Klik "LIKE" Untuk Terima Kemas Kini DCM di Facebook. Klik Butang "LIKE" di Bawah

Powered By | Blog Gadgets Via Blogger Widgets

Rakan DUNIACACAMARBA

Rakan DUNIACACAMARBA

Rakan DUNIACACAMARBA

Ikuti DUNIACACAMARBA Melalui e-mel (Masukkan Alamat e-mel)

Jadi Rakan TM

Google+ Badge

BAGASI KIRIMAN POPULAR

Iklan & Tawaran

1. Mari sertai ChurpChurp, berinteraksi bersama-sama dengan taulan sambil menjanakan pendapatan, Percuma! Lanjut sila klik di sini.





Advertlet Hutang DCM RM1710

Advertlet Hutang DCM RM1710

Sponsored Ads

Cerita UG- Kerajaan Perpaduang

Agenda Unity Government (UG). Apa progresnya selepas ketiadaan TGNA?Video lain:1....

Posted by DUNIACACAMARBA on Saturday, October 17, 2015

, ,

Jumaat, 18 Oktober 2013

Mukhriz, Zahid, dan Shafie Naib Presiden UMNO yang Baharu?



Baca Berita:

Pemilihan Umno: Sokongan Akar Umbi Terhadap Hishammuddin Diragui

[Mstar] PETALING JAYA: Menjelangnya pemilihan peringkat Majlis Tertinggi (MT) Umno pada Sabtu melihatkan masa depan politik penyandang Naib Presiden parti, Datuk Seri Hishammuddin Hussein diragui ekoran beliau tidak lagi dilihat sebagai pilihan akar umbi.

Walaupun trend mengundi dalam pemilihan Sabtu lalu daripada tiga sayap menunjukkan penyandang kini mempunyai peluang yang lebih tinggi untuk mempertahankan jawatan, namun senario ini mungkin berbeza pemilihan MT dengan tanda-tanda akar umbi akan memilih calon baru pada Sabtu ini.

"Hishammuddin dilihat sebagai menteri yang lemah, terutamanya apabila beliau memegang portfolio Menteri Dalam Negeri," kata Ketua Penerangan Barisan Nasional Selayang, Hasnal Rezua Merican ketika dihubungi The Star Online.

Hasnal Rezua menyifatkan Hishammuddin hanya memimpin dengan "cara yang selamat" dalam dasar membuat keputusan dan tidak segera menyelesaikan masalah.

"Sebagai contoh, beliau tidak tegas dalam mengambil pendirian terhadap penunjuk perasaan Bersih dan mereka yang melanggar undang-undang, berbanding dengan Menteri Dalam Negeri sekarang, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi," katanya.

Beliau berkata, prestasi calon dalam Kabinet akan menjadi petunjuk utama dalam menentukan undi daripada akar umbi.

"Kata-kata daripada akar umbi memberitahu saya bahawa mereka mungkin akan mengekalkan dua penyandang, Zahid, kerana vokal dan ketegasannya dan Datuk Seri Shafie Apdal, kerana menerima sokongan besar dari Sabah, negeri asalnya," katanya.

Hasnal berkata, dan calon yang paling digemari yang mempunyai potensi untuk menjatuhkan Hishammuddin adalah tidak lain tidak bukan adalah daripada calon yang paling muda dalam persaingan itu, Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

"Mukhriz dilihat sebagai seseorang yang mampu membawa perubahan dalam Umno dan dia mampu meremajakan parti," katanya.

Hasnal berpendapat bahawa anak bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sesuai dengan 'mood' perwakilan.

"Mukhriz dianggap sebagai calon yang sesuai di kalangan belia kerana beliau pada awal kerjaya politiknya tidak seperti yang lain," kata Hasnal.

Turut berkongsi pandangan yang sama, Anuar Basiran dari Umno bahagian Sepang melihat perubahan dalam trend mengundi.

"Bagaimanapun, kami ingin mengekalkan beberapa penyandang kerana kita masih memerlukan pemimpin yang berpengalaman.

