[Wajib Baca] Menteri Mengaku Malaysia Ada Hubungan Dagang dengan Israel Laknatullah
Menurut berita SH, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, “Sebagai sebuah negara Islam, kita tidak iktiraf Israel kerana mereka menindas rakyat Palestin dari segi kepentingan hak rakyat, namun Kerajaan Pusat tidak pernah menyembunyikan yang kita ada jalankan perniagaan dengan mereka.
Kerana dalam perkembangan dunia hari ini amat sukar untuk mengasingkan perdagangan dengan negara luar termasuk Israel,” katanya kepada pemberita selepas majlis seminar panel penasihat peringkat Kelantan di Politeknik Kota Bharu, hari ini.
“Namun dari segi politik kita memang tidak langsung menyokong mereka dan masih menganggap mereka masih sebagai musuh dalam Islam, Insya-Allah saya akan beri penerangan mengenai perkara ini di Parlimen dalam masa terdekat,” katanya lagi.

Pengakuan Mustafa Mohamed membuktikan bahawa Malaysia menyokong ekonomi Israel secara langsung. Dengan sokongan ekonomi ini, Israel memperoleh wang/pendapatan/dana untuk membiayai kempen ketenteraan mereka termasuk kekejaman terhadap rakyat Palestine. Apalah maknanya Malaysia tidak menjalinkan hubungan diplomatik, sedangkan Malaysia membantu membangunkan/mengembangkan ekonomi Israel. Walhal kita tahu, kekuatan ekonomi adalah lebih penting daripada hubungan politik.
Menurut Mustafa, dalam perkembangan hari ini agak sukar Malaysia mengelakkan perdagangan dengan Israel. Adakah sukar untuk mengelakkan hubungan dengan Israel sedangkan ada hampir 200 buah negara yang menjadi ahli PBB? Untuk mengetahui tahap keakraban hubungan dagang antara Malaysia dengan Israel, anda perlu melihat statistik/kedudukan yang dikeluarkan oleh PBB di bawah ini.
Sebelum itu, Reuters ada melaporkan bahawa Malaysia menghentikan eksport minyak kelapa sawit ke Iran, namun dalam diam-diam mengeksport minyak kelapa sawit ke Israel. Tindakan Malaysia itu dikatakan kerana mengikut telunjuk AS dan Israel dalam usaha memberikan tekanan ekonomi kepada Iran. Jika benar, jelas dan terang bahawa Malaysia sanggup menjadi pak turut kepada negara kuasa besar itu untuk menzalimi negara yang majoriti rakyatnya beragama Islam.
Apabila diselidik, hubungan dagang antara Malaysia dengan Israel rupa-rupanya sudah berlangsung selama 12 tahun. Agak-agaknya sudah berapa banyak wang hasil dagangan Malaysia-Israel digunakan untuk membiayai kempen kekejaman Israel terhadap Palestine?
Menurut Data Statistik Perdagangan Komoditi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu yang dilaporkan di Harakah Daily, pada tahun 2001 sahaja, Malaysia telah mengimport ASD615.924 juta (RM1,847 juta) barangan Israel. Pada tahun itu, Malaysia telah mengeksport ASD26.553 juta (RM79.65 juta) barangannya ke negara haram itu.
Sejak itu, perdagangan antara Malaysia dengan Israel sentiasa meningkat dari tahun ke tahun. Pada tahun 2010, Malaysia mengimport ASD798.069 juta (RM2,394 juta) barangan Israel berbanding dengan ASD85.129 juta (RM255.38 juta) barangan yang dieksport Malaysia ke Israel.Menurut pangkalan data itu juga, Malaysia adalah negara ke 18 di dunia yang menerima barangan eksport dari Israel dengan Amerika menjadi negara paling banyak menerima barangan dari negara haram itu.

Dengan kedudukan ke 18, nilai eksport Israel ke Malaysia jauh lebih tinggi berbanding dengan Cyprus yang berada di kedudukan ke-19, Kanada (20), Taiwan (21), Japan (22), Australia (23), Singapura (24) dan Thailand (25). Cuba lihat dan bandingkan betapa hebatnya hubungan dagang antara Malaysia dengan Israel. Cuba bayangkan peranan Malaysia dalam membantu Israel membiayai kempen ketenteraan mereka terhadap negara Islam di rantau Arab!
Berdasarkan fakta ini, rakyat Malaysia sepatutnya mendapat gambaran yang jelas tentang pihak yang benar-benar menyokong Israel dengan pihak yang benar-benar mahu melihat rakyat Palestine bebas daripada kesengsaraan yang dihadapi oleh mereka hari ini. -DCM
P/s: Menurut Tuan Presiden PAS, orang Islam dibolehkan berdagang dengan Yahudi berdasarkan sejarah hubungan dagang pada zaman Nabi Muhammad, namun orang Islam tidak boleh sesekali berdagang dengan Israel! Sudah terang lagi bersuluh Malaysia, walaupun cuba dibelitkan oleh pemimpin dan jurublog UMNO, ada hubungan dagang dengan Israel. Siapa pengkhianat Islam yang sebenar?
Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.