Budak 15 Tahun Diperkosa Kekasih dan Bekas Kekasih
![]() |
| Sekadar hiasan. |
[HM] KUALA TERENGGANU: Polis menahan dua lelaki dipercayai kekasih dan bekas kekasih seorang pelajar berusia 15 tahun yang menjadi mangsa rogol di sebuah chalet di Kampung Raja, Besut, kelmarin.
Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Kamaruddin Mohd Zakaria berkata, suspek pertama berusia 17 tahun yang tidak bersekolah adalah kekasih gadis itu berasal dari Kampung Keluang, Besut, manakala suspek kedua, bekas kekasihnya yang juga tidak bersekolah berusia 18 tahun dari Kampung Gong Pasir, Kerandang, Besut.
Menurutnya, mangsa, seorang pelajar tingkatan tiga berasal dari Kampung Tanah Merah, Kerandang, Besut mendakwa dirogol dua lelaki itu pada tarikh dan tempat berbeza.
“Mengikut laporan, kira-kira jam 9.45 malam Khamis lalu, mangsa keluar mengikut teman lelakinya, suspek pertama ke sebuah chalet di Kampung Bukit Keluang, Kampung Raja, Besut,” katanya.





Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.