Zbigniew Filo, 24 terkejut besar apabila mendapati kereta Fordnya berada di atas sebatang pokok.
Mengapa dan bagaimana kereta itu berada di atas pokok? Semuanya gara-gara penduduk di kawasan tempat tinggal Filo berang dan tidak berpuas hati dengan cara pemanduan pemuda itu.
Seorang penduduk kawasan perumahan yang terletak di Lubczyna, Poland itu berkata: "Sesiapa atau walau apa-apa pun, kejadian ini mungkin sesuatu yang baik kerana pemuda itu memandu secara berbahaya dan cara pemanduannya itu boleh membunuh seseorang."
Menurut sumber, penduduk yang tidak diketahui identiti telah meminjam sebuah kren sebelum meletakkan kereta Filo di atas pokok. -DCM/TS
sah..tak lain tak bukan...ni mesti keje Puak-puak UMNO ni...jom demo turun 3.142...