Klik "LIKE" Untuk Terima Kemas Kini DCM di Facebook. Klik Butang "LIKE" di Bawah

Powered By | Blog Gadgets Via Blogger Widgets

Rakan DUNIACACAMARBA

Rakan DUNIACACAMARBA

Jadi Rakan TM

Follow tayadihmaysia on Twitter

BAGASI KIRIMAN POPULAR

Iklan & Tawaran

1. Mari sertai ChurpChurp, berinteraksi bersama-sama dengan taulan sambil menjanakan pendapatan, Percuma! Lanjut sila klik di sini.





Advertlet Hutang DCM RM1710

Advertlet Hutang DCM RM1710
Review http://duniacacamarba2.blogspot.com/ on alexa.com

Sponsored Ads

Cerita UG- Kerajaan Perpaduang

Agenda Unity Government (UG). Apa progresnya selepas ketiadaan TGNA?Video lain:1....

Posted by DUNIACACAMARBA on Saturday, October 17, 2015

, ,

Rabu, 23 Oktober 2013

Suami Belasah Isteri Masih Taruh Harapan



[UM] BUKIT MERTAJAM 22 Okt. - Pegawai veterinar yang menghadapi tuduhan membelasah isterinya di dalam lif pada Ogos lalu, masih berharap wanita berkenaan memikirkan semula tentang hubungan mereka.

Muhammad Affandi Ismail, 36, berkata, dia sedia maklum dengan kenyataan isterinya sebelum ini mengatakan sudah tidak mahu lagi kembali ke pangkuannya.

"Kalau isteri kata sudah tertutup hatinya, saya minta dia buka mindanya kembali supaya dapat berfikir semula tentang keputusan itu," katanya ringkas kepada pemberita di pekarangan Mahkamah Majistret di sini hari ini.

Sebelum itu, Majistret Ariff Mohamed Sharif, menetapkan 21 November ini untuk sebutan semula kes terhadap Muhammad Affandi yang didakwa sengaja menyebabkan mencederakan ke atas isterinya, disebabkan dokumen kes itu belum siap.

Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu terhadap isterinya yang berusia 36 tahun di dalam lif di Hospital KPJ, Bandar Perda di sini, pada pukul 4 petang, 12 Ogos lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih satu tahun dan denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya.

Muhammad Affandi diwakili peguam R. Palaniappan manakala pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Suhaimi Ibrahim.

Nama isteri tertuduh dirahsiakan kerana berada di bawah perlindungan sementara (IPO) atas perintah mahkamah.

Pada 12 September lalu, Muhammad Affandi selepas hadir sebutan kes di mahkamah tersebut memberitahu pemberita, dia masih menyayangi isteri dan mahu keluarganya hidup bahagia.

Sehari selepas itu, isterinya yang bekerja sebagai operator pengeluaran kilang menyatakan tekad tidak akan kembali ke pangkuan lelaki tersebut.

Wanita itu menegaskan bahawa perbuatan lelaki itu terhadapnya sebelum ini cukup menyedihkan dan tidak ada lagi perasaan sayang kepadanya, begitu juga dengan anak-anak yang tidak lagi bertanya mengenai ayah mereka.

Pada 12 Ogos lalu, pengguna internet di negara ini digemparkan dengan rakaman video selama 2.20 minit yang memaparkan kejadian seorang isteri dibelasah oleh suaminya di hadapan dua anak mereka yang masing-masing berusia empat dan lima tahun itu dikongsi melalui akaun Facebook.

Lebih malang lagi dalam video bertajuk Suami dayus pukul isteri depan anak turut menunjukkan aksi lelaki berkenaan menendang isterinya sehingga tersungkur sebaik sahaja pintu lif terbuka.


P/s: Bayangkan anda isterinya, mahu kembali kepadanya?





  1. jantan dayus saperti ini yg berani memukul isteri sewajar nyer berasa malu utk ungkapan mengharapkan hubungan dengan isteri nyer pulih.nasib baik wanita tu bukan adik aku.jika ya,ko pulak aku terajang keluar lift setiap tingkat.bodoh bertingkek tingkek.cuma satu pesan aku pada jantan dayus tu.....potong ler anu kamu tu bikin malu jadi lelaki.

    gravatar Comment by yim @ Rabu, Oktober 23, 2013 4:39:00 PTG      
  2. Jantus dayus ni nampak macam ada masalah 'jiwa kacau' jek! Jenis muka tembok yang tak tahu malu.....masih harapkan isteri berfikir tentang hubungan?..........oh tidak, jantan dayus ni 'psiko' dan takut hilang kerja jika disabitkan kesalahan! Itu sebab ayat macam baik je........ptuih!!!

    gravatar Comment by sizzly7761 @ Rabu, Oktober 23, 2013 11:31:00 PTG      
Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by AllBlogTools.com Enhanced by MyBloggerTricks.com

Leave a comment

Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.

Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.

Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!

PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).

Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.

Terima kasih.

BAGASI KIRIMAN TERKINI

BAGASI KIRIMAN

PERHATIAN

Tulisan dalam blog ini sebahagian besarnya ialah respons/pendapat/ulasan RINGKAS/SPONTAN saya terhadap pelbagai isu dan perkara yang berlaku di serata negara mahupun di luar negara.

Sebahagiannya pula disalin & ditampal (
semoga dengan izin) dari blog, laman sesawang atau laman berita dari dalam dan dari luar negara. Hak cipta berita, artikel & makalah adalah milik laman sesawang atau blog tersebut.

Seboleh-bolehnya, saya cuba mengelak untuk menyiarkan mana-mana makalah/petikan/gambar tanpa restu pemilik asalnya. Jika mana-mana petikan/tulisan/gambar yang disiarkan dalam blog ini kurang disenangi pemilik asalnya, maka maklumkanlah segera kepada saya (di ruangan komen bahan terbabit) agar petikan/tulisan/gambar tersebut dapat dikeluarkan dengan kadar segera.

Untuk makluman, sebarang petikan, makalah, gambar yang dipetik dari laman berita atau dari blog /laman sesawang atau dari sumber internet yang lain tidak semestinya menggambarkan/mewakili pandangan saya dalam sesuatu isu yang berkaitan.

PENAFIAN:
Semua artikel atau berita yang disiar dalam blog ini adalah untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am. Ketepatan maklumat artikel atau berita itu perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan atau penyebaran maklumat palsu atau fitnah.

-tayadihmaysia@yahoo.com







TERIMA KASIH