"Malangnya, Hishammuddin tidak akan berada dalam senarai itu," katanya yang juga memetik "kegagalan" beliau sebagai Menteri Dalam Negeri.

"Tidak seperti Zahid, Hishammuddin tidak memberi kesan ketika beliau memegang portfolio menteri. Beliau juga gagal untuk mempopularkan Kementerian Pendidikan dan Kementerian Belia dan Sukan ketika ia di bawah tanggungjawab beliau.

"Kita perlu memberi peluang kepada orang-orang yang mampu melaksanakannya," katanya, yang turut merujuk Mukhriz sebagai "hero baru" di kalangan akar umbi.

Anggota Exco Puteri Umno yang baru dipilih, Noor Aieza Hassan dari bahagian Bayan Baru turut menyatakan "kelemahan" Hishammuddin dalam menangani serangan yang dibuat oleh pembangkang.

"Beliau seolah-olah tidak tegas dengan pembangkang. Berbeza dengan Zahid yang lebih bersuara," katanya ketika dihubungi.

Walaupun banyak telah menyuarakan sokongan mereka terhadap Zahid, Mukhriz dan Shafie, Noor Aieza berkata, tidak seharusnya memandang rendah terhadap pengaruh bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Ali Rustam.

"Beliau adalah orang lama dan beliau telah melibatkan diri dengan akar umbi untuk masa paling lama. Beliau sudah tentu mempunyai hubungan rapat dengan akar umbi," katanya.

Noor Aieza berkata, latar belakang Mohd Ali sebagai Pengarah Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) akan menjadi satu kelebihan kerana kebanyakan akar umbi dapat mengenali beliau.

"Beliau adalah seseorang yang melakukan kerja, lantang dan tidak putus hubungan dengan orang-orang di bahagian bawah," kata beliau.

Noor Aeina berkata, secara peribadi katanya, beliau ingin melihat pasukan Zahid, Ali dan Mukhriz untuk memimpin untuk penggal yang akan datang.

"Kami, di peringkat akar umbi, akan menyokong orang-orang yang begitu dekat dengan rakyat dan pada masa yang sama berjuang untuk hak-hak orang Melayu. Ketiga-tiga pemimpin ini sememangnya mempunyai kriteria tersebut," katanya.

Perebutan jawatan naib presiden dijangka sengit pada Sabtu ini apabila pencabar, Mukhriz, Ali dan bekas Menteri Besar Negeri Sembilan, Tan Sri Isa Samad mencabar penyandang jawatan itu, Zahid, Hishammuddin dan Shafie. -18/10.13

NST, TV3 Tonjol Isu Laporan Polis terhadap Isa Samad

[MK] Dakwaan mengenai masalah yang berlaku dalam Felda dan isu yang dihadapi golongan peneroka sebelum ini sering dibangkitkan oleh NGO yang dekat dengan Pakatan Rakyat seperti Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan.

Tapi lain pula halnya kali ini, dalam suasana kempen untuk pemilihan Umno yang hanya berbaki dua hari.

Seorang dari calon untuk jawatan naib presiden Umno, Tan Sri Mohd Isa Samad, yang juga pengerusi Felda Global Ventures Bhd (FGV), kini berhadapan dengan cabaran baru sekumpulan peneroka Felda dilaporkan membuat laporan polis ke atasnya.

Dakwaan ke atas Mohd Isa itu mendapat liputan oleh media arus perdana yang mesra Umno, iaitu akhbar New Straits Times dan juga stesen TV3.

Laporan New Straits Times mendakwa Isa selaku pengerusi firma berkenaan membuat kenyatan berbeza kepada Bursa Malaysia berhubung perletakan jawatan bekas presiden dan ketua pegawai eksekutif Felda, Tan Sri Sabri Ahmad sebelum ini.

Menurut akhbar tersebut, laporan polis itu yang dibuat di ibu pejabat polis daerah Tanjong Malim, Perak semalam adalah berdasarkan tulisan di blog bigdogdotcom.wordpress.com bertarikh 4 Oktober yang mendakwa Sabri telah meletak jawatannya pada 29 Ogos lalu.

