Klik "LIKE" Untuk Terima Kemas Kini DCM di Facebook. Klik Butang "LIKE" di Bawah

Powered By | Blog Gadgets Via Blogger Widgets

Rakan DUNIACACAMARBA

Rakan DUNIACACAMARBA

Jadi Rakan TM

Follow tayadihmaysia on Twitter

BAGASI KIRIMAN POPULAR

Iklan & Tawaran

1. Mari sertai ChurpChurp, berinteraksi bersama-sama dengan taulan sambil menjanakan pendapatan, Percuma! Lanjut sila klik di sini.





Advertlet Hutang DCM RM1710

Advertlet Hutang DCM RM1710
Review http://duniacacamarba2.blogspot.com/ on alexa.com

Sponsored Ads

Cerita UG- Kerajaan Perpaduang

Agenda Unity Government (UG). Apa progresnya selepas ketiadaan TGNA?Video lain:1....

Posted by DUNIACACAMARBA on Saturday, October 17, 2015

,

Khamis, 28 Februari 2013

Gara-gara Dihentam Peminat dan Penyokong PR, Salih Yaacob Umum Bersara daripada Industri Hiburan




Bahana menyindir Pakatan Rakyat secara melulu dan tanpa membuat penyelidikan.

Penyampai radio, pelawak serta pengacara terkenal, Salih Yaacob, 52, dilaporkan oleh Utusan Malaysia mengambil keputusan untuk menarik diri daripada dunia hiburan ekoran penyebaran sketsa pendek berjudul Buku Jingga di laman YouTube. Sketsa tersebut merupakan satu daripada video yang diterbitkan dalam siri Bangkang dari Longkang.

Sketsa pendek berdurasi kira-kira tiga minit yang memaparkan situasi di sebuah ceramah parti politik itu turut disertai seorang lagi rakan pelawaknya, Nabil Ahmad.

Kesannya, Salih mendapat kritikan meluas daripada pihak penyokong parti pembangkang, bahkan stesen radio Sinar FM turut diugut untuk diboikot.

"Saya sangat kecewa dan meminta maaf kepada peminat.

"Saya mengambil keputusan untuk tidak lagi terlibat dalam bidang hiburan selepas ini. Soal kerjaya sebagai penyampai radio pula saya serah semuanya kepada pihak pengurusan," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia hari ini.

 Laporan dan video yang memaparkan sketsa Buku Jingga itu boleh ditonton di sini.

Siri Bangkang dari Longkang turut membarisi pelawak Afdlin Shauki, Sathiya, Harun Salim Bachik, Adlin Aman Ramlie, Sharifah Shahira, Harith Iskander, Douglas Lim, dan Johan Raja Lawak yang menyentuh pelbagai isu semasa termasuklah isu Buku Jingga, Gaji Minimum, dan BERSIH.

Setakat ini hanya Nabil dan Salih Yaacob yang menerima tempias kerana terbabit dalam siri Bangkang dari Longkang. Bagaimana pula respons masyarakat terhadap pelawak lain yang turut mempersenda PR dalam pelbagai isu? Tonton video-video tersebut di Youtube dan nilailah fitnah dan sindiran yang dilakonkan oleh mereka- DCM


P/s: Siapa kata rakyat Malaysia dan penyokong PR tiada pengaruh untuk bertindak balas terhadap fitnah pihak tertentu?





  1. Ya benar, penyokong PR (majoriri rakyat lah tu) sekarang sangat berpengaruh. Sampai Salih declare nak berenti dari dunia hiburan. Hebat betul kesannya. Tahniah semua rakyar Malaysia yang menyumbang kepada minta maafni.
    Harap2 Salih Yaacob tukar brand dan sokong PR terus mulai sekarang. Orang-orang baik akan pilih PR, Bang Salih oii..

    gravatar Comment by Riss @ Khamis, Februari 28, 2013 12:15:00 PTG      
  2. Alhamdulliah atas kerja2 anda yg terbabit
    dalam bangkang dari longkang....
    moga Allah mendengar doa2 orang yg teraniya
    HIdup Salleh kerana membantu menambah % org menyambah kat BN.....aminnnnn

    gravatar Comment by Tanpa Nama @ Khamis, Februari 28, 2013 12:22:00 PTG      
  3. helllooo... dia letak jawatan sbg artis
    sbb nak bertanding kot...
    MB perak dengar2 nak kosongkan seat

    gravatar Comment by Tanpa Nama @ Khamis, Februari 28, 2013 1:44:00 PTG      
  4. itu laaa...kalu nak merapu tu tgklah isu dia betul2...palsu kaaaa....kan dah kene terajang sampai masuk longkang.....

    gravatar Comment by Tanpa Nama @ Khamis, Februari 28, 2013 2:36:00 PTG      
  5. AlhamduliLlah,

