Klik "LIKE" Untuk Terima Kemas Kini DCM di Facebook. Klik Butang "LIKE" di Bawah

Powered By | Blog Gadgets Via Blogger Widgets

Rakan DUNIACACAMARBA

Rakan DUNIACACAMARBA

Rakan DUNIACACAMARBA

Ikuti DUNIACACAMARBA Melalui e-mel (Masukkan Alamat e-mel)

Jadi Rakan TM

Google+ Badge

BAGASI KIRIMAN POPULAR

Iklan & Tawaran

1. Mari sertai ChurpChurp, berinteraksi bersama-sama dengan taulan sambil menjanakan pendapatan, Percuma! Lanjut sila klik di sini.





Advertlet Hutang DCM RM1710

Advertlet Hutang DCM RM1710

Sponsored Ads

Cerita UG- Kerajaan Perpaduang

Agenda Unity Government (UG). Apa progresnya selepas ketiadaan TGNA?Video lain:1....

Posted by DUNIACACAMARBA on Saturday, October 17, 2015

,

Selasa, 16 Julai 2013

Belasah Orang Sampai Pecah Limpa dan Usus Kecil, Pesalah Hanya Dikenakan....



Samseng Kopitiam Diarah Bayar RM10 000

[HM] Kuantan: Tindakan seorang lelaki membelasah pelayan kopitiam warga Myanmar sehingga menyebabkan mangsa pecah limpa dan usus kecil pada Oktober tahun lalu, akhirnya menerima balasan apabila dia dijatuhi hukuman penjara sehari dan denda RM5,000 oleh Mahkamah Majistret, di sini, semalam.

Tertuduh, Mohd Rosli Awang, 35, dari Lorong Pandan Damai, dekat sini, yang mengaku bersalah terhadap pertuduhan itu juga diarahkan membayar pampasan sebanyak RM10,000 kepada mangsa.

Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh didakwa mendatangkan cedera parah dengan menggunakan kaki dan tangan terhadap seorang lelaki, Htong Haw, 29, sehingga menyebabkan mangsa mengalami pendarahan dalam perut, pecah limpa dan usus kecil serta luka pada hati.

Dia melakukan kesalahan itu di Kemaman Kopitiam, Lorong Tun Ismail 2, di sini, pada 18 Oktober 2011 jam 12.30 tengah malam. Bagi kesalahan itu, tertuduh boleh dihukum penjara sehingga tujuh tahun dan boleh dikenakan denda jika sabit kesalahan mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan. Majistret Tuan Ruzuaini Tuan Lah turut mengarahkan tertuduh mengemukakan permohonan maaf secara terbuka di dalam mahkamah terhadap mangsa.

Terdahulu, tertuduh yang diwakili peguam Muhd Hisham Abdul Rahim memohon mahkamah mengenakan hukuman ringan kerana dia perlu menanggung dua isterinya yang sedang mengandung dan empat anak. 

Katanya, tindakan tertuduh membelasah mangsa adalah disebabkan mangsa sering mengganggu seorang wanita bernama Siti Aisyah Nordin dengan menyucuk badan wanita berkenaan sehingga mengenai bahagian tepi buah dadanya.

“Perbuatan mangsa itu sudah dilakukan banyak kali dan wanita berkenaan pernah melarangnya, namun tidak diendahkan mangsa sehingga menyebabkan tertuduh mengambil keputusan bertindak demikian,” katanya.



P/s: Apabila pesalah menuduh mangsa melakukan perbuatan cabul, hal itu perlu diikuti laporan polis. Biarlah polis yang menyiasat kes itu, bukannya membelasah mangsa sehingga separuh mati.

Dalam kes pesalah ini, mahkamah telah membuktikan bahawa dia melakukan kesalahan itu. Yang peliknya, dia hanya dikenakan hukuman penjara sehari, denda RM5 000, dan perlu membayar pamsasan sebanyak RM10 000 walaupun kekerasan yang dilakukannya menyebabkan mangsa mengalami kecederaan yang serius dan masalah kesihatan yang berpanjangan.

Menurut laporan media, mangsa kini masih lagi merasa sakit di bahagian perut dan tidak boleh melakukan kerja berat.

Imbas kembali perjalanan kes ini di sini.

Penghakiman seperti ini mendorong orang ramai mempersoal rasional undang-undang di negara sendiri.

Setuju? Baca kes mekanik mencuri lapan keping coklat berharga RM63.20 dan dikenakan hukuman penjara 14 hari. Baca di sini. Bandingkan!

Pihak pendakwaan seharusnya membawa kes ini ke peringkat yang lebih tinggi agar mangsa, warga asing, mendapat pembelaan yang sewajarnya.


Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by AllBlogTools.com Enhanced by MyBloggerTricks.com

Leave a comment

Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.

Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.

Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!

PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).

Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.

Terima kasih.

BAGASI KIRIMAN TERKINI

BAGASI KIRIMAN

PERHATIAN

Tulisan dalam blog ini sebahagian besarnya ialah respons/pendapat/ulasan RINGKAS/SPONTAN saya terhadap pelbagai isu dan perkara yang berlaku di serata negara mahupun di luar negara.

Sebahagiannya pula disalin & ditampal (
semoga dengan izin) dari blog, laman sesawang atau laman berita dari dalam dan dari luar negara. Hak cipta berita, artikel & makalah adalah milik laman sesawang atau blog tersebut.

Seboleh-bolehnya, saya cuba mengelak untuk menyiarkan mana-mana makalah/petikan/gambar tanpa restu pemilik asalnya. Jika mana-mana petikan/tulisan/gambar yang disiarkan dalam blog ini kurang disenangi pemilik asalnya, maka maklumkanlah segera kepada saya (di ruangan komen bahan terbabit) agar petikan/tulisan/gambar tersebut dapat dikeluarkan dengan kadar segera.

Untuk makluman, sebarang petikan, makalah, gambar yang dipetik dari laman berita atau dari blog /laman sesawang atau dari sumber internet yang lain tidak semestinya menggambarkan/mewakili pandangan saya dalam sesuatu isu yang berkaitan.

PENAFIAN:
Semua artikel atau berita yang disiar dalam blog ini adalah untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am. Ketepatan maklumat artikel atau berita itu perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan atau penyebaran maklumat palsu atau fitnah.

-tayadihmaysia@yahoo.com







TERIMA KASIH