Peguam peneroka berkenaan, Aminuddin Zulkifli, dalam laporan tersebut berkata tulisan di blog sama mendakwa Sabri tidak pernah menghantar sebarang surat meletak jawatan pada tarikh itu.

Menurut Aminuddin, Sabri pada masa itu sakit teruk dan berada di wad sebuah hospital di Kuala Lumpur.

"Beliau tidak dibenar menerima tetamu dan pastinya tiada sebarang kerja diserahkan kepadanya sewaktu di hospital apatah lagi sebarang kertas yang perlu ditandatanganinya untuk memuktamadkan hasrat beliau meninggalkan FGV," kata Aminuddin.

Tujuh peneroka merangkap pemegang saham dari Felda Trolak dan Felda Sungkai membuat laporan itu bagi menggesa siasatan terperinci dilakukan bagi memastikan kesahihan dakwaan itu.

Laporan New Straits Times hari ini turut memetik kenyataan Mohd Isa kepada stesen TV3, yang menyerahkan kes itu untuk siasatan polis.

Katanya, Malaysia merupakan negara bebas dan semua pihak bebas untuk membuat laporan polis. - 17/10/13


Polis Siasat Ali Rustam Keluar Kenyataan Berbaur Perkauman

[TMI] Calon Naib Presiden Umno, Senator Datuk Seri Mohd Ali Rustam (gambar) disiasat polis kerana dituduh membuat kenyataan menghasut terhadap komuniti Cina dalam satu majlis di Kuala Lumpur.

Polis Kuala Lumpur sudah memulakan siasatan mereka selepas laporan polis dibuat oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kota Laksamana dari DAP, Lai Kuen Ban di Balai Polis Tengkera pada 9 Oktober.

Pada satu majlis anjuran Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) 8 Oktober lalu, Mohd Ali yang juga Pengerusi PUNB mengecam kaum Cina kerana terlibat dengan “perniagaan haram” di negara ini.

"Kita umat Islam tidak boleh membuka kasino, 4D, Toto, perjudian, rumah urut dan syarikat pinjaman wang haram. Ini semua haram. Kaum Cina sahaja yang terlibat dengan semua perniagaan haram ini," katanya pada majlis itu.

Adun Ayer Keroh, Khoo Poay Tiong yang menemani Lai untuk membuat laporan polis berkata, dalam laporan berkenaan, Lai mendakwa kenyataan Mohd Ali merupakan satu hasutan dan mahu polis menyiasat perkara itu.

Lai kini berada di luar negara.

“Polis merakamkan kenyataan Lai pada hari sama,” kata Khoo.

Polis Brickfields menyiasat kes itu berikutan kenyataan Mohd Ali itu dibuat di sebuah hotel di ibu kota.

Ketua Polis Brickfields, ACP Muhammad Azlee Abdullah mengesahkan laporan sudah dibuat dan penyiasatan akan dilakukan tetapi enggan memberikan kenyataan lanjut.

Bagaimanapun, The Malaysian Insider difahamkan bahawa polis sudah mula merakamkan kenyataan beberapa orang yang berada di majlis itu termasuk wartawan.

Dalam majlis itu, Mohd Ali juga bercakap mengenai soal keperluan mengekalkan orang Melayu di agensi kerajaan, termasuk polis dan tentera.

Untuk memenangi undi golongan konservatif Umno, bekas Ketua Menteri Melaka itu turut berkata: "Kaum Cina mahukan segalanya. Orang Melayu telah layan mereka dengan baik.

"Apabila kaum Cina mahukan pertolongan membina sekolah dan biasiswa, kerajaan berikan kepada mereka. Tetapi pada hari pilihan raya, mereka lupa semua ini. Apa yang penting bagi mereka mengambil alih kuasa orang Melayu dan menjadikan mereka 'pendatang’,” katanya.

Kenyataan Mohd Ali itu mengganggu emosi 100 hadirin di majlis itu sambil sesetengahnya menjerit, “suruh Cina balik kampung.”

