Klik "LIKE" Untuk Terima Kemas Kini DCM di Facebook. Klik Butang "LIKE" di Bawah

Powered By | Blog Gadgets Via Blogger Widgets

Rakan DUNIACACAMARBA

Rakan DUNIACACAMARBA

Jadi Rakan TM

Follow tayadihmaysia on Twitter

BAGASI KIRIMAN POPULAR

Iklan & Tawaran

1. Mari sertai ChurpChurp, berinteraksi bersama-sama dengan taulan sambil menjanakan pendapatan, Percuma! Lanjut sila klik di sini.





Advertlet Hutang DCM RM1710

Advertlet Hutang DCM RM1710
Review http://duniacacamarba2.blogspot.com/ on alexa.com

Sponsored Ads

Cerita UG- Kerajaan Perpaduang

Agenda Unity Government (UG). Apa progresnya selepas ketiadaan TGNA?Video lain:1....

Posted by DUNIACACAMARBA on Saturday, October 17, 2015

Jumaat, 29 Oktober 2010

Liwat II: Budak Tadika Pun Tahu Pendakwa & Doktor Cuba...


FB Zunar:

Karpal berkata kepada hakim, budak tadika pun tahu pendakwa dan doktor menyembunyikan laporan sebenar ujian ke atas Saiful. "Kami mahu laporan penuh, bukan setakat dua para seperti ini," tambah Karpal

Mengapa pihak pendakwa berkeras tidak mahu mendedahkan nota-nota perubatan Saiful di mahkamah?

 

Kemas Kini:

* Konspirasi Liwat : 22 November Ditetapkan Hakim Untuk Buat Keputusan

[TVS] Perbicaraan konspirasi liwat terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim bersambung hari ini dengan mahkamah mendengar penghujahan daripada pihak pendakwaan dan pembelaan berhubung laporan kimia, termasuk ujian toksikolgi yang dibuat oleh pengadu Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Anwar Ibrahim tiba pada jam 8.45 pagi ditemani isterinya Wan Azizah Wan Ismail dan anaknya Nurul Nuha.Anwar kelihatan ceria walaupun beliau malam tadi berkempen di Galas untuk pilihanraya kecil di sana.

Peguam Anwar diketuai Karpal Singh manakala Peguam Cara II Mohd Yusof Zainal Abiden akan berhujah bagi pihak pendakwaan.

Selepas itu, mahkamah akan diteruskan dengan pemeriksaan semula oleh pakar bedah Hospital Kuala Lumpur HKL Dr Mohd Razali Ibrahim.

Semalam, pakar bedah Am Dr Razali Ibrahim yang memeriksa Mohd Saiful Bukhary Azlan untuk mengenal pasti kesan-kesan diliwat memberitahu mahkamah, beliau mendapati rektum pengadu itu "kosong."

Peguam Cara II Yusof memberitahu mahkamah hari ini akan akan mendengar permohonan daripada pihak pembelaan bagi mendapatkan nota klinikal dan laporan kimia sama ada ia menepati Seksyen 51A Kanun Acara Jenayah.

Karpal merujuk kepada keputusan Mahkamah Persekutuan berkenaan asas pembelaan bagi mendapatkan nota klinikal.

Katanya, Mahkamah Persekutuan membuat keputusan bahawa dalam pra-perbicaraan kes itu, pembelaan tidak berhak untuk dokumen itu.

Karpal berkata mahkamah terlalu bergantung terhadap hujah pendakwaan bahawa nota itu tidak dirujuk, justeru tidak boleh diberikan kepada pembelaan.Katanya, kredibiliti saksi pakar (Dr Mohd Razali) bergantung pada nota tersebut.

Karpal juga berkata hakim akan dilihat tidak melakukan apa-apa sekiranya permintaan pembelaan tidak diendahkan.Beliau berhujah laporan ahli kimia tidak dapat diterima apabila pendakwaan tidak mahu memasukkan laporan toksikolgi Saiful sebagai sebahagian daripada bukti walaupun ia dilampirkan bersama laporan ahli kimia itu.

Karpal berkata bahawa melalui nota klinikal itu "kami akan cuba dan buktikan bahawa testimoni saksi pakar akan bercangggah dengan notanya"

Sementara itu ,Yusof mempertahankan bahawa nota klinikal hanya akan diberikan sekiranya saksi memutuskan mahu merujuknya.Beliau memberitahu mahkamah, seperti dalam kes pembunuhan, hanya laporan bedah siasat akhir sahaja yang dikemukakan.

Tambah Yusof lagi, tiada permohonan daripada saksi untuk merujuk kepada nota klinikal tersebut.Seperti laporan ahli kimia, Yusof berkata ia tidak mewujudkan prejudis terhadap tertuduh (Anwar).

Sambil memohon membatalkan permohonan pembelaan, Yusof menegaskan pihak pembelaan tidak berhak mendapatkan laporan klinikal kerana tidak menepati Seksyen 155 dan 161 Kanun Acara Jenayah.

Beliau mengingatkan bahawa menjadi tanggungjawab hakim bagi memastikan keadilan - di mana ia mesti banyak bergantung kepada bukti pakar.

Justeru,Hakim Zabidin menetapkan tarikh 22 November bagi membuat keputusan.

Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by AllBlogTools.com Enhanced by MyBloggerTricks.com

Leave a comment

Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.

Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.

Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!

PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).

Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.

Terima kasih.

BAGASI KIRIMAN TERKINI

BAGASI KIRIMAN

PERHATIAN

Tulisan dalam blog ini sebahagian besarnya ialah respons/pendapat/ulasan RINGKAS/SPONTAN saya terhadap pelbagai isu dan perkara yang berlaku di serata negara mahupun di luar negara.

Sebahagiannya pula disalin & ditampal (
semoga dengan izin) dari blog, laman sesawang atau laman berita dari dalam dan dari luar negara. Hak cipta berita, artikel & makalah adalah milik laman sesawang atau blog tersebut.

Seboleh-bolehnya, saya cuba mengelak untuk menyiarkan mana-mana makalah/petikan/gambar tanpa restu pemilik asalnya. Jika mana-mana petikan/tulisan/gambar yang disiarkan dalam blog ini kurang disenangi pemilik asalnya, maka maklumkanlah segera kepada saya (di ruangan komen bahan terbabit) agar petikan/tulisan/gambar tersebut dapat dikeluarkan dengan kadar segera.

Untuk makluman, sebarang petikan, makalah, gambar yang dipetik dari laman berita atau dari blog /laman sesawang atau dari sumber internet yang lain tidak semestinya menggambarkan/mewakili pandangan saya dalam sesuatu isu yang berkaitan.

PENAFIAN:
Semua artikel atau berita yang disiar dalam blog ini adalah untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am. Ketepatan maklumat artikel atau berita itu perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan atau penyebaran maklumat palsu atau fitnah.

-tayadihmaysia@yahoo.com







TERIMA KASIH