Klik "LIKE" Untuk Terima Kemas Kini DCM di Facebook. Klik Butang "LIKE" di Bawah

Powered By | Blog Gadgets Via Blogger Widgets

Rakan DUNIACACAMARBA

Rakan DUNIACACAMARBA

Jadi Rakan TM

Follow tayadihmaysia on Twitter

BAGASI KIRIMAN POPULAR

Iklan & Tawaran

1. Mari sertai ChurpChurp, berinteraksi bersama-sama dengan taulan sambil menjanakan pendapatan, Percuma! Lanjut sila klik di sini.





Advertlet Hutang DCM RM1710

Advertlet Hutang DCM RM1710
Review http://duniacacamarba2.blogspot.com/ on alexa.com

Sponsored Ads

Cerita UG- Kerajaan Perpaduang

Agenda Unity Government (UG). Apa progresnya selepas ketiadaan TGNA?Video lain:1....

Posted by DUNIACACAMARBA on Saturday, October 17, 2015

, ,

Ahad, 20 Oktober 2013

Anak Derhaka Belasah Bapa



[SH] KUALA SELANGOR - Bagaikan dirasuk syaitan, empat beradik dan seorang menantu perempuan sanggup membelasah bapa kandung mereka sendiri menggunakan pengunci stereng kereta hanya kerana berebut harta pusaka selepas lelaki itu berkahwin lain.

Lebih menyedihkan, salah seorang daripada mereka yang berusia 14 tahun seolah-olah ‘gembira’ melihat bapa dan bapa saudaranya 'lunyai' ditumbuk dan dipukul di taman perumahan murah di Teluk Piah pada 12 Oktober lalu.

Kejadian yang berlaku jam 10.30 malam itu, bermula apabila empat beradik berkenaan datang menaiki tiga kereta dan turut membawa sekumpulan lelaki bertujuan untuk 'mengecohkan' kawasan hadapan rumah bapa mereka sehingga jiran berhampiran tidak berani masuk campur.

Pada waktu itu, mangsa yang mahu dikenali sebagai Abdullah, 51, yang juga peniaga kecil-kecilan keluar bersama isteri untuk mengambil anak tirinya yang berusia 10 tahun yang mempunyai latihan silat di Tanjong Karang.
Katanya, dia terkejut menerima panggilan anak perempuan tirinya yang takut apabila rumahnya dimasuki anak sulung berusia 29 tahun.

“Ketika itu, saya risau memikirkan nasib dua anak perempuan yang berusia 12 tahun yang mungkin dicederakan anak sulung itu dan segera menghubungi adik yang tinggal berhampiran rumah untuk menjenguk keadaan mereka.

“Bila saya sampai rumah, saya terkejut melihat adik telah dibelasah anak tanpa belas kasihan menggunakan pengunci stereng kereta. Mereka pukul bahagian kaki, badan dan kepala.

“Saya cuba meleraikan pergaduhan itu dan nasihatkan mereka, tapi malangnya saya turut dibelasah dengan pengunci stereng itu tanpa henti," katanya yang turut memberitahu menantu sulung dan seorang anak perempuannya juga terlibat.

“Bukan saja pukul, mereka maki saya tanpa rasa hormat dan menuduh saya menganiaya emak mereka tanpa usul periksa,” katanya yang telah membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPPD) Kuala Selangor sejurus selepas kejadian.

Tak sangka anak sanggup pukul kerana harta

Abdullah berkata, dia tidak menyangka mereka sanggup berbuat begitu hanya kerana mahukan harta dan tidak berpuas hati mendapat ibu tiri sedangkan perkahwinan itu adalah kemahuan tiga anaknya yang masih kecil.

“Kami berkahwin pun bukan dasar cinta tapi mahu bahagiakan anak-anak yang masih kecil dan kehilangan ibu. Tapi mereka salah faham dan sering maki malah tuduh saya menganiaya emak mereka (yang sudah meninggal dunia).

“Sedangkan ketika Allahyarham isteri saya masih hidup, mereka tidak pernah nak tunjuk muka, apatah lagi nak bantu menjaganya yang menderita sakit buah pinggang sehinggalah Allahyarham meninggal dunia pada Februari lalu," katanya dengan nada sedih.

Abdullah menambah, sebaik sahaja dia berkahwin baru, barulah anak-anaknya menunjukkan muka bertujuan untuk mendapatkan harta.

"Mereka bimbang isteri baru saya akan bolot semua harta yang ada... sedangkan saya hanya bergantung hasil perniagaan yang dijalankan bersama isteri. Saya bukannya berharta pun sehinggakan mereka menuduh isteri mahu mengikis harta.

“Kalau ikutkan hati yang marah, mahu saya ambil tindakan undang-undang terhadap mereka yang derhaka, tapi saya masih sayang dan mahu mereka insaf,” katanya yang mengakui tiga anak tirinya yang berusia sembilan hingga 12 tahun lebih rapat dengannya. -19/10/13


Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by AllBlogTools.com Enhanced by MyBloggerTricks.com

Leave a comment

Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.

Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.

Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!

PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).

Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.

Terima kasih.

BAGASI KIRIMAN TERKINI

BAGASI KIRIMAN

PERHATIAN

Tulisan dalam blog ini sebahagian besarnya ialah respons/pendapat/ulasan RINGKAS/SPONTAN saya terhadap pelbagai isu dan perkara yang berlaku di serata negara mahupun di luar negara.

Sebahagiannya pula disalin & ditampal (
semoga dengan izin) dari blog, laman sesawang atau laman berita dari dalam dan dari luar negara. Hak cipta berita, artikel & makalah adalah milik laman sesawang atau blog tersebut.

Seboleh-bolehnya, saya cuba mengelak untuk menyiarkan mana-mana makalah/petikan/gambar tanpa restu pemilik asalnya. Jika mana-mana petikan/tulisan/gambar yang disiarkan dalam blog ini kurang disenangi pemilik asalnya, maka maklumkanlah segera kepada saya (di ruangan komen bahan terbabit) agar petikan/tulisan/gambar tersebut dapat dikeluarkan dengan kadar segera.

Untuk makluman, sebarang petikan, makalah, gambar yang dipetik dari laman berita atau dari blog /laman sesawang atau dari sumber internet yang lain tidak semestinya menggambarkan/mewakili pandangan saya dalam sesuatu isu yang berkaitan.

PENAFIAN:
Semua artikel atau berita yang disiar dalam blog ini adalah untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am. Ketepatan maklumat artikel atau berita itu perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan atau penyebaran maklumat palsu atau fitnah.

-tayadihmaysia@yahoo.com







TERIMA KASIH