Remaja Perempuan Dibunuh Kenalan
Laporan awal di sini.

[Mstar] PETALING JAYA: Seorang gadis 15 tahun yang dilaporkan hilang dipercayai dibunuh telah ditemui disumbat di dalam sebuah beg pakaian dengan suspek berjaya ditahan polis dengan bantuan seorang pemerhati jenayah.
Suspek berusia 23 tahun, merupakan rakan kepada remaja perempuan itu, telah membawa pihak berkuasa kepada penemuan mayat dalam sebuah beg pakaian di tepi Jalan Kebun, Shah Alam malam Selasa.
Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk Abdul Rahim Jaafar berkata, suspek mengaku membunuh gadis itu di rumahnya setelah gagal merogolnya dan dibawa masuk ke ibu pejabat polis Petaling Jaya pada pukul 6.30 petang oleh seorang awam yang juga pemerhati jenayah.
"Dia (suspek) membawa polis ke tempat kejadian di mana kami telah menemui mayat di dalam sebuah beg pakaian di tepi jalan berhampiran pada kira-kira pukul 8.30 malam," katanya pada sidang media di lokasi kejadian.
Ng Yuk Tim meninggalkan rumahnya pada pukul 11 pagi Isnin dan pergi ke rumah lelaki itu di Kelana Jaya untuk membuat pakaian cosplay bagi acara yang akan datang.

Ibu Ng Yuk Tim menunjukkan gambar anaknya yang hilang.
Lelaki itu pada mulanya mendakwa dia telah menghantar Yuk Tim di stesen LRT Kelana Jaya pada kira-kira pukul 3.30 petang.
Ibu mangsa yang khuatir dengan kehilangan anak perempuannya itu telah meminta pertolongan seorang pemerhati jenayah untuk membantunya mencari mangsa.
Pemerhati jenayah itu yang dikenali sebagai Kuan Chee Hong kemudiannya bersetuju untuk bertemu ibu mangsa di sebuah restoran di Kelana Jaya.
Dia dapati suspek turut berada bersama ibu mangsa untuk menemuinya.
Ketika mereka sedang berbual, Kuan menyedari terdapat kesan gigitan pada tangan kiri suspek.
Dia mengesyaki sesuatu yang tidak kena lalu menyoal siasat suspek dengan soalan yang bertubi-tubi yang akhirnya membawa kepada pengakuan suspek yang dia cuba merogol mangsa dan apabila mangsa bertindak mengigit tangannya dia telah menghentak kepala mangsa dengan satu objek sekaligus membawa kepada kematian mangsa.
Kuan kemudiannya menyerahkan mangsa kepada polis Petaling Jaya.- 23/10/13
Berkaitan:
Pelajar Tingkatan Tiga Cuba Dirogol Sebelum Dibunuh
![]() |
Suspek (kanan) dibawa oleh Chee Heng ke IPD Petaling Jaya, lewat petang semalam, selepas mengakui membunuh kenalannya pelajar berusia 15 tahun. |
Teman lelaki dikatakan mengaku bunuh pelajar 15 tahun
[BH] Petaling Jaya: Usaha seorang pelajar Tingkatan Tiga, mempertahankan kehormatan diri daripada diperkosa teman lelaki yang dikenali menerusi Facebook, berakhir tragedi apabila dibunuh sebelum mayatnya dicampak dekat Bandar Putra Klang, kelmarin.
Ng Yuk Tim, 15, keluar dari rumah keluarganya di Desa Tun Razak, Cheras, jam 11 pagi kelmarin, selepas memberitahu ibunya, Sim Ee Ling, 35, yang dia mahu bertemu kenalan lelaki berusia 23 tahun yang juga seorang penyelenggara tapak binaan. -23/10/13
Kemas Kini:
Baca lanjut di sini.
Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.