Klik "LIKE" Untuk Terima Kemas Kini DCM di Facebook. Klik Butang "LIKE" di Bawah

Powered By | Blog Gadgets Via Blogger Widgets

Rakan DUNIACACAMARBA

Rakan DUNIACACAMARBA

Rakan DUNIACACAMARBA

Ikuti DUNIACACAMARBA Melalui e-mel (Masukkan Alamat e-mel)

Jadi Rakan TM

Google+ Badge

BAGASI KIRIMAN POPULAR

Iklan & Tawaran

1. Mari sertai ChurpChurp, berinteraksi bersama-sama dengan taulan sambil menjanakan pendapatan, Percuma! Lanjut sila klik di sini.





Advertlet Hutang DCM RM1710

Advertlet Hutang DCM RM1710

Sponsored Ads

Cerita UG- Kerajaan Perpaduang

Agenda Unity Government (UG). Apa progresnya selepas ketiadaan TGNA?Video lain:1....

Posted by DUNIACACAMARBA on Saturday, October 17, 2015

,

Selasa, 23 Julai 2013

[Kemas Kini] Tidak Wajar Sekolah Minta Murid Bukan Islam MAKAN di dalam BILIK MANDI Bersebelahan TANDAS





Murid bukan Islam diarahkan makan dan berehat di dalam bilik mandi dan persalinan pada bulan Ramadan.

Sekolah mana? Berdasarkan maklumat yang diberikan oleh ibu bapa pelajar yang terlibat, sekolah tersebut ialah Sekolah Kebangsaan Sri Pristana dan berdasarkan komen, TM yakin sekolah ini letaknya berhampiran dengan Saujana Utama Sg Buloh.

Persoalannya, mengapa murid bukan Islam diperlakukan begitu?  Menurut salah seorang ibu pelajar terbabit,  Guneswari Kelly (klik link untuk baca rungutan dan lihat gambar), bilik mandi dan persalinan yang menjadi tempat pelajar bukan Islam makan itu letaknya bersebelahan dengan tandas yang sudah tentu kotor dan berbau. Malah lokasi itu juga tercemar dengan pelbagai bakteria. Walaupun kita mencucinya setiap hari, semua orang tahu bahawa tandas tempat yang "kotor" dan menjadi habitat pelbagai bakteria bahaya.

Tambah Guneswari Kelly, pihak pentadbir sekolah didakwa enggan membenarkan pelajar bukan Islam makan di kantin sekolah kerana bimbang mereka akan mengotorkan kawasan tersebut. Persoalannya, sukar sangatkah pekerja am sekolah membersihkan kawasan kantin yang digunakan oleh beberapa kerat pelajar bukan Islam? Jika tiada pekerja am, terjejaskah puasa guru jika terpaksa menyapu cebisan makanan yang bertaburan di lantai?

Jika BENAR, alasan yang diberikan oleh pentadbir sekolah ialah soal kebersihan kantin, maka jelas dan nyata tindakan sekolah ini tidak wajar sama sekali. Mereka menjaga kebersihan kantin namun dalam masa yang sama membiarkan pelajar mereka makan di tempat yang tidak sepatutnya.

Harap pihak Jabatan Pendidikan Kuala Selangor menyiasat dan mengambil tindakan sewajarnya terhadap pentadbir sekolah jika terbukti bersalah kerana hal ini dapat menjatuhkan martabat Islam, kredibiliti pihak jabatan/kementerian, dan memburukkan lagi persepsi masyarakat bukan Melayu terhadap sekolah kebangsaan.-DCM


P/s: Kalau alasan menghormati umat Islam berpuasa digunakan oleh pentadbir sekolah, maka tergugatkah puasa orang Islam jika mereka ternampak orang bukan Islam menikmati makanan pada siang hari?


Kemas Kini:

Alasan pihak sekolah arah murid bukan Islam makan di dalam bilik mandi dan persalinan di SK Sri Pristana:

Saya petik daripda blog Mazidul yang berhubung dengan pihak sekolah:

"Mengapakah mereka tidak makan di kantin?," soal saya.

"Kantin sekolah ditutup sejak hari pertama bulan Ramadan kerana kerja menggantikan pintu kayu dengan pintu kaca. Pihak pengurusan sekolah bimbang jika dalam proses pembinaan itu, mungkin pelajar menggunakan kantin akan tercedera," jawabnya.


Kerja menukar pintu kayu kepada pintu kaca bermula dari hari pertama Ramadan. Masih belum siap walaupun sudah 2 minggu berlalu? Kononnya, kerja-kerja itu membahayakan murid. Bukankah pihak sekolah boleh memasang tali tape keselamatan mengehadkan kawasan pengubahsuaian dengan kawasan makan pelajar bukan Islam?

Anda boleh terima alasan itu?





Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by AllBlogTools.com Enhanced by MyBloggerTricks.com

Leave a comment

Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.

Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.

Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!

PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).

Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.

Terima kasih.

BAGASI KIRIMAN TERKINI

BAGASI KIRIMAN

PERHATIAN

Tulisan dalam blog ini sebahagian besarnya ialah respons/pendapat/ulasan RINGKAS/SPONTAN saya terhadap pelbagai isu dan perkara yang berlaku di serata negara mahupun di luar negara.

Sebahagiannya pula disalin & ditampal (
semoga dengan izin) dari blog, laman sesawang atau laman berita dari dalam dan dari luar negara. Hak cipta berita, artikel & makalah adalah milik laman sesawang atau blog tersebut.

Seboleh-bolehnya, saya cuba mengelak untuk menyiarkan mana-mana makalah/petikan/gambar tanpa restu pemilik asalnya. Jika mana-mana petikan/tulisan/gambar yang disiarkan dalam blog ini kurang disenangi pemilik asalnya, maka maklumkanlah segera kepada saya (di ruangan komen bahan terbabit) agar petikan/tulisan/gambar tersebut dapat dikeluarkan dengan kadar segera.

Untuk makluman, sebarang petikan, makalah, gambar yang dipetik dari laman berita atau dari blog /laman sesawang atau dari sumber internet yang lain tidak semestinya menggambarkan/mewakili pandangan saya dalam sesuatu isu yang berkaitan.

PENAFIAN:
Semua artikel atau berita yang disiar dalam blog ini adalah untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am. Ketepatan maklumat artikel atau berita itu perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan atau penyebaran maklumat palsu atau fitnah.

-tayadihmaysia@yahoo.com







TERIMA KASIH