Pinang dan Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) di sini,
didapati mengikut piawaian berkenaan.

Penyelaras UKB USM, Prof Madya Taksiah Abdul Majid, berkata kajian itu
mendapati kebanyakan bangunan di negara ini tidak mementingkan aspek
berkenaan.

Beliau berkata, ketiadaan piawaian keselamatan itu kerana ada pihak
beranggapan Malaysia tidak berisiko dilanda gempa bumi.

“Disebabkan faktor itu, kebanyakan spesifikasi pembinaan bangunan kurang
mengambil berat aspek kesan akibat gempa bumi,” katanya pada sidang media
pengumuman penubuhan UKB di USM di sini, semalam.


[KOSMO] Kurang satu peratus bangunan di negara ini mematuhi spesifikasi piawaian kesan beban gempa bumi, kata Penyelaras Unit Kajian Bencana (UKB) Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Madya Taksiah Abdul Majid.

Penyelidik utama gempa bumi itu berkata, menurut kajian pihaknya kebanyakan bangunan di Malaysia kurang mengambil kira faktor itu kerana beranggapan Malaysia tidak berisiko kepada bencana berkenaan.

"Malaysia jarang mengalami masalah gempa bumi yang dahsyat dan faktor itu menyebabkan kebanyakan spesifikasi pembinaan bangunan kurang mengambil berat aspek kesan beban gempa bumi.

"Bagaimanapun, kita tidak boleh ambil mudah kerana Kuala Lumpur hanya 300 kilometer dari kepulauan Sumatera yang selalu berlaku gempa bumi besar," katanya pada sidang akhbar di USM di sini semalam.

Menurut beliau, antara bangunan yang disahkan mengikut piawaian kesan beban gempa bumi ialah Menara Berkembar Petronas (KLCC) di Kuala Lumpur dan Jambatan Pulau Pinang serta Komtar di Pulau Pinang.

Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by AllBlogTools.com Enhanced by MyBloggerTricks.com

Leave a comment

Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.

Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.

Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!

PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).

Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.

Terima kasih.

BAGASI KIRIMAN TERKINI

BAGASI KIRIMAN

PERHATIAN

Tulisan dalam blog ini sebahagian besarnya ialah respons/pendapat/ulasan RINGKAS/SPONTAN saya terhadap pelbagai isu dan perkara yang berlaku di serata negara mahupun di luar negara.

Sebahagiannya pula disalin & ditampal (
semoga dengan izin) dari blog, laman sesawang atau laman berita dari dalam dan dari luar negara. Hak cipta berita, artikel & makalah adalah milik laman sesawang atau blog tersebut.

Seboleh-bolehnya, saya cuba mengelak untuk menyiarkan mana-mana makalah/petikan/gambar tanpa restu pemilik asalnya. Jika mana-mana petikan/tulisan/gambar yang disiarkan dalam blog ini kurang disenangi pemilik asalnya, maka maklumkanlah segera kepada saya (di ruangan komen bahan terbabit) agar petikan/tulisan/gambar tersebut dapat dikeluarkan dengan kadar segera.

Untuk makluman, sebarang petikan, makalah, gambar yang dipetik dari laman berita atau dari blog /laman sesawang atau dari sumber internet yang lain tidak semestinya menggambarkan/mewakili pandangan saya dalam sesuatu isu yang berkaitan.

PENAFIAN:
Semua artikel atau berita yang disiar dalam blog ini adalah untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am. Ketepatan maklumat artikel atau berita itu perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan atau penyebaran maklumat palsu atau fitnah.

-tayadihmaysia@yahoo.com







TERIMA KASIH