Klik "LIKE" Untuk Terima Kemas Kini DCM di Facebook. Klik Butang "LIKE" di Bawah

Powered By | Blog Gadgets Via Blogger Widgets

Rakan DUNIACACAMARBA

Rakan DUNIACACAMARBA

Rakan DUNIACACAMARBA

Ikuti DUNIACACAMARBA Melalui e-mel (Masukkan Alamat e-mel)

Jadi Rakan TM

Google+ Badge

BAGASI KIRIMAN POPULAR

Iklan & Tawaran

1. Mari sertai ChurpChurp, berinteraksi bersama-sama dengan taulan sambil menjanakan pendapatan, Percuma! Lanjut sila klik di sini.





Advertlet Hutang DCM RM1710

Advertlet Hutang DCM RM1710

Sponsored Ads

Cerita UG- Kerajaan Perpaduang

Agenda Unity Government (UG). Apa progresnya selepas ketiadaan TGNA?Video lain:1....

Posted by DUNIACACAMARBA on Saturday, October 17, 2015

, ,

Isnin, 22 Julai 2013

Peserta Ratu Cantik Tanya: "Mengapa Tidak Larang Atlet Islam dalam Sukan Renang dan Gimnastik?" Siapa Mahu Jawab?



Dua Finalis Miss Malaysia Pertikai Keputusan Larang Sertai Ratu Cantik

[MynewsHub] DUA daripada empat gadis Muslim yang digugurkan daripada senarai finalis pertandingan ratu cantik Miss Malaysia World 2013 iaitu Wafa Johanna De Corte, 19, dan Sara Amelia Bernard, 20, mempertikaikan dan mempersoalkan keputusan melarang penglibatan mereka dalam pertandingan itu.

Nama mereka dan dua lagi finalis iaitu Kathrina Rizuan, 23, dan Miera Sheikh, 19, digugurkan daripada menyertai pertandingan itu selepas penyertaan wanita Muslim dalam pertandingan tersebut telah ditegur oleh Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Wan Zahidi Wan Teh.

Mereka menyifatkan keputusan itu adalah sebagai salah satu daripada diskriminasi berlandaskan agama.

Menurut Wafa Johanna, “Saya sangkakan akhirnya peserta Muslim akan dibenarkan menyertainya sekaligus mewakili Malaysia. Saya juga menyangkakan perkara ini (sertai pertandingan ratu cantik) adalah okay, sebab pertandingan akhirnya akan diadakan di negara yang kebanyakan penduduknya beragama Islam iaitu di Indonesia.

“Saya tidak akan memakai pakaian renang ataupun bikini sebaliknya akan memakai pakaian sukan yang bersesuaian,” katanya.

Menurut fatwa yang telah dikeluarkan pada 1996, mana-mana wanita yang beragama Islam adalah dilarang sama sekali untuk menyertai pertandingan ratu cantik.

Kali terakhir wanita Muslim terlibat dalam pertandingan sebegitu ialah penyanyi dan pelakon popular, Erra Fazira yang telah memenangi gelaran Miss Malaysia pada 1992.

Selain Wafa, seorang lagi finalis, Sara Amelia Bernard turut menyatakan perasaan terkejut serta berasa terkilan di atas penguguran namanya sebagai finalis daripada 20 peserta akhir yang telah disenarai pendekkan.

“Kami dibenarkan menyertai pertandingan ini selagi tidak mendedahkan mana-mana bahagian badan, sebaliknya yang ingin ditonjolkan adalah personaliti setiap finalis yang bertanding.

“Kalalu mereka mahu melarang kami, kenapa mereka tidak larang wanita Muslim yang mewakili negara dalam sukan renang dan gimnastik?” katanya.

Selain itu, Sara juga berharap agar fatwa tersebut dikaji semula supaya membenarkan wanita Muslim bertanding dalam pertandingan ratu cantik.

“Saya berasal daripada ibu bapa yang berkahwin campur dan saya sememangnya dilahirkan sebagai seorang Islam. Saya tidak ada sebarang prejudis terhadap agama sendiri, tetapi nama digugurkan atas alasan tersebut adalah sesuatu yang tidak masuk akal,” katanya.

Oleh: AUDREY LEE

Sumber rujukan: Malay Mail



P/s: Tuan Mufti tolong jawab soalan mereka!





  1. Beriman dengan sebahgian ayat.Islam separuh separuh, ambil yang mana di sukai dan menyenangkan saja

    gravatar Comment by leo leong @ Isnin, Julai 22, 2013 4:08:00 PTG      
  2. Sebagai umat islam musti patuh pd agama Islam bkn mempertikai perintah tuhan supaya menutup aurat..ingt berdosa pd yg melihat dan lg berat dosa yg ditanggung pd yg memakai pakaian yg tdk menutup aurat..nauzibilah dunia diakhr zaman

    gravatar Comment by Tanpa Nama @ Sabtu, Julai 27, 2013 12:34:00 PG      
Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by AllBlogTools.com Enhanced by MyBloggerTricks.com

Leave a comment

Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.

Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.

Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!

PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).

Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.

Terima kasih.

BAGASI KIRIMAN TERKINI

BAGASI KIRIMAN

PERHATIAN

Tulisan dalam blog ini sebahagian besarnya ialah respons/pendapat/ulasan RINGKAS/SPONTAN saya terhadap pelbagai isu dan perkara yang berlaku di serata negara mahupun di luar negara.

Sebahagiannya pula disalin & ditampal (
semoga dengan izin) dari blog, laman sesawang atau laman berita dari dalam dan dari luar negara. Hak cipta berita, artikel & makalah adalah milik laman sesawang atau blog tersebut.

Seboleh-bolehnya, saya cuba mengelak untuk menyiarkan mana-mana makalah/petikan/gambar tanpa restu pemilik asalnya. Jika mana-mana petikan/tulisan/gambar yang disiarkan dalam blog ini kurang disenangi pemilik asalnya, maka maklumkanlah segera kepada saya (di ruangan komen bahan terbabit) agar petikan/tulisan/gambar tersebut dapat dikeluarkan dengan kadar segera.

Untuk makluman, sebarang petikan, makalah, gambar yang dipetik dari laman berita atau dari blog /laman sesawang atau dari sumber internet yang lain tidak semestinya menggambarkan/mewakili pandangan saya dalam sesuatu isu yang berkaitan.

PENAFIAN:
Semua artikel atau berita yang disiar dalam blog ini adalah untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am. Ketepatan maklumat artikel atau berita itu perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan atau penyebaran maklumat palsu atau fitnah.

-tayadihmaysia@yahoo.com







TERIMA KASIH