11 764 Dapat pengecualian Bayaran Balik PTPTN, Peminjam Wajib Terus Sokong Usaha Pakatan
Adakah PTPTN akan mengumumkan pengecualian bayaran balik kepada sejumlah pelajar jika PR tidak membangkitkan bebanan yang ditanggung pelajar secara berterusan dan konsisten? Samalah juga dengan situasi berkaitan dengan pemansuhan ISA, adakah kerajaan BN akan memansuhkan ISA dan menggantikannya dengan akta baharu (belum tentu adil dan tidak zalim) jika PR tidak bersuara menentang ISA?
PTPTN diwujudkan untuk mengambil alih program pinjaman pelajaran JPA dan pinjaman agensi kerajaan yang lain bermula awal tahun 1997. Selepas pelaksanaannya, barulah banyak pihak menyedari bahawa PTPTN umpama ah long berlesen yang amat membebankan peminjamnya. Jika ah long lintah darat mengenakan bunga yang tidak masuk akal, PTPTN pula mengenakan caj perkhidmatan (asalnya 4%, kini 1%) yang amat membebankan. Untuk melihat betapa "kejamnya" sistem pinjaman ini, sila rujuk gambar yang saya salin dan tampal daripada Penarik Beca dan Kedah Lanie:

Apabila PR berikrar untuk menghapuskan PTPTN jika berjaya mengambil alih Putrajaya, pemimpin UMNO melalak dengan mengatakan bahawa orang Melayu akan terjejas teruk, rugi, dan sebagainya. Walhal, penghapusan PTPTN akan digantikan dengan suatu sistem yang lebih baik dan tidak membebankan graduan yang baru tamat pengajian. Najib pula didakwa cuba mengelirukan amsyarakat dengan mengeluarkan data kos PTPTN berjumlah RM43 bilion yang kemudiannya disanggah oleh Husam. Menurut Husam, kos PTPTN setakat ini hanya sekitar RM24 bilion.
Cuba lihat penyata PTPTN di atas yang sekarang dimomokkan oleh pemimpin BN dan jurublog pencacai sebagai nyawa orang Melayu. Adakah pinjaman pelajaran sebanyak RM48 ribu tetapi perlu dibayar sehingga RM61 ribu itu menguntungkan Melayu, membantu Melayu? Mengapa peminjam perlu membayar "bunga" yang berlindung di bawah kos pentadbiran sehingga RM13 ribu? Mengapa pelajar perlu menanggung kos gaji dan operasi PTPTN?
Sepatutnya, kerajaan yang bertanggungjawab mencari jalan agar dapat menyediakan kemudahan yang dapat meringankan beban pelajar yang rata-ratanya datang daripada keluarga miskin dan sederhana. Seteruk-teruk kerajaan sekali pun, mintalah pelajar membayar jumlah yang dipinjamnya, bukan mengenakan caj tambahan yang hampir menyamai separuh daripada jumlah pinjaman untuk membiayai kos operasi PTPTN.
Cuba fikir! -DCM

P/s: Orang muda wajib menyokong sesuatu yang memberikan faedah kepada mereka dan masa depan negara!
Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.