Mohd Ali adalah salah seorang daripada enam calon yang mahu mengisi tiga kekosongan jawatan naib presiden dalam pemilihan Umno Sabtu ini.

Calon lain ialah penyandang Datuk Seri Hishammuddin Hussein, Datuk Seri Shafie Apdal and Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi selam Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir dan Pengerusi Felda, Tan Sri Mohd Isa Samad.

Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak dan timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin menang tanpa dicabar oleh sesiapa.

Dalam pemilihan Umno 2009, Mohd Ali bertanding jawatan Timbalan Presiden tetapi dibatalkan pencalonannya kerana didapati terlibat dengan politik wang. – 17 Oktober, 2013.



P/s: Dalam berita Mstar di atas jelas menggambarkan gandingan Naib Presiden pilihan/popular dalam kalangan grup tertentu dalam UMNO, iaitu Zahid, Shafie dan Mukhriz.  

Penyandang sedia ada, iaitu Hishamuddin digambarkan secara terbuka sebagai menteri yang lemah, malah blogger pro-UMNO juga sudah lama melabelkan beliau begitu. Manakala calon muka baru, iaitu Isa Samad dan Ali Rustam pula terpalit dengan isu berkait dengan polis. Lebih jelas apabila isu tersebut dihangatkan oleh media mesra UMNO yang mungkin memberikan isyarat kepada perwakilan. 

Ironinya, Zahid yang dikaitkan dengan isu "tembak dulu dan samseng Melayu" tidak pula menerima nasib yang sama dengan Ali Rustam dan Isa Samad. Mukhriz pula digambarkan sebagai tokoh yang mampu meremajakan UMNO di samping dilihat sebagai pemimpin pro-Melayu selepas cabang Pemuda diketuai pemimpin yang dikatakan bersikap liberal. Mukhriz juga mendapat publisiti sesetengah blogger pro-UMNO yang popular.

Namun, berdasarkan sokongan terbuka KJ dan Sharizat terhadap penyandang Naib Presiden UMNO sedia ada, iaitu Hisham, Zahid dan Shafie, mungkin membantutkan harapan Mukhriz untuk membuat kejutan. Walau bagaimanapun, penentuan pihak yang menang sebenarnya bergantung pada pilihan Najib. Adakah Mukhriz, Zahid, dan Shafie pilihan Najib atau gandingan yang lain menjadi pilihannya?

  

Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by AllBlogTools.com Enhanced by MyBloggerTricks.com

Leave a comment

Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.

Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.

Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!

PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).

Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.

Terima kasih.

BAGASI KIRIMAN TERKINI

BAGASI KIRIMAN

PERHATIAN

Tulisan dalam blog ini sebahagian besarnya ialah respons/pendapat/ulasan RINGKAS/SPONTAN saya terhadap pelbagai isu dan perkara yang berlaku di serata negara mahupun di luar negara.

Sebahagiannya pula disalin & ditampal (
semoga dengan izin) dari blog, laman sesawang atau laman berita dari dalam dan dari luar negara. Hak cipta berita, artikel & makalah adalah milik laman sesawang atau blog tersebut.

Seboleh-bolehnya, saya cuba mengelak untuk menyiarkan mana-mana makalah/petikan/gambar tanpa restu pemilik asalnya. Jika mana-mana petikan/tulisan/gambar yang disiarkan dalam blog ini kurang disenangi pemilik asalnya, maka maklumkanlah segera kepada saya (di ruangan komen bahan terbabit) agar petikan/tulisan/gambar tersebut dapat dikeluarkan dengan kadar segera.

Untuk makluman, sebarang petikan, makalah, gambar yang dipetik dari laman berita atau dari blog /laman sesawang atau dari sumber internet yang lain tidak semestinya menggambarkan/mewakili pandangan saya dalam sesuatu isu yang berkaitan.

PENAFIAN:
Semua artikel atau berita yang disiar dalam blog ini adalah untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am. Ketepatan maklumat artikel atau berita itu perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan atau penyebaran maklumat palsu atau fitnah.

-tayadihmaysia@yahoo.com







TERIMA KASIH