Tauke Dadah Paling Cantik & Seksi Ditangkap
The Sunday Telegraph melaporkan penjenayah pelarian Simone Farrow yang didakwa tauke rangkaian dadah antarabangsa telah ditangkap semula di Australia.
Model bikini dan Penthouse itu telah ditahan di sebuah hotel murah di Lebuh Raya Gold Coast minggu lalu, sebulan selepas dia membayar wang ikat jamin sebanyak A$150,000 (RM485 040).
Farrow memberitahu pemberita pada hari Sabtu lalu bahawa dia melarikan diri kerana seseorang cuba membunuhnya.
Warga Australia berusia 37 tahun, yang juga dikenali Starr, dijangka muncul di mahkamah minggu ini. Farrow dituduh mengedar methylamphetamine atau dikenal sebagai ais yang dibungkus bersama-sama dengan garam mandian dan produk lain ke Australia.
Pihak polis percaya bahawa Farrow adalah individu penting di balik sindiket dadah terancang yang terdiri daripada sekurang-kurangnya tujuh orang. Polis Persekutuan Australia menyiasat Farrow selepas pihak Kastam mengesan tujuh pakej kurier yang mengandungi ais atau bahan kimia yang digunakan sebagai ejen pemotongan untuk dadah pada tahun 2009.
Setelah menyusun maklumat daripada rekod telefon, bank dan pos, polis menahan Farrow pada Oktober 2009, sejurus tiba di Australia dari Hawaii.
Penyiasat juga menyerbu apartmen Farrow di Hollywood dan merampas 85g ais dan dokumen yang berkaitan dengan penghantaran dadah. Farrow membayar wang ikat jamin tetapi dia gagal hadir di dua sesi perbicaraan pada bulan lepas.-DCM

Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.