    Sdr Saleh Yaakob telah menunjukan kematangan dan sensitiviti kepada rakyat semasa, walau pun dah terlanjur namun siapakah antara kita yang tak tersalah dan tersilap, kecuali Nabi s.a.w (Lainlah dengan Tun M yang berasa dia terbaik didunia untuk semua - semoga Allah beri hidayah)

    Yang menarik dalam tindakan ini (jika benar) bukanlah atas kekuatan Salleh tetapi petunjuk Allah juga. Sedar atau tidak Salleh telah menyelmatkan keluarganya yang banyak dan ramai (Empat isteri entah berapa anak) dari terus menerus memakan rizki HARAM hasil dari fitnah dan menyakitkan perasaan orang lain.

    Untuk sesiapa sahaja insan didunia ini ELAKLAH DARI MENFITNAH, BERBOHONG DAN MENIPU dll yang sewaktu dengannya, KERANA MEMAKAN HASIL YANG HARAM ADALAH SEPERTI MENYEDIAKAN DIRI, IBU BAPA , KELUARGA (isteri/suami, anak-anak) UNTUK MENJADI BAHAN BAKAR API NERAKA, INI BUKAN PENDAPAT DAN KHILAF TETAPI SYARIAT ALLAH.

    Syabas Salleh jika kamu membaca ini sampaikan kepada sahabat-sahabat kamu. Mungkin Salleh tak membaca sesiapa yang kenal Salleh dan membaca komen ini sampaikan padanya.

    SEMOGA ALLAH MELEBIHKAN REZKI ANDA DARI SUMBER YANG LEBIH BAIK DAN DIREDA ALLAH.

    Tokwan Perak.

    gravatar Comment by Tanpa Nama @ Khamis, Februari 28, 2013 3:05:00 PTG      
  6. PORAHHHHHH....
    LAWAK KAMPUNG JA SEMUA TU DARI PELAWAK2 BANGANG.
    KITA BOIKOT SEMUA KELUARAN FILEM PELAKON2 BANGANG TERSEBUT. ITU JA BALASAN YG SETIMPAL UTK PELAWAK2 YB BEROTAK LEMBU.

    gravatar Comment by Tanpa Nama @ Khamis, Februari 28, 2013 4:43:00 PTG      
  7. benda2 yg berkaitan amgok laknatullah pasti akan membawa kehanchorannnnnn.... dunia dan akhirat... otai pun boleh terkena... bukan salah ibu mengandung... mufti pun boleh jadi mopti... ulama pun boleh jadi P*K*M*K... kalau main dgn amgok laknatullah.... nauzubillah

    gravatar Comment by otaklunyai @ Khamis, Februari 28, 2013 4:52:00 PTG      
  8. Ni. Nak mintak belas kasihan la ni..... Mulut longkang

    gravatar Comment by giga8 @ Sabtu, Mac 02, 2013 11:11:00 PG      
  9. nak minta kasihan. mulut longkang ni.

    gravatar Comment by giga8 @ Sabtu, Mac 02, 2013 11:13:00 PG      
Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by AllBlogTools.com Enhanced by MyBloggerTricks.com

Leave a comment

Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.

Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.

Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!

PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).

Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.

Terima kasih.

BAGASI KIRIMAN TERKINI

BAGASI KIRIMAN

PERHATIAN

Tulisan dalam blog ini sebahagian besarnya ialah respons/pendapat/ulasan RINGKAS/SPONTAN saya terhadap pelbagai isu dan perkara yang berlaku di serata negara mahupun di luar negara.

Sebahagiannya pula disalin & ditampal (
semoga dengan izin) dari blog, laman sesawang atau laman berita dari dalam dan dari luar negara. Hak cipta berita, artikel & makalah adalah milik laman sesawang atau blog tersebut.

Seboleh-bolehnya, saya cuba mengelak untuk menyiarkan mana-mana makalah/petikan/gambar tanpa restu pemilik asalnya. Jika mana-mana petikan/tulisan/gambar yang disiarkan dalam blog ini kurang disenangi pemilik asalnya, maka maklumkanlah segera kepada saya (di ruangan komen bahan terbabit) agar petikan/tulisan/gambar tersebut dapat dikeluarkan dengan kadar segera.

Untuk makluman, sebarang petikan, makalah, gambar yang dipetik dari laman berita atau dari blog /laman sesawang atau dari sumber internet yang lain tidak semestinya menggambarkan/mewakili pandangan saya dalam sesuatu isu yang berkaitan.

PENAFIAN:
Semua artikel atau berita yang disiar dalam blog ini adalah untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am. Ketepatan maklumat artikel atau berita itu perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan atau penyebaran maklumat palsu atau fitnah.

-tayadihmaysia@yahoo.com







TERIMA KASIH